5 Pesanan Penting Buat Anak Apabila Mak Ayah Dah Meninggal Dunia

PESANAN PENTING buat ANAK
 
Bila makayah dah mati.....meninggal dunia 

Nanti jangan lupa bersedekah utk mak ayah setiap hari. Sebab dulu makayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.


Jangan lupa bacakan Surah Mulk untukk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....

Doakan kebaikan utk mak-ayah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.
Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.
 
Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.
 
Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.
Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.
Ingatlah,
 
Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.


Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.
Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak2 dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah .

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
 
'Dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi, Everyday.

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat. ~ Ust Asraff Ayobb
 
Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kita perlu berfikir jauh. Invest our time & effort utk dapatkan bantuan yg bersifat longlasting ini. Mulakan dgn mahir membacanya.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post