10 Negara Dengan Lambakan 'Sugar Daddy' Tertinggi Di Asia, Malaysia Nombor Berapa?

Menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia, Malaysia merupakan negara mempunyai bilangan “sugar daddy” paling tinggi di Asia. Jangan terkejut atas dulu, dengan arus kemodenan dan kehidupan yang semakin mencabar, ramai memilih jalan singkat dengan menjinakkan diri di lembah Sugar Daddy.

Buat yang masih keliru dengan istilah Sugar daddy adalah merujuk kepada kelompok lelaki berada yang menawarkan sokongan kewangan dan material kepada seseorang yang lebih muda. 

Gambar Hiasan

Laman web berkenaan melaporkan 10 senarai Asia teratas  “sugar daddy”  di Asia, Jom kita selongkar


10. Kemboja - 3,500

9. Sri Lanka - 5,000

8. Korea Selatan - 7,000

7. Vietnam - 12,000

6.  Taiwan - 27,300

5. Hong Kong - 28,600

4. Jepun - 32,500

3. Malaysia 42,500  

2. Indonesia - 60,250

1. India - 338,000

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,” katanya dalam kenyataan.

Gambar Hiasan

Wade berkata, ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniagaan dan menjalani kehidupan di rantau ini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” kata Wade.
 
Dilaporkan, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion.


Institusi dengan sarang SugarDaddy by SugarBook

Kredit : Sugarbook

Walaupun dilimpahi Harta yang mampu beli satu semesta pun, beringatlah kekayaan wang dan harta itu adalah sementara dan bukanlah segalanya. 

Ada harga yang perlu dibayar dan silap langkah naya dibuatnya.

Kredit : freemalaysiatoday / Sugarbook 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post