25 Filem Tamil / Hindi Mesti Tonton Penuh Plot Twist Tak Diduga

Movie Hindustan/Hindi/Tamil yang I dah tengok. Mostly I suggest korang tengok sebab best gila. Selama ini kita didendangkan dengan impak filem Kuch-kuch hota hai, era kegemilangan Shah Rukh Khan, dan selepas itu sepi filem-filem dari Bollywood ini.



Rupanya banyak je filem-filem sana yang hebat dan mesti tonton. Menyesal Tak Tengok Dari Dulu, Kalau layan di panggung wayang pasti lebih gempak dibuatnya.

Inkaar


Kisah Rahul & Maya yg bercinta tapi bersaing antara satu sama lain sbb dia orang kerja dlm company yg sama. Imagine kekasih kau, tapi kau rasa tercabar bila dia dapat jawatan tinggi dari kau, kau buat cerita buruk supaya reputasi dia dlm syarikat tercalar. Kena tengok!

Highway
Kisah Veera anak orang kaya kena culik dengan gengster kampung. Penculik tu pun terculik dia sbb tak sengaja. Tapi Veera rasa hidup dia lagi best kena culik sampai dia sendiri taknak balik rumah family dia. Ada sebab kenapa dia rasa camtu. Tengok la kalau nak tahu.

Sarbjit
Movie ni sumpah sedih sampai ke tulang hitam. Sarbjit ni lelaki biasa je tapi dek kerana dia mabuk dan terlepas masuk sempadan India-Pakistan, kerajaan sana tangkap & seksa dia atas alasan dia tu penyamar. Kakak dia bermatian nak bebaskan dia tahanan tu. Sedih


Paheli
Kisah ni macam kehidupan hindustan klasik la. Kishanlal & Laachi yg berkahwin tapi suaminya tu asyik sibuk kerja. Ada roh yang berkenan dekat Laachi dan menyamar jadi Kishanlal bila suaminya tu pergi outstation berbulan-bulan. Sweet gila dia bercinta dgn roh tu  best!

Kahaani 
Sumpah movie plot twist gila! Kisah Vidya yg mencari suami dia yg dah 2 minggu hilang ketika Outstation ke Kolkata. Dari London dia terbang ke Kolkata. Tp jawapan yg dia dapat ialah tiada langsung jejak suaminya di Kolkata, sama ada tempat tinggal & tempat kerja. Best!

Bhaagamathie
One of Tamil Horror movie yg best! Bhaagamathie. Kisah pasal seorang perempuan ni buat salah & kena kurung dekat rumah besar yang usang dah lama ditinggalkan. Rumah tu berhantu dan perempuan ni menjelma sebagai hantu tu tapi sebenarnya...Haa plot twist jugak yg ni pun. Try la!

Drishyam
Kisah Vijay yang selalu tengok movie kisah pembunuhan & penyiasatan. Satu hari anak perempuan Vijay terbunuh seorang lelaki yg ugut nak sebar video bogel dia secara tak sengaja. Vijay atas pengalaman dia tengok kisah penyiasatan, sorokkan kes bunuh tu. BEST BAPAK!!

Pink
Kalau tengok filem genre social experiment frm India mmg melibatkan mcm mana hak perempuan & orang miskin selalu ditindas & tak ada orang nak bela. Kisah pasal peguam tua yg membela nasib 3 orang gadis yg kena ugut dgn anak menteri. Must watch!

Baghban
Siapa yg pernah tengok movie ni mesti tahu betapa sedihnya kisah dua orang laki bini ni bila dah tua. Anak dia orang sumpah berkira gila bab nak menjaga dia orang sampai mereka dipisahkan. Anak pertama jaga ayah, anak kedua jaga mak. Kena duduk asing. Sedih gila


No one killed Jessica
Kisah Jessica gadis yang kena tembak dengan seorang anak menteri tapi kematian nya tak dapat pembelaan. Kakak Jessica, Sabrina struggle nak justice utk kematian adik dia. Yang suka tengok social experiment genre, boleh try this movie. Best boleh layan!

Badla
Kalau free harini taktau nak buat apa sila la tengok movie ni. Bapak kepada segala plot twist! Suspenful thriller. Kisah Naina yg dituduh membunuh kekasih gelapnya, dia upah peguam untuk defend kes dia tu, & ada satu lagi kes bunuh terkait sekali. Kena banyak fikir sikit.

Kaabil 
Another action thriller. Kisah Kaabil yg buta. Mesti ada yang dah tengok. Sedih sebab girlfriend dia mati bunuh diri lepas kena rogol & Kaabil ni walaupun buta, dia nak tuntut bela atas kematian GF dia. Tengok la mcm mana Kaabil ni twist penjahat tak guna tu. Must watch!

Talaash
Another superb mastermind. Kisah bermula dgn kematian seorang aktor secara tiba-tiba. Tak mabuk, tak ambik dadah tp dia accident cara yg pelik. Dia mati kerana kereta yg dipandu menjunam ke dalam laut. Mula dari situ kematiannya membuka rahsia demi rahsia. BEST! 

