35 Koleksi Ucapan Pantun Raya PKP Tatkala Covid19 Masih Ada

Setiap kali sambutan hari raya Aidilfitri, ramai dalam kalangan kita mengambil kesempatan mengucapkan pantun dan ucapan raya sebagai pengganti diri. Penggunaan media elektronik seperti Whatapps, Telegram, Facebook, Intagram, Twitter dan sebagainya memeriahkan lagi ucapan selamat hari raya.

Ada yang menjadikan ucapan raya sebagai caption raya Intagram, status whatapp raya, posting raya Facebook dan sebagainya.Semoga pantun dan ucapan selamat hari raya ini dapat memberi idea bagi ucapan anda pada hari raya tahun ini.

Pantun Raya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) & COVID19

Kak Kiah pergi ke Kedah,
Pergi ke pasar membeli Ceri,
Raya kalini jangan ambil mudah,
Duduk dirumah menjaga diri.

Kita jaga kita SOP Dipatuhi Amalkan 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear)


Pengalaman baru di Syawal ini,
Namun raya tetap di rai,
Perintah kerajaan harus di patuhi
Demi menjaga keselamatan diri.


 
TAKBIR bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sungguhlah pilu
Tanpa keluarga dan sanak saudara.



1 Syawal sudahpun tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza,
Jangan berziarah di hari raya,
Kita guna VC video call saja.


 
Sekotak mancis secawan madu,
Selautan kasih seluas rindu,
Salam lebaran ucapan buatmu,
Lepas PKP kita kan bertemu.


Sentiasa menjaga kebersihan diri,
Agar diri mendapat lindungan,
Aidilfitri ini istimewa sekali,
Tanpa tetamu datang berkunjungan.

Elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation)




Covid19 masih ada,
Semua orang berhati-hati,
Walau tanpa sanak saudara,
Jauh di mata dekat di hati.


 
Jarang berhubung tiadalah lupa,
Tidak pudar walau sesaat,
Salam dihulur di alam maya,
Walaupun jauh terasa dekat.




Makan Rendang bersama lontong,
Minuman pula air bandung,
Hari raya berbaju kurung,
Last-last kita semua berkurung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


 
Duduk rumah masak bergedil,
Bergedil dibuat oleh Salmah,
Wahai rakyat tolong jangan berdegil,
Please duduk diam-diam dirumah.


Kak Kiah pergi ke pasar
Pergi ke pasar membeli cili
Tahun ini Raya jangan ambil mudah
Duduklah dirumah menjaga diri
 
 
Pagi pagi bangun sahur
Bersahur dengan sekeping roti.
Jangan keluar merayap jauh jauh
Kalau dah sakit sendiri susah nanti!!



 Pergi ke pasar beli Ikan keli,
Ikan Keli dimasak buat tuan Puteri.
Aidilfitri tahun ni terasa biasa sekali,
Menyambut syawal di rumah sendiri.


30 Ramadan kan berlalu nnti
Takbir Raya pasti akn kita dengari
Walaupun brjauhan, Silaturrahim takkn trhenti,
MANFAATKN Kecanggihan TEKNOLOGI ITU Nikmat Kurniaan ILAHI yg harus diSYUKURI.


Pengawal berjalan di atas titi,
Titi menuju ke rumah Cek Siti,
Meskipun terbatas silalah hargai,
Kerana ada yang tak dapat cuti..

(To all frontliners that have to work on first day of raya and can’t celebrate it at home, respect!)


Datuk Temenggong duduk termenung,
Mengingatkan nasib rakyat jelata,
Pergilah engkau COVID durjana,
Agar kehidupan kembali ke sedia kala.




Ada mata kita pandanglah keindahan
Ada mulut kita berbudilah pertuturan
Ada hati kita berilah kesayangan
Ada teknologi kita video call bermaafan.


Covid dipandang suatu musibah
Direnungkan kembali banyak faedah
Raya tahun ini tetap muhibah
Dapat berjimat sebab dirumah
 

Takbir bergema di pagi Syawal
Rindu masakan ketupat rendang mama.
Hiba hati tidaklah terkawal
Kerana ibubapa tidak bersama


Niat di hati nak makan baulu.
Baulu di beli di kedai Pak Mat.
Beraya di rumah suatu yang baharu.
Tetap bersatu, negara selamat.



Rebus ketupat sambil berdiri,
Untuk santapan di aidilfitri,
Since jalan2 raya dah tak relevan lagi,
Ucapan WhatsAPP jadi penggganti diri.


Rebus ketupat sambil berdiri,
Untuk santapan di raya aidilfitri,
Since balik kampung is cancel tahun ini,
Pantun raya PKP penggganti diri.

 


Makan cempedak dengan buah nangka
Simpan sedikit di makan nanti
Walaupun tidak bersua muka
Kemaafan sentiasa tersemat di hati.


Syawal bakal menjelang nanti
Pengganti Ramadan yg bakal pergi
Whatsapp & video call pengganti diri
Manambah syahdu di pagi hari


Covid melanda seluruh dunia
Hilangnya entah belum pasti bila
Baju raya pakai yang ada saja
Pergerakan terbatas kita jaga kita



Terpupus sudah bazar di Geylang,
Gara2 virus jadi penghalang,
Sebaknya dada Syawal menjelang,
Tidak berkerja, apalagi berwang.

Sob Sob!, jangan dilupa pada mereka yang memerlukan.

 
Makan Rendang Bersama Lontong
Minuman Pulak Air Bandung
Hari Raya Pakai Baju Kurung
Last Last Kita Semua Kena Kurung


Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat pula beraya bersama
Jauh di mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak pernah berubah



Bulan puasa bulan yg mulia
Berzikir dan berdoa pada yang esa
Bersyukurlah kita dipagi raya
Dapat menikmati juadah diatas meja



Selongkar10 belanja 35 pantun gempita,
 Terima kasih baca harapnya suka. 
 Selamat hari raya ampun maaf dipinta.
Di Hari Raya jangan bermuram duka.

Sekian, di pagi raya termenung sendiri,
 Pantun Raya PKP mengundur diri.  


Semoga bermanfaat
Selamat hari Raya maaf zahir dan batin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post