Servis Lukisan Potret 'Naive Art' Serendah RM0.50 Sen Di Shopee Ini Buat Ramai Terhibur

Ramai juga di antara kita yang memilih servis untuk mengabadikan kenangan foto dengan menukarkannya menjadi seni potrait yang bermakna.

Sukar untuk mencari artis yang berbakat untuk menukarkan foto anda menjadi seni potrait? Jangan risau, di Shopee pun ada sebenarnya. 



Di Shopee, terdapat satu akaun yang menawarkan khidmat ini, iaitu menerusi akaun adib.afzal dan nampaknya kesemua pelanggan amat berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Anda lihatlah sendiri beberapa hasil kerja penjual terbabit :









Malah, khidmat tersebut ditawarkan serendah RM0.50 hingga RM0.80 sahaja selepas diskaun 60% (asalnya berharga RM1.00 ke RM2.00 setiap satu).

Hasil seni tersebut juga tersedia di dalam format JPEG dan tiada salinan keras (hardcopy). Semua item juga siap diproses dalam 1 ke 3 hari sahaja.

Foto yang telah disiapkan dalam fail JPEG juga akan dihantar menerusi e-mel ataupun ruangan sembang (chat) di Shopee.

Agak memberangsangkan apabila terdapat lebih 193 item yang terjual dengan masing-masing memberikan penilaian 5 bintang!

Aduhai, terbahak-bahak gelak dibuatnya. Apa pun, ia cukup menghiburkan! keep it up 
Tak sangka kan boleh buat duit

Kredit : adib.afdzal

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post