Lubuk Ikan Akuarium Murah Di Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur

Jalan Pasar ini seakan-akan hub bagi sesiapa yang menyukai atau hobi membela Ikan Hiasan ini. Dengan harga yang berpatutan dan sangat murah, aksesori yang banyak pilihan, makanan ikan yang pelbagai jenis, dan paling utamanya adalah terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual. Daripada harga semurah-murah sen, hinggalah kepada harga yang ribuan.

Ikan murah2 kat jalan pasar, Pudu, KL
Ikan hiasan ye, bkn ikan utk makan  


Ni kedai paling banyak jual ikan, harga pun murah jugalah.


Guppy 80sen yg kecik2. Yg besar rm1, beli 10 free 1, koi murah2, arowana pun murah
Macam2 jenis ikan ada


Seawal pagi lagi udah dibanjiri peminat-peminat ikan hiasan


jangan lepaskan peluang untuk cuci mata walaupun tidak beli.


Boleh berkumpul dengan para peminat ikan hiasan lain disini.


Kat kedai ni, banyak assortment tropical fish yang cantik - cantik & upper grade sikit,
ikan pun macam healthier & more lively sebab kaedah display pakai besen, pastu warna besen tuh yang membiru agak kontra dengan warna merah oren badan ikan, verylah menonjol... kan? 



Ribuan jenis ikan menanti untuk dibawa pulang.


Memang cannot tahan lah tengok ikan-ikan ini


Pelbagai saiz dan jenis dengan harga yang berbeza


Beli banyak boleh dapat FREE lagi.


Digantung ada di dalam besen ada dalam akuarium ada.


 
Alamat
Kedai Ikan Hiasan ini terletakkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu. Berhampiran dengan Pos Malaysia atau boleh cari Market Mall.

Waktu Urusniaga
Seawal 8.30 pagi dah buka, sabtu ahad byk kedai buka. Hari lain byk yg tutup
Dah bertahun2 dah tempat ni 

Selain ikan, benda2 utk akuarium pun ada
Waze je jalan pasar pudu nnt jumpa~

Tapi jaga2 kalau park tepi jalan mmg selalu kena saman, ada tmpat parking disediakan kat tanah lapang depan tu

Info Tambahan 
- Buka setiap hari. Tapi weekdays x semua kedai yg buka, isnin/selasa mmg byk tutup. weekends byk skit kedai yg buka
- Buka 8.30 pagi, tutup 5-6ptg tp tgh hari dah byk kedai tutup. Jadi nak byk kedai dtg pagi
-Masuk setiap kedai survey2 harga dan jenis ikan dulu
-Kalau pandai tawar boleh murah lagi
-Parking kat tepi jalan kalau sekejap nasib juga la kalau polis x saman
-Seberang jalan ada tanah lapang, org jaga parking, sekali masuk rm4 x silap
-Nak naik lrt boleh, lrt pudu plg dekat pastu jalan ikut map smpai ke jalan pasar (landmark dia bangunan biru kat gambar 1st tu: Market Hall)
-Kalau nak beli aquarium besar atau accessories, murah kat wangsa koi, wangsa maju (sila waze ye)

Sekian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Cmco bukak ke kedai ikan kt pasar pudu2

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya ... Di tempat saya Ikan air tawar mudah di dapati....termasuk lah ikan ezotik yg jarang di jumpai....apa yg saya lihat harga pasaran amat memberansangkan ....klu saya nak jadi pengeluar ikan hidup ....ada lah sesiapa yg berminat .....BT masa sekarang sy ada 500 ekor ikan mewakili 135 jenis ikan dan berbagai saiz...bg yg berminat sila hubungi 01136001745...jgn risau harga boleh runding....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post