Laksa merupakan salah satu sajian tradisional signatur rakyat Malaysia dan menjadi menu mesti cuba bagi pelancong yang datang ke Malaysia kerana rasa dan keunikannya yang tersendiri. Dalam Malaysia sahaja terdapat banyak versi dan jenis resipi laksa mengikut negeri-negeri di Malaysia. Laksa menjadi pilihan hidangan untuk santapan bersama rakan taulan dan sanak saudara pada majlis-majlis keraian dan harian.
Beliau juga menyatakan penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur.
Laksa Johor merupakan hidangan yang unik kerana ia menggunakan spageti berbeza laksa lain menggunakan laksa beras. Kuahnya pula merupakan kuah kari pekat dan harum aromanya. Bahan asas untuk kuah ialah rempah ratus, ikan parang dan santan.
Laksa tersebut disajikan dengan ulam-ulaman segar seperti limau kasturi, bunga kantan, daun selasih, kacang panjang dan tauge. Sambal turut diletakkan di atasnya.
2. Laksa Kedah dan Laksa Lemak Kedah
Laksa Kedah mungkin pada mata kasar nampak seakan-akan sama dengan laksa Penang. Hakikatnya kedua-duanya berbeza. Kuah laksa Kedah menggunakan isi ikan yang dihancur lumat manakala laksa Penang menggunakan isi ikan yang dicarik-carik sahaja.
Laksa Penang menggunakan jus asam jawa, tetapi laksa Kedah menggunakan asam keping sebagai penambah rasa masam. Selain itu, kuah laksa Penang menggunakan banyak cili merah segar manakala laksa Kedah lebih mengutamakan penggunaan cili kering.
Kuahnya kelihatan sedikit gelap. Ia lazimnya disajikan dengan ulaman seperti hirisan timun, daun selom, bawang merah dan cili padi hijau. Boleh juga tambah telur rebus jika suka, dijamin lebih lazat dan mengenyangkan!
Pada masa sama, menggunakan laksa beras sebagai mi dan kuahnya pula warna kuning. Manakala bagi versi Laksa Lemak Kedah, kuah lemaknya lebih kurang dengan kuah laksa Penang, cuma ditambah santan memberikan rasa lemak.
3. Laksa Penang
Laksa Penang atau dikenali asam laksa merupakan laksa dari negeri Pulau Pinang. Ia disukai ramai kerana rasa masam dan masin yang sebati. Bahan utama ialah ikan rebus segar, daun kantan dan bunga kesum. Ada juga yang menambah nanas yang dikisar.
Selain itu, belacan bakar dan isi udang juga ditambah bagi membangkitkan rasa laksa.
Sebagai bahan hiasan dan ulaman ia disajikan bersama telur rebus, potongan bawang, limau nipis dan sayur-sayuran yang dihiris halus.
Laksa Terengganu merupakan hidangan berkuah yang popular di Terengganu. Ia hadir dengan dua jenis kuah sama ada mentah atau masak. Kuah mentah merupakan santan yang dicampur air panas tanpa dimasak. Ia ditambah lada hitam, isi ikan dan bawang sebagai penyedap rasa.
Kuah yang masak pula ialah kuah gulai seakan-akan kuah laksa Johor. Mi untuk laksa diperbuat daripada tepung gandum atau laksa beras, sama seperti laksa Penang.
6. Laksa Lemak Kelantan
Laksa Kelantan berbeza daripada penyediaan kuahnya. Bagi bahagian kuah berlemak diperbuat menggunakan santan dan ikan rebus sebagai bahan-bahan utama.
Laksanya pula menggunakan laksa beras. Jika ke negeri Cik Siti Wan Kembang, laksa lemak yang dihidangkan dimasak segar bukannya menggunakan laksa kering yang direbus.
Laksa disajikan bersama sambal cili kering, belacan dan garam sebagai penyedap rasa. Ulamannya pula terdiri daripada kacang panjang, timun dan tauge, kacang panjang dan timun dihiris halus.
Antara hidangan sarapan popular di negeri Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan.
Walaupun Perlis merupakan negeri Utara, laksa Kuala Perlis atau dipanggil laksa kola tidak sama dengan laksa Penang.
Beza kedua-dua jenis laksa dari segi pembuatan laksa berasnya. Laksanya adlah menggunakan tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar.
