Aneka resipi puding yang menjadi pilihan sebagai pencuci mulut atau dijadikan santapan dikala petang menanti senja.
Jom kita selongkar resipi puding warna warni mudah disediakan.
1. RESEPI PUDING TAPAI UBIKAYU

Bahan2*
6 ketul (250gm) tapai ubi - buang empulur tengahnya
1/2 cwn gula
500 ml susu segar
1 biji telur (B)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar pes pandan
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin pengisar, kisar halus.
Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik dan kemudian dalam petisejuk.
Bahan Sagu Merah*
100 ml air
50 gm sagu biji kecil
15 gm gula kastor
1/4 sudu teh pewarna merah
Gaulkan sagu dengan gula, air dan pewarna merah.
Rendam selama 10 minit.
Kukus 10 minit.
Bhn Untuk Sos Kastad*
1 tin susu sejat
1/2 cwn gula
1 cwn air
1 helai daun pandan
1 sudu teh esen vanila
10 gm tepung kastad
Campur semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Sejukkan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
Cara Penyediaan*
Sediakan puding yang telah siap dikukus.
Masukkan 1 sudu besar sagu di atasnya dan juga buah-buahan campuran.
Tuangkan sos kastad di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan. Lebih enak dihidangkan sejuk.
Kredit-Drink & Dessert
2. Resepi Puding Roti Serikandi
Sediakan puding yang telah siap dikukus.
Masukkan 1 sudu besar sagu di atasnya dan juga buah-buahan campuran.
Tuangkan sos kastad di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan. Lebih enak dihidangkan sejuk.
Kredit-Drink & Dessert
2. Resepi Puding Roti Serikandi

Bahan-Bahan
* 2 peket agar² tali 20g
* 2 tin susu cair
* 1 tin susu pekat
* 1 Roti potong Gardenia yg pendek ( Rm2.50 )
* 1 inci gula batu
* pewarna merah, hijau, kuning
Cara² Penyediaan
* masak agar² tali dgn air 1.2L x 2 (atau secukupnya)
* masukkan gula batu
* carik²kan roti potong tadi ke dlm susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yg tepi potong buang)
* agar² dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. ( 1 bekas dlm 2 ke 3 senduk sahaja )
* kecilkan api masukkan susu pekat kacau² sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka
* tinggal dgn api yg kecil
* 3 warna tadi dah beku potong dadu.
* tabur kedalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yg dipotong dadu tadi dan masukkan roti yg rendam dlm susu cair tadi tuang agar²sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti,
ulang step sampai habis.
* sejukkan sedikit. Simpan dlm peti ais. Dan hidangkan
Kredit ain ilfina
3. RESEPI PUDING PISANG BERSOS KASTARD
pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Cara Penyediaan
masak semua bahan sehingga pekat.
dh suam masukkan ke dlm peti ais.
letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan taburkan sedikit kismis.
bahan hiasan terpulang pada masing2.
Credit : Linda Zaid
4. Puding Koktel
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Cara Penyediaan
masak semua bahan sehingga pekat.
dh suam masukkan ke dlm peti ais.
letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan taburkan sedikit kismis.
bahan hiasan terpulang pada masing2.
Credit : Linda Zaid
4. Puding Koktel

Dulu, saya selalu beli puding ini. Sebekas kecil RM2.50. Beli empat bekas dah RM10. Tetap tidak cukup.
Tidak puas hati.
Akhirnya, saya belajar untuk membuat sendiri. Baru puas hati. Boleh makan berkali-kali.
Resepinya mudah sahaja. Tidak sampai sejam, siap!
Resepi puding:
1 cawan tepung kastad.
¾ cawan gula
4 cawan air
Sedikit garam
Cara:
Masukkan semua bahan di atas dalam kuali (kuali tak melekat). Kacau sehingga likat. Kemudian, tuang ke dalam bekas. Dah sejuk, potong kecil.
.
Resipi kuah puding.
1 tin susu cair
¾ cawan gula
4 cawan air
1 sudu tepung kastad (untuk pekatkan kuah)
Sedikit garam
Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
Kemudian, ambil buah campuran (koktel) dan basuh. Campur sedikit buah ceri. Masukkan ke dalam kuah bersama puding yang dipotong tadi.
Siap! Mudah kan
5. RESEPI PUDING JAGUNG CINCAU

