24 Peserta Rookie & 4 Idol Berentap Dalam Vokal Mania (2020)

Vokal Mania adalah sebuah program realiti terbaharu di TV3 di mana 24 orang penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) akan bertanding dengan 4 orang penyanyi profesional (diberi gelaran Idol) bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!



4 orang penyanyi amatur terpilih (diberi gelaran Rookie) akan digandingkan bersama 4 orang penyanyi profesional tetap (diberi gelaran Idol) dalam setiap episod untuk berlawan membuat persembahan nyanyian lagu solo dan duet. Juri tetap akan menentukan pemenang setiap perlawanan. 



Seorang Rookie terbaik dalam setiap episod juga akan diberi gelaran Rookie Star Award dan pemenang akan ditentukan melalui 70% undian awam dan 30% markah daripada juri tetap. Pemenang akan memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja.
 



Selain itu, penonton juga boleh mengundi kesemua 24 Rookie setiap minggu untuk membantu Rookie pilihan mereka mara ke peringkat separuh akhir pada minggu ke-7. Hanya 8 Rookie yang mempunyai campuran markah juri dan undian tertinggi layak ke peringkat ini. Mereka akan membuat persembahan untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Hanya Rookie sahaja yang akan bertanding di peringkat separuh akhir.

1. Aedy Kama
23 Tahun, Kuala Lumpur
Penyanyi



2. Afieq Syazwan
23 Tahun, Selangor
Penyanyi


3. Aisha Retno
20 Tahun, Kuala Lumpur
Pelajar / Penyanyi


4. Alif Kadim
28 Tahun, Kuala Lumpur
Penyanyi Sambilan


5. Aufahanie
17 Tahun, Selangor
Pelajar


6. Danial Chuar
19 Tahun, Sabah
Pelajar


7. Danish Suffian
21 Tahun, Sabah
Penyanyi


8. Daus Husny
21 Tahun, Johor
Pelajar


9. Eranz Lambert
33 Tahun, Kuala Lumpur
Penyanyi sambilan


10. Erin
23 Tahun, Perak
Pelajar


11. Fatin Afeefa
26 Tahun, Selangor
Penyanyi / Pelakon


12. Fiera
25 Tahun, Johor
Penyelia Kedai


13. Hakeem Zamall
22 Tahun, Selangor
Pelajar / Tukang Gunting Rambut


14. Hariz Danial
24 Tahun, Johor
Pelajar


15. Nisha Haque
24 Tahun, Selangor
Guru Tuisyen


16. Nuha Bahrin
20 Tahun, Selangor
Pelajar


17. Nurshafiqnaser
25 Tahun, Perak
Eksekutif Pemasaran & Kandungan


18. Qiem Churros
18 Tahun, Terengganu
Pelajar


19. Razak A'ai
25 Tahun, Sarawak
Penyanyi / Komposer


20. Tuah Adzmi
22 Tahun, Selangor
Penyanyi / Komposer / Penulis Lirik / Youtuber


21.Wafariena
25 Tahun, Pulau Pinang
Pelakon / Penyanyi / Model


22. Yuveena
21 Tahun, Kedah
Pelajar


23. Zareef Sein
20 Tahun, Kuala Lumpur
Pelajar


24. Zetty Rashid
27 tahun
Penyanyi / penulis lirik / Ejen LPPSA












Senarai Penyanyi Profesional atau idol pula terdiri dari 4 bintang popular tanahair
Aina Abdul & Lan Solo


Tomok & Indah Ruhaila


Pada episod akhir Vokal Mania, 1 Idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan 1 Rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, 1 rakaman lagu dan 1 muzik video."

Hos Rancangan
Dato' Ac Mizal

Juri Tetap 
Misha Omar
Yusri KRU

Sistem Penjurian
Persembahan penyanyi idol dan rookie akan diadili sepenuhnya oleh juri tetap
Pun begitu, penonton di rumah masih mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang 'Rookie Star Awards' setiap episod dengan mengundi di www.xtra.com.my/vokalmania
Rookir Star Award ditentukan berdasarkan 70% undian awan dan 30% oleh juri tetap.

Hadiah
Persaingan merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!
Setiap espisod, mana-mana Rookie yang berjaya menumpaskan Idol dalam setiap pertarungan akan meraih wang tunai berjumlah RM1,000.

Episod Akhir Vokal Mania akan menganugerahkan seorang penyanyi di kalangan Idol sebagai juara dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM50,000 selain
seorang juara dalam kalangan Rookie dengan habuan hadiah bernilai RM30,000 termasuk rakaman sebuah lagu dan sebuah muzik video.

Waktu Siaran
Vokal Mania yang akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jam 9 malam, mulai Sabtu 24 oktober 2020.

Kredtit : Xtra 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post