Selain Jejari Ayam, Ini 10 Idea Jejari Goreng Crispy Sesuai Dijadikan Snek Kudapan

Resipi jejari yang nampak mudah dan senang disediakan. Siapa sangka roti buku boleh dipotong memanjang dan dijadikan jejari celup tepung. Bukan sahaja roti tapi banyak lagi bahan asas utama yang boleh dijadikan style masak jejari ni. 

Boleh saja kita gunakan terung masak jejari goreng tepung, keledek, kentang, nasi dan banyak lagi.
Jom kita selongkar resipi jejari mudah disediakan sedap dijadikan santapan petang bersama seisi keluarga atau taulan.

1. Jejari Roti Celup Tepung



Bahan-bahan
Roti gardenia - dipotong menjadi jejari
Tepung bestari(asli)
**nak guna yg spicy@blackpaper pun boleh ikut citarasa

Cara-cara:
1. Buat bancuhan tepung basah & kering...asingkan.. ( 2 bekas tepung, 1 basah & 1 kering ) **kalau guna tepung bestari ni telur x perlu tambah..dah cukup semua dalam tepung tu..garam perasa bagai pun tak perlu..
2. Masukkn roti dalam tepung basah..salut2 sebati...letak pulak tepung kering.....gaul2 rata biar semua roti kena..
3. Goreng lah! Sampai warna brown...angkat...tos minyak pada tisu dapur tu...

Siap! Jom cari sos & mayo..yumeh!

Kredit: Norhayati Hashim


2. Jejari Terung Celup Tepung Crispy



Bahan:
  • Terung panjang/bulat
  • Tepung gandum 3 sudu besar
  • Tepung jagung 3 sudu besar
  • Air suam (lebih kurang setengah gelas)
  • Garam secukup rasa
  • Kunyit (1 sudu kecil pun cukup)
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  1. Adun (tepung gandum, tepung jagung, air suam, garam dan kunyit) secukup rasa.
  2. Terung kalau yang panjang potong bulat-bulat dan nipis-nipis, kalau yang bulat sebiji, potong ikut suka, yang penting tak besar dan nipis.
  3. Celup terung dalam aduan tadi.
  4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
  5. Angkat dan siap dihidang!

3. Jejari Keledek Goreng
Norashikin Rahmat Jitra



Simple ja petang ni. Pekena ngan teh @ kopi o apa nak kata.. 😁

Ramuan
  • 3 ketul keledek oren
  • Minyak masak secukupnya
  • Bahan Adunan Tepung Goreng
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 cawan air
  • 4 sdb air kapur (1/4 sdt kapur)
  • 1 sdt garam
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 1 biji telur gred c

Langkah
  1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati. Dah boleh guna untuk gorengan.
  2. Celup keledek dalam adunan tepung. Goreng sampai masak.
  3. Adunan tepung jangan terlalu cair @ terlalu pekat.
  4. Air kapur jangan berlebih, nanti minyak berbuih masa menggoreng.
  5. Pastikan api kuat & minyak betul-betul panas untuk mengelakkan keledek serap minyak ketika menggoreng
  6. Nak kerak banyak, sebelum goreng keledek, celup tangan dakam tepung, renjis dalam minyak panas sampai jadi banyak kerak. Celup keledek letak atasnya.
4. Jejari Kentang
Sarmila Sharif


#goldenapron2020
Snek yang mudah dan sedap. Bahan pun tak banyak. Sila la cuba..
1 cooksnap

Ramuan
  • 3 biji kentang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 sudu teh serbuk lada putih Ajishio
  • 2 cawan minyak untuk menggoreng
  • Bahan pencicah ikut suka
  • Sos cili
  • Mayonis
Langkah
  1. Kentang direbus atau dikukus. Lenyek hingga halus.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung beras, daun sup yang dihiris halus dan serbuk lada putih Ajishio. Gaul sebati.
  3. Gentel- gentel buat bentuk jejari.
  4. Panaskan minyak, goreng jejari kentang hingga warna keperangan. Angkat dan toskan.
  5. Hidangkan bersama sos kegemaran.

5. Jejari Tempeh Berempah
Nor Zeha Baba




Ramuan
1-2 orang

Bahan-Bahan

  • 3 keping tempeh
  • 1 mangkuk air
  • 2-3 sudu besar rempah ayam goreng mamak
  • Bahan pelengkap:
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah

  1. Potong tempeh menjadi jejari
  2. Sediakan air dan rempah dalam bekas berasingan. Celup tempeh ke dalam air dan kemudian salutan tempeh dalam rempah
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak cukup panas goreng jejari tempeh bersalut rempah hingga masak dan garing. Goreng dengan api sederhana.
  4. Angkat dan siap. Boleh dihidangkan bersama sambal kicap atau sos pilihan yang lain
 
6. Jejari Roti Canai dengan Salutan Serbuk Telur Masin
Murni's LittleKitchenz Johor



Ramuan
3 orang makan

Bahan-bahan
  • 4 keping roti canai. Saya beli sahaja daripada jiran yang menjual produk segera homemade
  • 20 gram pure butter
  • 10-20 gram serbuk telur masin instant (salted egg powder)

Langkah Penyediaan


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
Butter dicairkan sepenuhnya dengan api sederhana. Biarkan sejuk seketika.
Sapukan butter cair ke atas seluruh permukaan roti canai.
Roti canai dipotong bentuk jejari.
Anggaran 1cm lebar setiap potongan. Gunakan gunting.
Sementara itu, panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 150°c.