Bahan-Bahannya :-
12 gram agar2 tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar bes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu (klau x letak pun boleh)
Secubit garam
Cara Menyediakannya :-
1. Blender jagung krim dgn 1/2 cwn air. Ketepikan.
2. Potong cincau kecil2. Ketepikan.
3. Bersihkan agar2 tali. Masak agar2 dgn 3 cwn air hingga semua agar2 larut.
4. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.
5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yg tlh diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yg tlh dipotong kecil td. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar2 ke dlm loyang/acuan td.
7. Agak2 dlm 10 - 15 minit, letak lg sedikit cincau. Tekan2 sedikit cincau ke dlm agar2. Agak2 10 - 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar2 sehingga habis. Tekan2 sikit supaya cincau tenggelam ke dlm agar2. Sejukkan.
8. Apabila Puding tlh sejuk, simpan di dlm peti sejuk selama lbh krg 3 jam.
9. Keluarkan loyang/acuan td dr peti sejuk. Cuba2 keluarkan Puding dr loyang/acuan.
10. Potong ikut suka. Sedia utk dihidangkan.
Catatan :
Sukatan bahan-bahan bergantung kpd selera atau citarasa masing2.
Klau x suka jagung, boleh tukar kpd sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.
Kredit hamidah ha
6. PUDING JAGUNG
6. PUDING JAGUNG

Bahan-Bahan
1tin jagung
1tin gula(Xsuka manis bleh kurangkan)
1tin tepung kastad
2tin santan pekat
2tin santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning(klu xde pon xpe)
Smua saya sukat pakai tin jagung
Cara Penyediaan
Satukan smua bahan dlm kuali, kacau sebati dan masak dgn api sederhana sehingga pekat berkilat dan mendidih blup2.. Ok siap.. Masuk dlm acuan dan sejukan.. Tadaaaa.. Dah boleh di makan.
7. Puding Biskut Marie

Puding biskut marie dah serupa kek lapis kejadiannya
Resepi Puding Biskut Marie
======================
Bahan-Bahan
- Sepaket biskut marie putih
- Sepaket serbuk agar2 10g
- 4cawan setengah air
- 1/2cawan gula
- 2sudu susu pekat
- 1biji telur
- 1/2cawan susu cair
- 1/2cawan santan kara-campur sedikit air
- 1/2cawan tepung kastard
- 2sudu besar butter@marjerin-nina guna marjerin je
- esen pandan&esen vanila
- secubit garam
Cara Penyediaan
-satukan telur,susu cair,santan,kastard,whisk sebati hingga tak berketul
-dalam periuk masak agar2,gula,air hingga larut&tambahkan butter@marjerin
-masukkan bahan yang di whisk dan masak hingga sedikit pekat jangan pekat sangat&masukkan esen vanila garam dan matikan api
-basahkan loyang dengan sedikit air&bahagi adunan kepada 2warna(1yang pandan 1yang vanila)
-tuang lapisan kuning dlm loyang dan ratakan kemudian susun biskut di atasnya biarkan mengeras sekejap, nina masukkan dalam peti ais
-kemudian tuang adunan pink dan susun biskut
-ulang langkah hingga habis adunan
-sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2jam
**tips nak mudah keluarkan dari loyang layer yang first tu kena sedikit tebal dan betul2 memenuhi permukaan loyang
**jika adunan mengeras boleh panaskan balik
8. RESEPI PUDING BISKUT CREAM CRACKERS

BAHAN²
25 keping biskut cream crackers
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
2 sdb gula perang
CARANYA
~sediakan loyang 7x7 sapu sedikit minyak
~rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
~masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
~blend sehingga halus
~bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
~masukkan pewarna (optional/milo) ~kukus selapis² sehingga masak
setiap lapisan 5min sahaja,
lapisan terakhir 10 min
5 min akhir bukak penutup kukus
tujuan nak bagi air ats permukaan puding kering
~siap / sejukkan baru dipotong
**boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah
** 2/3 cwn utk setiap 1 lapisan
**opah guna loyang 9x5x2
Kredit : 1001 aneka resepi biskut
9. Puding Pokodot Chocolate Mocca

Bahan puding mocca
1 bungkus agar²
500 ml susu cair perisa mocca
2 satchet kopi instan (nescafe)
120 gram gula pasir
300 ml air (saya guna 200 ml)
Campur semua bahan, masak hingga mendidih, asingkan 100 ml untuk membuat pokodot. Tuang ke dalam acuan, biarkan mengeras.
Untuk buat pokodot, ambil senduk kecil tuang perlahan di piring rata. Biarkan mengeras.
Ambil puding pokodot, masukkan secara perlahan kedalam acuan, sbagi sedikit tekanan perlahan untuk mengeluarkan gelembung udara. Asingkan
Bahan puding coklat
2 bungkus agar²
200 grm gula pasir
45 grm coklat powder
1500 ml air (saya guna 1400 ml air)
80 gr susu pekat manis coklat
==> campur semua bahan, Masak sampai mendidih, kacau² untuk hilangkan wap panas'nya. Tuang sebagian adunan ke acuan menggunakan senduk makan. Masukan puding mocca yg sudah mengeras, letak perlahan-lahan. Tuang sisa puding coklat, biarkan mengeras.
Selamat Mencuba
10. Resepi Puding Nenas By Chef Obie

