PENGAJARAN! Kisah Jurutera Baiki Kapal Dengan Satu Ketukan, Tapi Charge Harga Mahal

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Mekanik berpengalaman lebih 40 tahun. Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil. 


Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki! 


7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah 
$10,000 kepada pemilik kapal

"Apa?!" kata pemiliknya. 
"Anda hampir tidak melakukan apa-apa. 

Berikan bil terperinci kepada kami.
" Jawapannya mudah:
Mengetuk dengan tukul: $ 2 
Mengetahui di mana hendak mengetuk & berapa banyak untuk mengetuk: $ 9,998 

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang ...
Sehingga Kata² "senang je", "cuma itu je ", seharusnya diketepikan. Kenapa?
Kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, eksperimen dan juga air mata.



Seperti gambar diatas:
(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).

Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain. Di sana saya juga belajar melihat orang, Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri.

Kepakaran dan pengalaman, itu mahal. Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu. 

Source : Mohd Nazlee Mohamad

p/s : Sama juga macam cameraman bila caj mahal sampai ribu ribu orang cakap "alah tekan tekan button ambik gambar bayar sampai ribu ribu".

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post