Tekstur laksa kuala juga halus berbanding laksa beras biasa. Kuahnya seakan dengan laksa Penang, cuma tidak terlampau pekat. Laksa ‘legend’ itu akan dimakan dengan hirisan timun, bawang dan telur rebus.
10. Laksa Mi Pangkor
Laksa Mi Pangkor cukup terkenal di Lumut, Perak. Ia mempunyai rasa unik. Menariknya, sambal laksa mi Pangkor menggunakan belacan manakala mi adalah sejeni mi khas.
Untuk memudahkan penyediaan, korang boleh menggunakan mi lidi atau spageti sebagai opsyen. Laksa mi Pangkor menggunakan sup ikan kembung, sup ketam atau sup sotong. Namun, kebiasaannya sup ikan kembung digunakan.
Keenakan terserlah apabila dinikmati bersama sambal udang, kacang panjang dan sedikit lobak masin. Ada juga menambahkan hirisan bawang putih sebagai bahan penyedap.
Baru-baru ini tular perbalahan warganet tentang ‘standard’ laksa negeri masing-masing hingga mencetuskan perdebatan antara laksa Johor dan laksa negeri-negeri lain. Semuanya bermula apabila seorang pengguna bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa.
Lalu, individu lain membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain.
Lalu, individu lain membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain.
Beliau juga menyatakan penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur.
Rentetan kenyataan itu, warga maya mula membidas hujah mengatakan laksa Utara ‘lebih pure’ kerana menggunakan bahan laksa sebenar berbanding laksa Johor berasaskan spageti. Perbahasan terus menjadi hangat susulan campur tangan netizen negeri lain yang menyokong geng laksa Utara.
Jangan gaduh-gaduh semua. jadi jom kita selongkar 10 jenis laksa yang terdapat di negara kita.

1. Laksa Johor
Laksa Johor merupakan hidangan yang unik kerana ia menggunakan spageti berbeza laksa lain menggunakan laksa beras. Kuahnya pula merupakan kuah kari pekat dan harum aromanya. Bahan asas untuk kuah ialah rempah ratus, ikan parang dan santan.
Laksa tersebut disajikan dengan ulam-ulaman segar seperti limau kasturi, bunga kantan, daun selasih, kacang panjang dan tauge. Sambal turut diletakkan di atasnya.
2. Laksa Kedah dan Laksa Lemak Kedah
Laksa Kedah mungkin pada mata kasar nampak seakan-akan sama dengan laksa Penang. Hakikatnya kedua-duanya berbeza. Kuah laksa Kedah menggunakan isi ikan yang dihancur lumat manakala laksa Penang menggunakan isi ikan yang dicarik-carik sahaja.
Laksa Penang menggunakan jus asam jawa, tetapi laksa Kedah menggunakan asam keping sebagai penambah rasa masam. Selain itu, kuah laksa Penang menggunakan banyak cili merah segar manakala laksa Kedah lebih mengutamakan penggunaan cili kering.
Kuahnya kelihatan sedikit gelap. Ia lazimnya disajikan dengan ulaman seperti hirisan timun, daun selom, bawang merah dan cili padi hijau. Boleh juga tambah telur rebus jika suka, dijamin lebih lazat dan mengenyangkan!
Pada masa sama, menggunakan laksa beras sebagai mi dan kuahnya pula warna kuning. Manakala bagi versi Laksa Lemak Kedah, kuah lemaknya lebih kurang dengan kuah laksa Penang, cuma ditambah santan memberikan rasa lemak.
3. Laksa Penang
Laksa Penang atau dikenali asam laksa merupakan laksa dari negeri Pulau Pinang. Ia disukai ramai kerana rasa masam dan masin yang sebati. Bahan utama ialah ikan rebus segar, daun kantan dan bunga kesum. Ada juga yang menambah nanas yang dikisar.
Selain itu, belacan bakar dan isi udang juga ditambah bagi membangkitkan rasa laksa.
Sebagai bahan hiasan dan ulaman ia disajikan bersama telur rebus, potongan bawang, limau nipis dan sayur-sayuran yang dihiris halus.
4. Laksa Terengganu
Laksa Terengganu merupakan hidangan berkuah yang popular di Terengganu. Ia hadir dengan dua jenis kuah sama ada mentah atau masak. Kuah mentah merupakan santan yang dicampur air panas tanpa dimasak. Ia ditambah lada hitam, isi ikan dan bawang sebagai penyedap rasa.
