14 Tip Pemilihan Bunga Tangan Buat Mempelai

Keharuman dan keindahan gubahan bunga tangan menjadi suatu kemestian buat ratu sehari dalam meraikan hari bahagia.Bunga tangan yang digenggam erat bukan sahaja sebagai peneman malah mampu menyerlahkan lagi penampilan anggun si ratu sehari sepanjang hari.Pesona pengantin memaparkan 14 inspirasi bunga tangan,istimewa buat bakal pengantin di hari penuh bermakna.



TIPS


1. Penggantin boleh menggunakan bunga segar sebagai pilihan bunga tangan antaranya baby Breath, Carnation, Ros, Hydrange an sebagainya.

2. Semasa pilih bunga tangan, pastikan kuntuman bunga masih kembang dab daun yang berkilat. Ia menunjukkan bunga tersebut masih segar dan boleh digubah dengan baik.

3. Ketika pilih bunga di kedai, pastikan bawah tangan bunga diikat kemas bersama plastik agar bunga tersebut masih baru dan segar.

4. Gunakan bunga yang tajam ketika memotong kuntuman bunga agar batang yang dipotong tidak hancur.

5. Jangan letak bunga dibawah cahaya matahari secara langsung kerana ia akan menyebabkan bunga cepat kering dan layu.


 
6. Ketika mengubah bunga tangan, pilihlah aksesori tambahan yang bersesuaian dengan warna bunga.Contoh aksesori yang boleh digunakan adalah reben,tali gini,kerongsang,juntaian manik-manik dan lain-lain.

7. Jika anda menempah bunga tangan, pastikan pereka bunga tangan mempunyai kerja seni yang cantik,selain melihat maklum balas daripada pelanggan sebelumnya.

8. Pemilihan bunga tangan haruslah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

9. Jika anda ingin membeli bunga dengan lebih awal,pastikan anda menyembur bunga tersebut dengan air sekurang-kurangnya empat kali sehari.Selain itu,rendamkan batang bunga dengan air sejuk supaya bunga segar sehingga waktu yang anda inginkan. 



10. Jika gadis penggiring turut memegang bunga,saiznya haruslah lebih kecil daripada bunga tangan pengantin.

11. Bunga tangan akan kelihatan lebih cantik jika anda menggunakan warna yang senada dengan busana yang digayakan.

12. Diingatkan,saiz bunga tangan yang dipegang tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil.Cukup ia sekadar bersaiz sederhana.

13. Jangan memilih warna bunga yang terlalu kontra dengan busana kerana ia akan membuatkan penampilan anda kelihatan pelik.

14. Bunga sebaiknya dibeli awal pagi kerana ia lebih segar dan pastikan kuantiti bunga mencukupi agar memudahkan anda mengubah bunga tangan sendiri. 



Sekian.


Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post