Bahan 1
- 1 mangkuk Nenas Josephine @ Morris @ sebarang jenis Nenas yg dikisar
- 500 ml Air
- 1 cawan gula
- Secubit Garam
- 3sdb Tepung Jagung
- 1 paket Serbuk Agar-agar
Bahan 2
- 1 tin Susu Evaporated Ideal
- 1 cawan Air
- 2 sdb Gula Pasir
- 1/2 sdt Garam
- 3 sdb Tepung Jagung
- 1 paket Serbuk Agar-agar
- Vanilla Essen ( option )
Cara Penyediaan
1.Sedia kan 2 pot berasingan,Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.
2.Masukkan kesemua bahan dlm pot.Kecuali Tepung Jagung.Masak bahan pada api sederhana Dan kacau perlahan-lahan.
3.Apabila mendidih masukkan bancuhan Tepung jagung( letak sedikit air ) ke Dlm pot 1 Dan pot 2.Kacau memekat sahaja matikan api.
4.Gunakan loyang 8'inci atau 7'inci yg telah dibasahkan, sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai,biar seketika diluar kemudian simpan didalam peti sejuk...mudah kan...yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian Rasa asli nenas Josephine dari johor ini yg agar ketara..dgn kombinasi Pusing susu. Enak dinikmati sejuk.
11. Puding Gardenia

Hari ni Zara buat puding Gardenia yg tengah trending sekarang ni. Zara dah buat dulu tapi nak buat sekali lagi lah sebab dah lama tak rasa dah. Puding yang sangat creamy dan lembut
Update - ya allah sedapnya puding ni, dah lupa rasa dia tapi memori indah kembali lagi... Sangat lemak berkrim.. Lazat
Bahan-Bahan
4 roti Gardenia
4 biji telur
1 sk vanilla essence
2 cwn susu uht
3/4 cwn susu manis
4 sb gula
Cara Penyediaan
Mula2 buat gula caramel dulu. Cuma perlu masak 4sb gula dan bila gula mula perang n cair boleh matikan api n tuang pada bekas.. Tuang dalam bekas dan tunggu gula sejuk akan mengeras. Tuang bahan blender di atas gula caramel tadi dan kukus 20 minit
Siap
12. PUDING BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:
- 20 gm serbuk agar-agar
- 750 ml air
- 310 gm gula
- 1 biji buah naga merah – kisar
- 250 ml air – kisar
- 1 biji jus limau nipis
- Kisar buah naga dan air hingga hancur.
- Masak agar-agar dengan air, biarkan hingga hancur.
- Masukkan gula dan gaul rata.
- Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar dan kacau rata.
- Tuangkan air limau nipis dan biarkan selama 15 minit.
- Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia dihidang

Bahan-Bahan
- 20-24 keping biskut cream cracker
- (tak kisah guna brand apa)
- 4 biji telur gred A@B
- 1/2 Cawan susu pekat
- ( Nak manis lebihkan sikit)
Cara Penyediaan
- Loyang saiz 6
- Panaskan pngukus dahulu
- Rendamkan biskut kedalam air tapis sehingga kembang. Lepastu tos kan…
- Blendkan telur, susu pekat dan biskut sampai halus
- Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna.. Macam Linda 1 bahagian letak serbuk koko..
- Kukus selapis demi selapis sehingga habis.. Lapis pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit..
- Siappppp
- Selamat Mencuba sis-sis semua
Kredit : Dhia Azlinda
14. Eggless Puding Karamel

Aduduuuu sorry lambat update..busy siapkan 2 biji brownies tower tadi, utk hantaran..ni customer dah amik, baru dapat update RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR (eggless caramel pudding)..ada ke tak lagi yg tunggu?? tah2 dah krohhh krohhh kan ok tulis cepat2 nak follow up order planner 2018 pulak (siapa tak place order lagi rugiii tau ).
A) KARAMEL/GULA HANGUS
8 sb gula kasar
6 sb air panas
---> cara: -panaskan gula dgn api perlahan sehingga perang.
-bila dh perang masukkan air panas perlahan2 (hati2 jgn sampai merecik kena tangan).
-tuang dlm acuan & biarkan sejuk.
B) PUDING
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
4 cawan air
10 gram/sepeket serbuk agar2
2 sb tepung kastad
1 sk asen vanila
--->cara:
masuk je semua bahan ni, masak sehingga mendidih.. kena sentiasa kacau supaya adunan tak jadi ketul2..dah mendidih boleh tutup api, tuang adunan dlm acuan menggunakan tapis..sejukkan suhu bilik sejam pastu masukkan dalm peti ais sejam..siap!!
Sekian.
Selamat mencuba
sharing is caring