12 Resipi Maggi Mi Segera Versi Upgrade Daripada Level Biasa

Mee segera ni adalah makanan lazim bagi kebanyakan orang. Orang paling tidak boleh masak pun pasti boleh masak mi segera ini. Jadi apa kata upgrade sikit skill level masak mi segera selepas ini bila orang tengok masak mi je pun bukan kaleng-kaleng mi segera tau.



Jadi jom kita selongkar 12 resipi mi segera versi upgrape dari biasa

1. Mi Maggi Kari Kangkung


Maggi Kari je reti
Kita share resepi sekali. Selamat mencuba uols

Resepi Maggi Kari
Bahan-Bahan :-
  • Bawang, Cili, Tomato
  • Letak gula sikit
  • Ayam, Kangkung (Boleh letak apa yang korang minat)
  • Cili Sos sikit
  • Kalau nak masam sikit letak limau
Cara masak :-
  1. Letak sedikit minyak kat kuali then letak perencah maggi kari, hirisan bawang merah and cili (kacaukan)
  2. Tuangkan air and ayam
  3. Bila ayam dah masak separuh letak maggi pulak and sayur and tomato
  4. Then letak gula sikit (satu sudu pun dah cukup)
  5. Letak cili sos pulak kacau kan dia
  6. Kalau nak masam sikit letak lah limau
Kredit : Fafa Ahmad ( Group Mahn )

2. Cucur Udang Maggi 

 

Saya guna 2 bungkus maggi perisa ayam..nie utk yg nk buat mkn sikit2 jer klau agak2 nak mkn beramai2 gandakanlah jumlah dia ye..
  1. Mcm biasa..celurkan dlu maggi tadi..kemudian toskan..dh siap letak tepi dlu..jom tngk bahan lain plk k
  2. Ada udang..daun kucai..daun sup..bawang besar ..taugeh dan juga cili merah..potong lah ikut suka mcm mna pun jnji potong..Mcm hampa klau nk guna bahan mcm saya jgk pun bleh tpi klau ada nak tmbah ape2 lgi terpulang lah..
  3. Ok dh siap potong bahan2 tdi..kita biarkan tepi dulu..
  4. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum..saya guna 2 cawan saja klau nk byk gandakan saja..cara bancuh sama ja..bancuh mcm kita nk buat cucur yg selalu kita buat tu hokey
  5. Dah siap bancuh tepung tdi..bleh la masukkan bahan2 yg telah siap kita potong awal2 tadi tu.
  6. Gaul rata. dh siap gaul semua bahan barulah kita masukkan maggi yg telah siap dicelur tdi..
  7. Dah siap gaul maggi bersama tepung dan bahan2 lain tu masukkan pulak serbuk perencah ayam maggi tu..ini lah yg buatkan cucur kita rasa sedap sikit..lain dari yg lain saya masukkan 2 bungkus terus..kalau rasa kurang ape2 bleh la nak tambahkan garam ataupun aji sikit..semua ni terpulang pada hampa nahh..klau saya 2 bungkus serbuk perencah ni dh cukup takyah nk tambah2 rasa dah..
** Oh ya ada 1 tips yg saya nak kongsi dgn semua..mgkin ada yg dh tahu dan mgkin jgk yg xtahu kan huhu
  1. Mak saya cakap kalau sebelum nak goreng tu..ambil sesudu minyak dalam kuali yg kita tgh panaskan utk menggoreng cucur nie..dia akan buatkan cucur kita jadi lebih garing dan sdap..Minyak yg telah panas tau..
  2. masa kita tuang dari sudu tu dia akan bunyi mcm masak sikit..sbb minyak panas kan..gaulkan semula bgi sebati..
  3. Minyak pun dh panas..goreng la mcm biasa..bentuk terpulang lah..nak kecik ker nk besar ker tebal ker nipis ker ikut hampa la..
SUMBER: ILA NAJWA 

