Resipi Daging Bakar Harimau Menangis + Sos Ala Thai Sebijik Macam Kat Thailand

Dari berabis jom buat sendiri sedap gila. Ini resepinya RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS



Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai)

Resepi asal dari: My Resepi 

Bahan untuk Perapan Daging
  • 500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar
Cara Penyediaan Daging
Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudan guna Periuk Pemanggan Ajaib je.

Bahan untuk membuat Sos Ala Thai
  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan nampla
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang merah hiris nipis
  • 2 biji cili api dihiris
  • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Cara Penyediaan Sos
Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda. 

Hmmm...sedappnyaa



Selamat mencuba. gerenti sedap memikat

Kredit : lina thomas recipes

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post