Desas-Desus Harga Line-Up Siri iPhone 12 Yang Dinantikan

Hari ini, sumber dari media sosial Twitter telah memuat naik sebuah gambar yang mengandungi butiran terperinci mengenai harga dan keberadaan siri iPhone 12 ini.

Sama seperti sumber-sumber sebelum ini, gambar tersebut juga menunjukkan 4 model iPhone 12 iaitu 5.4 inci OLED iPhone 12 mini, 6.1 inci OLED iPhone 12, 6.1 inci OLED iPhone 12 Pro dan 6.7 inci OLED iPhone 12 Pro Max.


Gambar itu juga menunjukkan harga terperinci untuk varian storan yang berbeza untuk setiap model iPhone 12. Berikut adalah ramalan harga terperinci siri iPhone 12 ini:

  • iPhone 12 mini (64GB) – $649 atau $699 (~RM2,699 atau RM2,907)
  • iPhone 12 mini (128GB) – $749 atau $799 (~RM3,115 atau RM3,323)
  • iPhone 12 mini (256GB) – $849 atau $899 (~RM3,531 atau RM3,738)
  • iPhone 12 (64GB) – $749 atau $799 (~RM3,115 atau RM3,323)
  • iPhone 12 (128GB atau 256GB) – $849 atau $899 (~RM3,531 atau RM3,738)
  • iPhone 12 (128GB atau 256GB) – $949 atau $999 (~RM3,946 atau RM4,154)
  • iPhone 12 Pro (128GB) – $999 (~RM4,154)
  • iPhone 12 Pro (256GB) – $1149 (~RM4,778)
  • iPhone 12 Pro (512GB) – $1,399 (~RM5,610)
  • iPhone 12 Pro Max (128GB) – $1099 (~RM4570)
  • iPhone 12 Pro Max (256GB) – $1249 (~RM5194)
  • iPhone 12 Pro Max (512GB) – $1449 (~RM6,026)

Berdasarkan gambar ini juga, iPhone 12 mini dan iPhone 12 dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Oktober manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pada bulan November ini.

Perlu kami ingatkan bahawa harga yang ditunjukkan di atas hanyalah ramalan semata-mata.

Nantikan berita lanjut mengenai siri iPhone 12 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : theapplehub

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post