Susun jejari roti canai tadi di atas tray.
Bakar dalam oven selama 30 minit.
Menggunakan setting on api atas bawah dan fan off.

Setelah masak, biarkan suhunya sedikit suam dan taburkan salted egg secukupnya. Gaul dan ratakan keseluruh bahagian.
Sedia menjadi snack hidangan santai sekeluarga.
Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchen. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘

7. Jejari nasi & isi ayam ala-ala sosej (bebas gluten)
IntanNS Taiping, Perak



Ramuan
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar campuran herba (mixed herbs)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 genggam daun sup
  • 2 biji telur (boleh digantikan dengan air rendaman flax seed)
  • Secubit serbuk kunyit
  • 3 sudu besar premix Nugget dari Oven Nini
  • Jika tiada premix, gantikan dengan
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi kentang Non GMO atau
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1/2 sudu teh garam himalaya
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh bijan putih dihancurkan halus

Langkah
Potong isi ayam dadu. Rendam nasi sejuk dalam air untuk 15 minit. Dadu bawang. Kisar semua sekata.
Masukkan ke dalam bekas. Sagat lobak merah dan hiris halus daun sup. Masukkan ke dalam adunan.
Pecahkan telur atau masukkan air rendaman chia seed. Masukkan secubit sahaja serbuk kunyit untuk menaikkan rasa isi ayam dan nasi Gaul rata kesemuanya. Jadikan seperti doh.
Indikasi doh kita ok ialah apabila tangan dibasahkan, kita boleh membentuk pada any shapes yang kita mahu (memanjang seperti jejari).



Boleh masukkan di dalam bekas dan dibekukan. Tips, jika risau melekat, oles nipis-nipis dengan minyak pada sosej. (Untuk gorengan kemudian hari, tak perlu monyak dah ya, terus masak sahaja di kuali leper atau kuali pemanggang.
Atau terus sahaja di goreng panas. Sedap tu. Sedia dihidang.

8. Ubi kayu goreng celup tepung
Liana Nick Kota Bharu, Kelantan.


Kalau musim hujan, mesti ramai orang jual ubi. Silap haribulan boleh dapat free dari jiran-jiran yang 
baru balik dari kampung.Kalau dah bosan makan ubi rebus, boleh la cuba buat kudap-kudap. Goreng celup tepung jadi pilihan hakak. Petua arwah mak, letak sedikit minyak masak, nanti jadi rangup. Sedap. Rangup diluar,lembut di dalam.

Ramuan
  • 1 batang ubi kayu saiz sederhana
  • 1 cawan tepung gandum (anggaran.maaf terlupa sukat )
  • 1 cawan air (tambah air sekiranya pekat)
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada putih
  • 2 sudu minyak masak
  • 4 cawan minyak masak untuk menggoreng

Langkah
  1. Potong ubi bentuk jejari atau kepingan. Jangan terlalu nipis
  2. Masukkan serbuk kunyit ke dalam tepung gandum
  3. Masukkan garam dan serbuk lada putih. 
  4. Masukkan minyak masak. Ini adalah petua orang lama supaya hasil menjadi rangup dan sedap.
  5. Masukkan air. Bancuhan hendaklah tidak terlalu cair
  6. Masukkan ubi yang siap dipotong dan dibersihkan tadi. Gaul rata.
  7. Goreng dalam minyak yang banyak.
  8. Angkat dan toskan. Sedia dihidang. Selamat mencuba.
 
9. Crispy Crabstick Snack / Keropok Filamen Ketam
MinSha Miri, Sarawak



Time CNY memang suka & semangat nak buat jajan ni. Berhantu sangat!! 1 peket memang sekali duduk tau2 abis! 
MinSha suka brand crabstick PFP. Senang kopek, sedap dan garing lain macam! Kalau goreng terlajak perang pun takpe!! Still sedap dan tak hanyit! 

15 Min

Ramuan
1-3 orang
  • 250 g Crabstick PFP
  • 1 sdb Tepung Jagung / Tepung Goreng Serbaguna
  • 2 cawan Minyak (asalkan ketam tenggelam)

Langkah
  1. Defrost & unwrap crabstick
  2. Potong / carik / gunting ikut saiz kesukaan
  3. Masukkan Tepung & gaul sebati
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam (lagi lama lagi garing)
  5. Panaskan Minyak atas api paling panas
  6. Letak ketam 1 per 1
  7. Tunggu 10-20 saat sebelum gaul / terbalikkan
  8. Goreng sehingga perang dan tiada lagi bunyi “hiissss” & tiada buih. Toskan.
  9. Boleh makan begitu saja. Tak perlu cicah! Yummmm!

10. Kuih Jejari Manis



KUIH JEJARI MANIS
*1 CAWAN TEPUNG GANDUM
*1 CAWAN AIR PANAS ( LEBIHKAN SEDIKIT)
*GULA 1@2 SUDU
*GARAM SECUBT SECUKUP RASA

Cara Penyediaan:-
1 cawan Tepung gandum di gaul bersama air panas 1 cawan, masukan gula 1 sudu dan garam, gaul hingga menjadi doh, sapu tangan dengan sedikit tepung dan bentuk doh ikut keselesaan bujur terpulang masing-masing..
Goreng api jangan terlalu besar iyee..
Cara buat air gula:-
Panaskan air agak-agak 4 sudu dalam kuali masukan gula 2 sudu,gula dah cair dan pekat gaul bersama kuih tadi.. Siap sedia untuk di hidang
Nak share silakan 

Credit : Cik Puan Farah

Sekian.
Selamat mencuba
Jangan lupa share biar ramai lagi tahu resipi ini.


Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post