10 Lokasi Berbasikal Paling Digemari Penduduk KL, Selangor dan Putrajaya
Berbasikal di waktu lapang adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan badan. Di kawasan kampung, mungkin berbasikal tidak menjadi masalah kerana kurangnya kesesakan lalu lintas berbanding di kawasan bandar.

Kredit : IG hawarizwana
Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terlibat dengan aktiviti berbasikal terutama di hujung minggu. Kini, ada beberapa lokasi di kawasan bandar telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi yang membolehkan anda bersantai mengayuh basikal tanpa rasa bimbang terhadap kenderaan lain.
Ada beberapa lokasi panas yang sering menjadi tumpuan aktiviti berbasikal di hujung minggu oleh masyarakat kota. jadi jom kita selongkar lokasi popular berbasikal sekitar lembah Klang
1. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Taman Tasik Titiwangsa sangat sesuai untuk aktiviti berbasikal. Tempat ini juga menjadi tumpuan mereka yang melakukan aktiviti bersenam, jogging, aktiviti tasik dan sebagainya. Tempat ini boleh dikatakan agak sesak pada hujung. Jadi jika anda berbasikal, berhati-hatilah terhadap keselamatan mereka yang sedang berjalan kaki dan berjogging untuk mengelakkan kemalangan. Apa yang menarik, anda boleh menyewa basikal yang disediakan untuk aktiviti berbasikal.
2. Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur ini sememangnya cantik di hiasi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan. Sambil mengayuh basikal, anda dapat menikmati keindahan panorama di seluruh taman botani yang berkeluasan 170 ekar ini.
Taman ini dibuka pada setiap hari dari jam 7 pagi hingga 8 malam. Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan dengan hanya RM3 untuk 30 minit berbasikal.
3. Taman Kepong Metropolitan
Taman ini berkeluasan 95 hektar dan mempunyai tasik yang berkeluasan 57 hektar. Laluan untuk berbasikal tidaklah jauh iaitu sekitar 3 km sahaja. Sesuai untuk melakukan aktiviti berbasikal secara santai.
4. KL Car Free Morning
Khusus bagi warga kota Kuala Lumpur yang bosan dengan kesesakan lalu lintas setiap hari yang memenatkan, kini pihak DBKL telah mewujudkan aktiviti KL Car Free Morning 2015 ini 2 kali pada setiap bulan bermula awal tahun lagi.
Warga kota boleh melakukan aktiviti di atas jalan raya seperti berbasikal dan skatebording di beberapa tempat sekitar jalan raya Kuala Lumpur di sekitar Dataran DBKL , Dataran Merdeka, Maju Junction dan KLCC. Semua laluan di kawasan ini akan ditutup pada waktu bagi dari laluan kenderaan khusus untuk aktiviti ini.
Aktiviti ini dilangsungkan 2 kali sebulan iaitu pada setiap minggu pertama dan ke tiga. Untuk sebarang info terkini mengenai aktiviti ini, anda boleh semak dilaman web KL Car Free Morning dan Facebook Page www.facebook.com/carfreemorning
5. Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya ini terletak di Prescint 11. Lanskap taman ini sememangnya indah dan bergaya Eropah. Taman ini berkeluasan 41 hektar. Laluan pejalan kaki dan basikal adalah pada laluan yang sama.
Anda boleh berbasikal dengan santai sambil menghayati keindahan bunga-bungaan yang terdapat sekitar taman ini. Laluannya agak berbukit. Jadi anda mungkin akan kepenatan semasa berbasikal. Tetapi jangan risau. Anda boleh berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan.
6. Taman Wetland , Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya ini terdiri daripada Taman Wetland yang berkeluasan 138 hektar dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 1977 hektar. Di sini, anda boleh menyewa basikal pada harga yang berpatutan.
Anda boleh berbasikal sambil meninjau sekitar tasik yang di hiasi burung flamingo dan tumbuh-tumbuhan.
Sebenarnya hampir seluruh Putrajaya sesuai untuk aktiviti berbasikal secara santai kerana kurangnya kesesakan lalu lintas. Anda boleh mengelilingi seluruh Putrajaya dengan hanya menaiki basikal dengan melalui laluan-lauan utama seperti Monumen Millenium, Jambatan Seri Wawasan, Boulevard, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Saujana, Masjid Putra dan banyak lagi. Anda bukan sahaja berbasikal pada waktu siang hari, malah keselamatan berbasikal di waktu malam juga dijamin oleh Pihak Perbadanan Putrajaya.
7. Taman Botani Negara (Bukit Cherakah), Shah Alam
Taman Botani Negara ini dikenali sebagai Bukit Cherakah. Ia adalah sebuah taman agrikultur yang indah meliputi kawasan seluas 1,295 hektar. Untuk aktiviti berbasikal di sini, pengunjung tidak perlu risau kerana pihak taman telah menyediakan kemudahan menyewa basikal pada harga yang berpatutan.
8. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)
Di Forest Research Institute of Malaysia, lokasi untuk aktiviti berbasikal disediakan secara khusus. Tidak seperti laluan basikal di taman-taman, laluan di sini agak berbukit dan dikelilingi persekitaran hutan. Ia terbahagi kepada beberapa jarak laluan iaitu 10 km, 20 km dan 30 km. Aktiviti berbasikal di sini boleh dijalankan seawal 7 pagi sehingga 6.30 petang.
9. Laluan Basikal Shah Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam telah berusaha untuk menjadikan penduduk Selangor, khususnya Shah Alam menjadi rakyat yang sihat melalui penyertaan dalam aktiviti berbasikal. Untuk tujuan itu, kini pihak MBSA telah menyediakan laluan trek basikal di Seksyen 4, Shah Alam.
Lokasi berbasikal ini boleh dicari di Bulatan Setia Jasa, Seksyen 4 berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Laluan ini lebih kurang 2 km.
10. Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park)
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran berbasikal yang lebih tinggi dan sukakan cabaran, datanglah ke Taman Cabaran Putrajaya. Di sini telah disediakan laluan berbasikal untuk 2 kategori lasak iaitu MTB dan litar BMX. Trek MTB berjarak 9.1 km. Ianya dibina di kawasan hutan, ladang getah dan kelapa sawit yang memberikan cabaran tersendiri.
Kemasukan adalah percuma sahaja. Waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 8 malam.
Kredit : Sini.com

Via : Selongkar10