10 Peserta Ceria Popstar Musim 5 (2021) Cungkil Bakat Muda Dalam Nyanyian

Senarai peserta bagi program Ceria Popstar 2021 yang kini sudah masuk musim ke-5. Mereka akan berentap setiap minggu di dalam konserta bagi meraih gelaran Juara Ceria Popstar 2021.

 

Ceria Popstar merupakan sebuah program realiti tv yang bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang nyanyian antara 10 tahun hingga 15 tahun. Mereka ini bakal menjadi pelapis dalam industri tanah air pada masa akan datang.Sesi ujibakat telah berlangsung sebelum ini dimana Naqiu dan Siti Nordiana and the geng bertanggungjawab menapis sebagai juri bagi setiap peserta yang hadir. Kini 10 peserta telah dipilih daripada beratus yang hadir ke sesi ujibakat yang telah diadakan sebelum ini.

Kemudian 10 peserta ini akan dilatih setiap minggu oleh cikgu mereka iaitu Hael Husaini, Mimifly dan Noryn Aziz sebelum menghadapi konsert dan sekali gus akan diadili pula oleh barisan juri tetap dan juri tempatan. Untuk musim 2021, terdapat 4 juri tetap yang baru iaitu Nabil Ahmad, Dato' AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri.

10 Peserta Program Ceria Popstar 2021

Ceria Popstar 2021 untuk musim ke-5 ini akan dihoskan oleh Danial Zaini dan Shiha Zikir yang mula bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ceria dan tayangan serentak di Astro Prima bermula 9 Jun 2021. Jadi anda akan dapat lihat persembahan 10 peserta ini yang terdiri daripada :


Nama Penuh : Ariff Hilmy Mohammad Amir
Nama Pentas : Ariff
Asal : Klang, Selangor
Umur : 16 Tahun

Nama Penuh: Armand Ezra Ezal
Nama Pentas : Armand
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 15 Tahun


Baiq Nurhani Balqis Murtam
Nama Pentas : Balqis
Asal : Kuantan, Pahang
Umur : 12 Tahun


Nama Penuh: Fathin Nur Insyeerah Damia Mohamad Khalil
Nama Pentas : Damia
Asal : Taiping, Perak
Umur : 15 Tahun
Lagu Hit : Pasrah (10M views)


Nama Penuh: Raja Dayana Umayma Raja Muhammad
Nama Pentas : Dayana
Asal : Ipoh, Perak
Umur : 11 Tahun


Dania Zafirah Sulaiman
Nama Pentas : Dinda
Asal : Sepang, Selangor
Umur : 16 Tahun


Muhammad Rafieaziman Razani
Nama Pentas : Iman boy
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Umur : 13 Tahun
Kareer : Pelajar


Nur Zuleikha Qaisara Mohamad Nizam
Nama Pentas : Keka
Asal : Putrajaya
Umur : 15 tahun


Marsya Qistina Mohamed Shahrin
Nama Pentas : Marsya
Asal : Klang Selangor
Umur : 18 Tahun



Syabil Az-Zafran Zahari
Nama Pentas : Syabil
Asal : Cheras, Kuala Lumpur
Umur : 13 Tahun



Tambah menarik, Ceria Popstar musim ini tampil lebih hebat dan unik apabila menyuntik elemen kolaboratif mega dengan program-program terhebat terbitan Astro seperti Maharaja Lawak Mega dan Gegar Vaganza.
  


Dihoskan oleh penyampai radio ERA, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Shiha Zikir, Ceria Popstar turut membariskan nama-nama hebat sebagai tonggak utama di sebalik produksi besarnya. 


Buat julung-julung kalinya pengacara, pelakon dan pengarah versatil, Nabil Ahmad tidak lagi mengacarakan program ini, malahan kini beliau berada di posisi juri tetap bersama Datuk AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri.


Tugasan guru vokal pula dipertanggungjawabkan kepada penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Juara Gegar Vaganza musim kelima, Noryn Aziz. 


Sentuhan Gegar Vaganza terus diperlihatkan lagi dalam Ceria Popstar apabila dua juara (musim kedua dan musim keenam) iaitu Siti Nordiana dan Naqiu diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai inspirer atau idola inspirasi kepada bakat-bakat yang terpilih.


Dalam pada itu, penyanyi MimiFly ditugaskan sebagai guru koreografer untuk membantu dari aspek gerak tari peserta.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post