Maksud Perkataan 'Bodoh' Bukan 'Stupid' Sahaja, Luas Maknanya

Baru-baru ini tular klip yang telah disunting kepada 56 saat petikan dari Live Facebook Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “Antara Cinta dan Cita-Cita". 

Susulan kenyataan "wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit" dalam satu klip video yang tular di media sosial itu telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

Jika bertanya kepada pakar bahasa, rupanya banyak tafsiran dan lapisan bagi perkataan 'bodoh'. Bahasa melayu sangat dalam dan halus. Satu perkataan seribu pengertian. Ada tingkatan dan spektrum berbeza.

1. Bodoh - bangang, bahalol, tongong ( kasar / kemarahan / maki )

2. Bodoh - tak mengerti dan memahami.
“ Bodohnya aku... melepaskanmu”

3. Kita masak bodoh-bodoh je ni. - Simple, biasa-biasa, common, tak ada yang istimewa.

4. Bodoh - menjadi mangsa/ diperbudakkan. ( Eh, kau jangan jadi bodohlah. Dia tu nak perangkap kau je!”

5. Bodoh. Berkaitan loghat. “ kita bodo serta darat” / merendah diri atau kias tidak sehebat orang yang disebutkan itu. “ Yelah, kau sorang jelah yang hebat. Kami bodoh..”

6. Bodoh / bodoh-bodoh - saja buat tak tahu. Saja nak mengelak. Dengan tujuan nak bermanja, meleser dengan orang yang rapat supaya dapat cipta suasana ceria, gelak ketawa, manja-manja.
Bodoh bukan terjemahan ‘stupid’. Luas maknanya.... 

Selamat berlapang dada dan kembali mengkaji kiasan dalam berbahasa.


Kredit: Fedtri Yahya

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post