12 Pasangan Berentap Dalam Lagu Cinta Kita 2 (2020) Dua Hati Bakal Bersatu

PROGRAM realiti nyanyian, Lagu Cinta Kita bakal kembali dengan musim keduanya di TV3 pada November depan.   


Diadaptasikan daripada program popular CJ ENM, Love At First Song, Lagu Cinta Kita Musim kedua kini sedang rancak mencari peserta menerusi penyertaan uji bakat di atas talian.

Musim perkenalan Lagu Cinta Kita yang disiarkan pada tahun lalu menyaksikan 16 peserta terpilih dibahagikan kepada lapan pasangan untuk berentap pada setiap episod.

Lebih menarik apabila para peserta tidak saling mengenali dan mereka digandingkan berdasarkan pilihan muzik serta keserasian suara.

Ini dia barisan Top 12, pasangan peserta Lagu Cinta Kita Musim 2







Juri Tetap
Ajai, Mas Idayu dan Hail Husaini dipertanggungjawabkan untuk menjadi juri tetap bagi setiap episod.

Pengacara
Azwan Ali 2020 dan Elly Mazlein pula ditugaskan untuk menjadi pengacara bagi mengemudi program ini selama 8 minggu.

Pemarkahan

Markah 70% daripada juri tetap dan lagi 30% daripada undian penonton di laman web xxtra.

Waktu Siaran

Bermula 8 Nov 2020 Setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3 sehingga 3 januari 2021

Grand Finale
LIMA pasangan duet diumumkan layak ke peringkat akhir program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang bakal langsung pada 3 Januari ini jam 9 malam di TV3.

Mereka terdiri daripada Khareez dan Nadeera; Syafiq dan Serra; Kael dan Evie; Iss dan Mya serta Adly dan Darling.


Juara bakal menerima ganjaran wang tunai RM50,000, manakala tempat kedua meraih RM30,000, diikuti tangga ketiga dengan RM20,000. Keempat dan kelima masing-masing mendapat habuan RM15,000 dan RM10,000.
 


Juara
Khareez & Nadeera


Naib Juara
Syafiq dan Serra


Tempat Ke-3
Iss dan Mya

Tempat Ke-4
Kael dan Evie


Tempat Ke-5
Adly dan Darling


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang  

Kredit : TV3Malaysia



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post