Cara Mudah Guna JENDELA Nak Tahu Coverage Telco Mana Yang Paling Kuat Di Tempat Anda

JENDELA Map adalah pusat sehenti untuk rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyemak liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan permohonan perkhidmatan baharu daripada penyedia perkhidmatan.


 
Semua maklum balas yang dihantar melalui peta ini akan disalurkan kepada penyedia perkhidmatan untuk membolehkan mereka merancang perkhidmatan serta kesalinghubungan sekaligus memberi manfaat berimpak tinggi kepada kehidupan harian rakyat.
Sekarang kalau kita perhatikan sudah banyak syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan rakaian dan plan terbaik untuk pelanggan mereka. Di Malaysia juga sudah banyak syarikat Telco yang wujud dan tidak lagi dipelopori oleh syarikat yang sama sahaja setiap tahun.

Yang biasa kita dengar dan yang utama di Malaysia seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile dan terbaru Unifi Mobile. Di setiap plan Telco tersebut memberi keistimewaan yang tersendiri kepada pengguna.

Bagi era zaman moden sekarang, capaian internet adalah keutamaan jadi jika syarikat Telco berlumba-lumba menyediakan plan internet yang terbaik. Ada bagi dengan harga yang murah, ada juga menawarkan dengan jumlah data yang banyak dan sebagainya. Tetapi adakah ianya semua cukup? Jadi sekali lagi syarikat Telco mengeluarkan plan data tanpa had atau unlimited data. Jika anda tengok, hampir semua telco sudah menyediakan data tanpa had tetapi dengan harga yang berbeza-beza untuk setiap telco.

Tahu tak sekarang boleh cek signal telco mana paling kuat di tempat anda, caranya senang saja. 



Layari JENDELA Map di pautan ini  
Terbaru Lebih lama