Selalu makan nasi goreng sahaja apa kata sesekali cuba alih arah menu mi pula. Tapi menu mi apa yang ingin dicuba?
Haa..Teringat makan mi sizzling hot pot panas-panas sewaktu di FoodCourt shopping mall tempoh hari jadi jom la kita buat sendiri sahaja menu mi Sizzling ni.
Bahan-Bahan
Yee Mee (Beli di kedai runcit Megah)
Perapan Ayam ( Bawang Putih , Halia Kicap (kicap manis kipas udang) ikut selera)
Cendawan Shitake / cendawan butang dalam tin.
klu yang kering
sy rendam 2-3 jam sebelum masak
kalau yg terus masak tu cuma potong2 dan basuh
Masukkan cendawan shiitake
Masukkan air
Masukkan perapan ayam
Masukkan Lada hitam, Minyak bijan titik-titik je nak bagi bau
Masukkan air bancuhan tepung Jagung
Sekian. Selamat mencuba
Mohon share ye.
Kredit : Nabila Zaidi