Kuah yang masak pula ialah kuah gulai seakan-akan kuah laksa Johor. Mi untuk laksa diperbuat daripada tepung gandum atau laksa beras, sama seperti laksa Penang.
5. Laksa Sarawak
Kuahnya berwarna kemerah-merahan dan pekat kerana penggunaan sambal belacan atau sambal udang kering yang dicampur dengan bahan-bahan seperti serai, bawang putih, lengkuas, asam jawa dan santan.
Bezanya dengan laksa Penang dan laksa Terengganu ia menggunakan bihun. Jadi, ia nipis dan rasa kuah lebih menyerlah.
Laksa Sarawak dihidangkan bersama, telur, udang, cili padi, tauge, bawang goreng dan daun ketumbar. Korang boleh perah limau nipis, lagi mengancam!
Bezanya dengan laksa Penang dan laksa Terengganu ia menggunakan bihun. Jadi, ia nipis dan rasa kuah lebih menyerlah.
Laksa Sarawak dihidangkan bersama, telur, udang, cili padi, tauge, bawang goreng dan daun ketumbar. Korang boleh perah limau nipis, lagi mengancam!
6. Laksa Lemak Kelantan
Laksa Kelantan berbeza daripada penyediaan kuahnya. Bagi bahagian kuah berlemak diperbuat menggunakan santan dan ikan rebus sebagai bahan-bahan utama.
Laksanya pula menggunakan laksa beras. Jika ke negeri Cik Siti Wan Kembang, laksa lemak yang dihidangkan dimasak segar bukannya menggunakan laksa kering yang direbus.
Laksa disajikan bersama sambal cili kering, belacan dan garam sebagai penyedap rasa. Ulamannya pula terdiri daripada kacang panjang, timun dan tauge, kacang panjang dan timun dihiris halus.
7. Laksam
Antara hidangan sarapan popular di negeri Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan.
Laksam tidak menggunakan laksa beras sebaliknya, mi seakan-akan kuetiau diperbuat daripada campuran tepung beras dan sedikit tepung gandum. Ia dikukus, digulung dan dipotong kecil sebagai mi supaya kuah mudah meresap.
Kuah berlemak sama seperti kuah laksa lemak Kelantan. Laksam selalunya disajikan bersama sambal cili api atau sambal ‘jantan’.

8. Laksa Ipoh
Laksa jenis ini mungkin jarang korang lihat. Laksa Ipoh atau laksa telur bersarang bukan sahaja terkenal di Ipoh, malah pengaruhnya meluas ke daerah lain seperti di Kuala Kangsar. Kelazatannya terletak pada kuah gulai yang berlemak. Sedap tak terkata, tanpa sedar menghirup kuah sehingga licin!
Laksa Ipoh mungkin diinspirasikan daripada laksa Penang dan kuahnya pula dari mi kari. Hirisan timun dan bawang melengkapkan sajian ini.

9. Laksa Kuala Perlis
Walaupun Perlis merupakan negeri Utara, laksa Kuala Perlis atau dipanggil laksa kola tidak sama dengan laksa Penang.
Beza kedua-dua jenis laksa dari segi pembuatan laksa berasnya. Laksanya adlah menggunakan tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar.
Tekstur laksa kuala juga halus berbanding laksa beras biasa. Kuahnya seakan dengan laksa Penang, cuma tidak terlampau pekat. Laksa ‘legend’ itu akan dimakan dengan hirisan timun, bawang dan telur rebus.
10. Laksa Mi Pangkor
Laksa Mi Pangkor cukup terkenal di Lumut, Perak. Ia mempunyai rasa unik. Menariknya, sambal laksa mi Pangkor menggunakan belacan manakala mi adalah sejeni mi khas.
Untuk memudahkan penyediaan, korang boleh menggunakan mi lidi atau spageti sebagai opsyen. Laksa mi Pangkor menggunakan sup ikan kembung, sup ketam atau sup sotong. Namun, kebiasaannya sup ikan kembung digunakan.
Keenakan terserlah apabila dinikmati bersama sambal udang, kacang panjang dan sedikit lobak masin. Ada juga menambahkan hirisan bawang putih sebagai bahan penyedap.
Setiap resipi mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri. Ada rasa berlemak, ada rasa pedas dan ada juga berbeza dari segi jenis laksa digunakan. Oleh itu, raikanlah perbezaan bukannya saling menjatuhkan!
Sampai Mencetuskan 'Perang Laksa' Antara Netizen! memang tak patut.
Kredit : Sinarplus