Inisiatif Menarik Taman Buaya Melaka Anjur Lawatan Virtual Tengok Buaya Makan

Sewaktu negara masih belum menang berdepan pandemik COVID-19 berada di tahap membimbangkan dengan jumlah kes harian mencecah empat angka.  

Satu inisiatif menarik yang ditunjukkan Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka ini harus dipuji.  Demi kelangsungan Taman Buaya dan mereka yang terkesan, satu lawatan Maya PKP menggunakan aplikasi Google Meet/Zoom telah dilancarkan. 


Rata-rata ruang komen dipenuhi love & support daripada pengguna yang menyokong usaha Taman Buaya ini dan diharap taman-taman rekreasi lain turut mengikuti langkah sama dalam meneruskan kelangsungan sempena PKP Lockdown di era pandemik ini.


Buat ibu bapa semestinya lawatan sambil belajar begini amat digalakkan untuk anak-anak disamping dapat menambahkan ilmu, masa lapang anak juga terisi.

Berita baik untuk semua. Jika bosan duduk dirumah, jom ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara maya menggunakan medium Google Meet sahaja. Hanya serendah RM 7.00 seorang.



Untuk maklumat lanjut, sila layari dan daftar di link ini https://docs.google.com/.../1kDPbuGCGGjMHdh5eHGRZ.../prefill

p/s : Jom tengok buaya zoo virtual. Bosan dah ni tengok buaya Twitter je.

Harap zoo lain yg ada kat Malaysia pon buat cam ni..disamping dpt tgk binatang tak secara langsung kita memberi sumbangan juga.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post