Luahan Ikhlas Wakil Mak-Mak Kepada Kedai Eco RM2 Ringgit

Kehadapan kedai eco 2 ringgit semalaysia, di sini saya mewakili persatuan mak-mak sedunia ingin mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kerana telah menjadikan kami mak dan isteri yang lebih baik ramadhan ini.


1. Semalam anak bongsu saya , maria yang berusia 5 tahun dengan sengaja mengetuk pinggan dengan kereta besi abangnya hingga pecah.
 
Dulu saya selalu hangin, naik suara membebel walaupun bulan puasa, tapi kini tidak lagi. Kerana pinggan eko 2 ringgit, mummy tak marah, maria tak sengaja kan.
 
2. Selalu suami saya dengan gembiranya akan menggunakan span basuh pinggan di dapur untuk basuh rim tayar keretanya. Dulu anak mata saya bagai nak terkeluar bila melihat pekara ini,sekarang tidak lagi.
 
Kerana kedai eko, saya telah sediakan berbondong span untuk keretanya di dalam keretanya dan di tepi keseluruhan keretanya. Kini dia tidak lagi kedapur selamba menggunakan span basuh pinggan saya.
3. Anak saya yang ke 3, khai adalah seorang yang sangat kelakar dan suka hilang barang dalam masa yang sama. Setelah 179 kali pemadamnya hilang.

Kini mummy tidak menjadi gorila lagi, simpanan pemadam khai telah berjaya mencecah paras overload laci almarinya. Tiada lagi kedengaran dia menangis tiap pagi kerana pemadam yang hilang.

4. Selama hidup ini, saya tak pernah terfikir untuk mempunyai cawan berwarna warni, tapi kerana eko, kini hidup kami berwarna warni cahaya di aidilfitri. Baru saya tahu, minum air putih dalam cawan pink akan buatkan kita gembira.
 
Anak-anak saya juga gembira sebab semua cawan mereka berwarna warni ikon senyum sentiasa. Dan bila cawan itu hilang, mummy tak marah langsung, sugguh eko menjaga emosi kami mak-mak dengan sangat baik.

5. Dan yang terakhir, syukur yang teramat tinggi kepada eko kerana membenarkan kain lap kami di ganti setiap bulan dengan mudahnya.
 
Kini, tak perlu tunggu lama, kami dengan senang hati akan ganti kain lap yang ada berbagai bentuk dan berbagai warna. Tak cukup beli untuk diri sendiri, kami beli juga untuk mak ayah sedara mara yang lain, oh semuanya gembira menerima kain lap dari kami.
 
Paling teragung, para suami kini sangat lega bilamana emosi kami para isteri menjadi sangat baik hanya dengan sekecil investment RM20 dan menemani kami dan bersetuju serta menyokong dengan semua barang yang kami pilih dalam troli eko.
 
Terima kasih eko kerana menggembirakan hari-hari kami.

Kak kay,
Wakil mak-mak & isteri sedunia.
Kredit: Kamalia Kamal





Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post