3. Kerabu Maggi Ala Thai



Saya share resepi
Bahan²
  • Maggi Serda 3 bungkus
  • Udang / sotong / isi ketam - dicelur
  • Bawang besar 2biji _dihiris nipis
  • Daun ketumbar 3tangkai-dihiris
  • Tomato 2 bj -saya tak letak
  • Limau nipis -2biji diperah ambil airnya
  • Cili merah/cili padi dihiris -ikut suka nak pedas letak lebih
  • Sos ikan/sos sotong - 2 sudu besar
  • Lobak merah parut/potong pnjg
  • Cendawan jelly - direndam dan dicelur sekejap
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara² :-
  1. Celurkan maggi hingga lembut
  2. Celurkan udang /sotong/isi ketam sekejap ja
  3. Cendawan jelly direndam kemudian celur sekejap saja
  4. Dah boleh gaulkan maggi bersama semua bahan² celur tadi
  5. beserta bahan hirisan..
  6. Serbuk maggi tadi jangan dibuang ya....dijadikan bahan perasa beserta dgn sos ikan/sotong
  7. Masukkan air limau nipis..sedikit garam dan gula..
  8. Gaul sebati semua....taraaa dah siap!!
  9. Selamat mencuba...
Ps: Selalu dalam kerabu thai diorang masukkan cendawan jelly...mmg sedap sgt..kenyal² ja..

Credit : Nora Abdullah
#mahn

4. Maggi Bandung



Makan MEGGI BANDUNG ja malam ni...sapa nak resepi angkat tangan tinggi2(gurau jaaa)tp klo nk akak bole bagi....

RESEPI MAGGI BANDUNG
Bahan-Bahan
  • 1.1 paket mee maggi
  • 2.sedikit minyak utk menumis
  • 3.2 ulas bwg putih di ketuk n tumis
  • 4.1/2 sudu besar kicap manis
  • 5.1 sudu besar sos cili
  • 6 .1 sudu besar sos tiram
  • 7.perencah maggi
  • 8. Sawi (ikutla nk letak bnyk or ckit)
  • 9.3 bj cili padi dbelah tengah
  • 10.garam secukup rasa..
  • 11.sbji telur
  • 12 air kosong 1 gelas
Cara Penyediaan
  1. panaskan minyak dan tumiskan bwg putih hingga naik bau..
  2. kemudian masukkn air, perencah maggi,kicap,sos cili,sos tiram n garam..
  3. Apabila mendidih masukkn maggi, telur n cili padi..(jgn kacau supaya telur tidak pecah)
  4. Dan apabila hampir masak masukkn sayur sawi..
SUMBER: RIN MALIK 

5. Resipi Maggi Celup Kelantan 



 A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
- daging buku besar (jangan hiris)
- tulang
- 1 sup bunjut
- akar ketumbar

2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.

- Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.

3. Keluarkan isi sup tadi.

Tambahkan:
- 1 sudu kicap lemak manis
- 1 sudu kicap pekat Jalen
- 1 sudu sos ikan

( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)

4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.

B. Aneka Lauk
- Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur
( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)

D. Aneka Rencah Perasa
- gula
- garam halus
- kacang tanah tumbuk
- air lada
- bawang goreng
- bawang putih goreng dadu (beli siap)
- lobak jeruk asin
- cili siam jeruk
- sos ikan
- perencah maggi
- serbuk chili flakes
- limau nipis
- daun sup
- serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)

E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.

Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.

SUMBER: AFY AL HABIBI

6. Maggi Goreng Mamak


 
Bahan-bahan:
  • 1 paket maggie kari
  • 2 telur
Untuk membuat kuah:
  • Sos cili life secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Kicap pekat secukupnya
Untuk membuat perencah:
  • Sedikit tauhu goreng
  • Sedikit daun sawi
  • Sedikit tomato yang dipotong 4
  • Maggi cukup rasa secukupnya
  • 5 ekor udang
Cara-cara Penyediaan:
1.Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
4.Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5.Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6.Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7.Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8.Jika sudah rasa okay bolehl;ah dihidangkan.

P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.


7. Maggi Goreng Ayam



Bahan-Bahan
  • 3 paket maggi perisa kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ayam
  • Sos cili 2 sudu makan
  • Kicap pekat 1 sudu makan
  • Perencah maggi - 2 paket
  • Telur
  • Cili merah
  • Daun sup - xde daun sup atie guna daun celery
Cara Penyediaan
  1. Celur maggi jangan sampai lembik sangat - ketepikan
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam. Ayam dah agak2 masak, masukkan sos cili, kicap pekat dan perencah maggi kari. 
  3. Gaul sebati. Masukkan maggi. Gaul sebati. Masukkan sayur. Gaul sebati. 
  4. Alihkan maggi ke tepi sedikit, masukkan telur dan kocak2 sampai agak2 telur tu hampir masak, baru gaulkan sekali dengan maggi. 
  5. Tutup api. Masukkan cili dan daun celery dan gaul sekejap bagi sebati. 
  6. Boleh lah dihidangkan.
*tak perlu tambah garam atau perasa ape2 lagi tau.

