Kursk Dan 5 Lagi Filem Berkisarkan Kapal Selam Tular Selepas Trajedi KRI Nanggala-402

TRAGEDI KAPAL SELAM KURSK

Sebuah raksasa lautan yang tumbang akibat senjata yang dibawanya sendiri pada tahun 2000.
Kegagalan dan kelambatan negara Rusia pada ketika itu untuk segera menyediakan kapal penyelamat juga menjadi faktor kesemua 118 anak kapalnya tidak dapat diselamatkan.

 


Kalau nak bayangkan apa yang terjadi kepada kru kapal selam yang terperangkap dalam laut, boleh cuba cari filem Kursk.


Tragedi karamnya kapal selam beberapa kali pernah terjadi dan banyak mengorbankan nyawa. Di era modern ini, ada satu tragedi karamnya kapal selam yang sampai sekarang dianggap sebagai salah satu bencana kapal selam terburuk, dan mengundang kontroversi.

K-141 Kursk, merupakan salah satu kebanggaan angkatan laut Rusia pada saat itu. Mengikut sejarah, kapal itu dilancarkan pada 1994 dan memiliki berat sebanyak 16.400 ton.

Kapal selam Rusia Kursk yang berpengkalan di Vidyayevo, pada tahun 1995. Foto: STR/AFP

Namun sayang, kapal selam tersebut seolah menjadi tumbal, dalam latihan gabungan angkatan laut Rusia di Laut Barents pada 12 Agustus 2000. Saat itu, seluruh anak kapal yang berjumlah 118 orang tewas saat kapal selam Kursk tenggelam.

Tragedi bermula dari kebocoran tabung gas di kompartmen torpedo, yang mengakibatkan dua ledakan hebat. Hampir seluruh anak kapal tewas akibat ledakan tersebut kecuali 23 krew yang menguncikan diri mereka di dalam kompartmen. Sejumlah usaha menyelamat yang dilakukan berkali-kali gagal, akibat kekangan pada kualiti peralatan penyelamat.

Saat itu sejumlah negara lain seperti Inggeris ikut menawarkan bantuan, meskipun ditolak. Barulah di hari kelima, Presiden Rusia Vladimir Putin mengizinkan negara lain untuk memberikan bantuan.

Kapal selam Rusia Kursk di Pangkalannya di Vidyayevo, pada tahun 1995. Foto: STR/AFP
 

Malang sekali apabila para penyelam dari Norway berjaya mencapai kompartmen tersebut, 23 krew kapal yang ada di dalamnya tak dapat diselamatkan.


Usai tragedi tersebut, siasatan pun dilakukan. Namun pihak Rusia dianggap tak jelas kerana hanya menampilkan kurang dari separuh laporan siasatan. 


Selepas tular dan menjadi kontroversinya, tragedi tenggelamnya kapal selam Kursk tersebut diangkat ke layar perak berjudul Kursk/The Command pada 2018 lalu.

Trajedi itu meninggalkan kesan, dan mereka yang terkorban kini dijadikan tugu peringatan di Rusia. Bahagian layarnya (sail) kini dijadikan sebahagian daripada tugu peringatan di Russia.



Kursk submarine disaster, nama-nama mereka yang terkorban.


Wajar diambil pengajaran oleh semua negara yang memiliki aset kapal selam.  
Perisitiwa ini diadaptasi menjadi sebuah filem berjudul KURSK (2018). 

Antara filem lain berkisar tentang pengembaraan kapal selam

Greyhound 
Tentera Laut A.S. Cmdr Ernest Krause ditugaskan untuk mengetuai konvoi Sekutu melintasi Atlantik semasa Perang Dunia II. Bagaimanapun, konvoi miliknya dikejar oleh kapal-kapal Jerman. Walaupun ini adalah misi pertama perang Krause, dia mendapati dirinya terlibat dalam apa yang akan dikenali sebagai pertempuran tentera laut terpanjang, terbesar dan paling kompleks dalam sejarah: Pertempuran Atlantik.



Hunter Killer

Filem berkisarkan tentang misi kru kapal selam USA untuk menyelamatkan Presiden Rusia yang diculik. Kes penculikan itu telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.


K19
Pada puncak Perang Dingin Captain Alexi Vostrikov (Harrison Ford) yang diperintahkan untuk mengambil alih komando kapal selam peluru berpandu nuklear K-19, kebanggaan Tentera Laut Soviet. Tugasannya: Siapkan K-19 untuk laut dan bawa dia keluar meronda - tidak kira berapa harganya.


The Wolfs Call
Di kapal selam nuklear Perancis, semuanya bergantung pada seorang lelaki dengan hadiah mengenali setiap suara. Dianggap salah, dia membuat kesalahan yang membahayakan misi penyelamat dan kru.



Black Sea
Jude Law berperanan sebagai map-ten kapal selam yang menjadi pengganggur setelah dipecat oleh syarikat penyelamat. Dia kemudiannya dilantik untuk menyertai misi menerai kapal selam yang tenggelam di dasar laut hitam yang dikhabarkan mempunyai muatan emas.


Tonton jangan tak tonton.

Sekian.

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post