Fesyen Yang Boleh Digayakan Sewaktu Menerima Suntikan Vaksin Di PPV

Petugas kesihatan mendedahkan pakaian apa yang sesuai bagi wanita semasa ingin mengambil suntikan vaksin. Hal ini kerana ramai wanita yang masih tidak tahu dan buntu pakaian sesuai apa yang perlu mereka pakai. Dalam video itu, dia menyarankan agar kaum wanita bukan Islam memakai baju lengan pendek.


Namun bagi yang Islam pula, adalah disarankan agar memakai baju lengan pendek juga tetapi bersama dengan memakai cardingan.

Fesyen yang boleh digayakan untuk menerima suntikan vaksin


Fashion bahu sebelah
Make sure belah kiri ke belah kanan nak dibiarkan terdedah. Agar lebih mudah urusan vaksinatorrr utk menujahh bahu uals. Usahlah selak2 sampai tertetas benang.








Fashion tiada bahu
Lebih selamat in case tiba tiba rasa nak dicucuk kanan bukan kiri. Memberi kebebasan dalam bervaksin 





Cardigan + Tank Top
Bagi yang takut sejuk atau bahu terbakar sebab malaysia panas, bolehlah menggayakan fashiun cardigan & tank top. Turut sesuai bagi yang berhijob dan juga yg lengan banyak lemak. Tibah.





Fesyen Bahu Ada Macam Tak Ada

Bagi yang ingin busana lebih instaworthy bagi upacara vaksinasi boleh menggayakan fesyen bahu ala ala. Dia ada tp mcm tak ada. Mudah utk dicucuk dan mudah utk snap gambar kt ig habaq kata dah cucuk.



Abaya 
Pada yang berhijab dan inginkan coverage yang lebih sempurna, silakan menggayakan abaya yang mempunyai lengan besar. Senang utk disinsing sehingga ketiak.


Fashion jala ikan
Boleh digayakan wanita mahupun lelaki. Tak perlu selak selak/ sinsing. Hanya perlu cari lubang yang sesuai untuk dicucuk.





Untuk Lelaki dan wanita

  • Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa.
  • T shirt kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai adalah sangat digalakkan.
Untuk wanita berhijab
  • Rancang untuk mengenakan pakaian dua lapis dengan satu pakaian longgar serta lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.
  • Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki. Aurat korang masih terjaga. 
Kata peribahasa Melayu, “sediakan payung sebelum hujan” jadi, korang perlulah membuat persediaan awal supaya proses untuk terima suntikan vaksin tersebut dilihat lancar dan tidak menyusahkan petugas kesihatan.

Pemilihan baju yang sesuai adalah perlu semasa menghadiri janji temu vaksinasi. Walaupun ia agak remeh namun baju yang sesuai sedikit sebanyak bantu melancarkan proses vaksinasi.

Sekian, Semoga bermanfaat!

 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post