Boleh Unlock Iphone Sambil Pakai Pelitup Muka, Dan 7 Fungsi Menarik Lain iOS 14.5

Apple baru-baru ini telah melepaskan kemaskini iOS 14.5 buat semua pengguna iPhone yang masih menyokong iOS terbaru iaitu dari iPhone SE (2016), iPhone 6S sehingga iPhone 12 Pro Max.

Dalam kemaskini terbaru, Apple telah memberi sokongan terhadap penggunaan AirTag, fungsi Siri dipertingkat, emoji terbaru dan pelbagai lagi. Yang paling menarik adalah fungsi di mana anda boleh nyahkunci iPhone anda walau menggunakan pelitup muka.

Sebelum ini untuk iPhone X dan ke atas yang mempunyai Face ID, pengguna perlu membuka pelitup muka atau memasukkan nombor kod untuk nyahkunci, tapi untuk iOS 14.5 anda boleh guna Apple Watch untuk nyahkunci iPhone anda sebagai alternatif tidak perlu lagi membuka pelitup muka.


𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗶𝗢𝗦 𝟭𝟰.𝟱.



Bagi pengguna iOS, kini iOS 14.5 berada dalam fasa untuk dilancarkan sepenuhnya. iOS 14.5 ini disokong bagi semua peranti yang mampu menjalankan iOS 14. Namun pengguna boleh memuat turun versi beta sekiranya berminat.

Fungsi terbaru yang terdapat dalam iOS 14.5 ialah:



1. Unlock Face ID walaupun memakai topeng muka (face mask)

2. Pilih "default" music player.

3. 200 emoji tambahan yang baru

4. Siri dengan Nada yang baru

5. Pengguna boleh "Stream" Fitness Plus Workout dengan AirPlay

6. App Tracking yang lebih selamat.

7. Menyokong Dual-SIM 5G

8. Menjadi controller bagi PS5 dan Xbox Series X.

Berikut adalah beberapa fungsi yang dapat disenaraikan setakat ini.

Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post