credit : ‎Atie Halpi‎ 

8. Resipi Maggi Kari Tumis 



 
BAHAN-BAHAN
=============
-Maggie 2 bungkus
-bawang merah
-3 ulas bawang putih
-cili padi
.
CARA-CARA
==========
1.Tumbuk bawang merah+bawang putih+cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie
2.tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih
3.last sekali masukan maggie pecahkan telur tutup api
.
p/s: kalau ada sayur sawi,hot dog boleh la masukan sekali,macam ni cik lin just guna ape yg ada je tak pi pasar lagi
.
Kredit :Syazlin Mansor‎ via mahn

9. Resepi Maggi Ketam


 
Bahan-Bahan:

  • 1 paket mi segera perisa kari, asingkan perencahnya
  • 1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
  • 1 butir telur
  • 1 ekor ketam bunga, cuci bersih
  • 1 sudu besar sambal tumis
  • ½ sudu besar sos cili
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia
  • Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
  • Hirisan daun sup }
  • Hirisan cili merah } untuk
  • Limau kasturi, belah 2 }hiasan
  • Sebiji tomato ceri, dibelah 4 }
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
2. Tambah sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Angkat ketam tadi dan ketepikan. 

10. Maggi Tomyam Thai Special


 

Bahan-Bahan:
Maggy
Bahan untuk tomyam paste:
  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis
  • Bahan untuk kuah Tomyam:
  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4
Cara Penyediaan:
  1. Cara untuk tomyam paste:
  2. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
  4. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
  5. Angkat dan sejukkan.
Cara untuk masak tomyam:
  1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan maggy. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Tips:
Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.


11. Maggi Tomyam Campak2 jer



Bila suami tiba2 nak makan Maggi Tomyam, haaa ni dia siap sekuali mee tomyam pedas kuah pekat terpikat.

Campak2 jer semua,bwg merah,putih halia dan cili kering yg dah kisar,tumis sampai pecah minyak, masukkan ayam,serai yg dah dhiris halus kemudian masukkan air, masukkan kiub tomyam, bila dah separuh masak ayam tu, masukkan air asam jawa dan perahan air limau, kemudian mee,bila mee dah separuh masak, campak daum ketumbar, limau purut,cili padi dan tomato, kacau seketika letak bahan perasa, siapppp!!!!

Credit : Nana Sabrina Sarsan

12. MURTABAK MAGGY


 
Bahan-bahan:
1) 2 bungkus mee segera
2) perencah mee segera
3) lada bengala
4) ayam yang dicincang halus
5) bawang besar
6) 4 biji te;ur ayam - ini GK guna GRED C
7) 1/2 Sebungkus mayonis- ini nak bagi creamy sebab tak bubuh cheese...

Cara buatnya:
1) Gaul semua bahan diatas
2) gOreng/bakar dalam oven tapi guna pemanggang ajaib je...bakar pun jap je dalam 18 minit je...

Dan siap....


Resepi POPIA MAGGIE MINI STAY AT HOME



 Bahan:
  • 2 bungkus mee Maggie
  • 1 biji telur
  • Kulit popia ptong 4
  • daun sup- dihiris
  • 2 biji cili padi merah di diris
  • 2 biji cili padi hijau di hiris
  • 2 ulas Bawang merah di hiris
  • Stengah batang lobak merah di hiris panjang2 halus
  • Sedikit garam halus
  • 2 bungkus perencah maggie
  • Sedikit minyak masak utk goreng isi ayam ramli
Cara:
1- Didih kan air. Rebus mee maggie.. Dah lembut mee tu kemudian toskan. Ketepikan
2- Masukkan mee maggie dalam satu bekas, masukkan telur,daun sup,garam,dan bawang merah..lobak merah..cili padi..dan isi ayam yg di goreng td gaul sebati.
4- Ambik kulit popia letak dalam sesudu kecil maggie tadi kemudian bungkus.
5.panaskan minyak lepastu goreng martabak tadi hingga kekuningan.
6.toskan minyak.
7.Siap utk dihidang

Selamat mencuba

SUMBER: NOOR NIZA

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post