Guzaarish
Menangis I tengok movie ni. Pernah tengok Me Before You? Ethan dlm movie ni lumpuh mcm Will tu jugak. Dia apply kematian secara legal: euthanisia setelah 14 tahun berjuang dlm hidup. Tp court tak benarkan. Sampai la pembantu dia, Sofia setuju sanggup nak bunuh dia


Mardaani & Mardaani 2 
First film dah best, sekuel lagi best nak mati woi! Action packed movie, kisah inspector Shivani yg keupayaannya sebagai polis perempuan selalu dipandang rendah. Kat India mmg martabat perempuan selalu jd mainan. Best! Must watch!

Te3n
Tengok movie ni hati-hati sikit eh. Takut nanti korang rasa macam kena tipu! Plot twist ikut suka hati dia je. Mengisahkan John yg kematian cucu & nak cari siapa yg culik cucu dia sebelum cucu dia mati. Kenapa cucu dia mati? Penculik yg bunuh atau sebab lain? Must watch!

Andhadhun
Korang PLEASE TENGOK WOI memang la rating dia tinggi sebab gila punya best! Kisah Akash yg pura-pura buta tapi tanpa sengaja dia jadi saksi pembunuhan! Pastu cer teka apa jadi kat mata dia? Raja segala Plot Twist. Dekat Netflix ada! Boleh tengok.

War 
Mmg patut masuk dalam thread aku ni sebab best, action dia pun boleh tahan! Kiranya kalau nak tengok citer Hindustan action yg mcm omputih, ni best. Kisah secret Kabir yg dikatakan berpaling tadah dalam team dia. Plot twist teruk.

Forensic
For sure kena masuk my thread. One of the best Tamil thriller movie about Child criminal. Boleh tengok kat Netflix. Pernah terfikir siapa pembunuh bersiri termuda di dunia? Tengok movie ni terus I Google pasal Amarjeet Sada, Youngest serial Killer in India  Start membunuh di usia 7 tahun. Dia bunuh 3 orang baby. & family dia tahu yg dia dah membunuh, tapi sembunyikan kejadian tu


Padman
Tau tak ada golongan di India, yg sensitif bila lelaki bercakap pasal hal perempuan. Kisah Lakshmi yg cari bahan untuk buat pad/tuala wanita. Hanya sbb dia nak buat pad untuk isteri dia, satu kampung hina dia. Sampai hampir bercerai dgn bini & dibenci. Inspirational


The Body
Idk why rating rendah even movie ni best. Buat korang geram & tertanya-tanya je sepanjang movie ni! Kisah mayat Maya yg hilang & suaminya dijadikan suspek utama dlm kes tu. Suami dia tu tak berapa berguna sbb curang. Cerita ni pening sikit. Kena fokus tengok. Tp best!


Paave Kadhaigal
4 stories in one movie yg akan buat emosi kita mcm roller coaster. Trending dekat Netflix & sbg penggemar filem hindi/tamil, mestilah I tengok! Sentuh isu sosial, kasta, kekeluargaan yg penuh drama. Best gila. Patutlah rating pun tinggi. Recommended! 

The White Tiger. Roar! 
Worth my 2hr watching this. Kisah seorang pemandu yg berbeza kasta dengan majikan dan bagaimana cara dia `membina takdir sendiri.ʼ Sedih, marah, kesian, semua perasaan bercampur baur bila tengok movie ni. Puas hati walaupun ending dia 'jahat'. Must Watch!


Toilet-another love story
Kisah pasal perjuangan seorang suami nak sediakan toilet utk isteri dia. Mmg budaya rakyat India buang air di tengah padang, dlm hutan, tapi si isteri educated taknak ikut cara lama. Adaptasi dari kisah real! Movie ni genre social expriment. WORTH IT!

Raat Akeli Hai
Selepas Andhadun, ni adalah filem kedua with 100% rating dari rotten Tomatoes. Kisah seorang lelaki yg mati selepas majlis perkahwinannya, isteri dia dituduh sbg suspek utama yg akhirnya membongkar rahsia kematian dua orang yg lain! Bini dia ke yg bunuh? Watch it!

Jagame Thandiram
Kisah seorang samseng yang diupah utk membantu kumpulan jahat di London.
Tamil Movie kalau ada Dhanush jarang la tak BEST! Another masterpiece. Plot by plot dari awal buat kita tertanya-tanya apa yg akan berlaku seterusnya. Movie ni buat kita insaf, Macam ni keadaan migrasi yg kehilangan tempat tinggal, tanah sendiri dan...... watch it yourself!

Haseen Dillruba  
Movie ni skrg sedang hangat diperkatakan sbb isu “masculine-toxic love.” Jalan cerita sangat menarik, plot twist pun hebat walau illogical sikit sbb tu rating rotten Tomatoes rendah. Tapi lakonan dua figura utama tu mmg mantap gila. Worth to watch!

Omkara
Tengok movie ni baru I tahu pasal “Othello Syndrome” atau Morbid Jealousy iaitu penyakit cemburu disebabkan delusi atau obsesi. Morbid Jealousy ni boleh menjadikan seseorang bertindak tidak rasional dan ekstrim sehingga membawa kepada pembunuhan. Rating : 9/10

Neerja

Terlalu banyak nilai² murni yang kita dapat dari cerita ni. JUST IMAGINE... apa yang dihadapi oleh Neerja ketika menangani situasi itu..betapa beraninya dia SUCH AN INSPIRATION At the age of 23 years old, dia menyelamatkan begitu ramai nyawa, mempertaruhkan nyawanya sendiri.. oh gosh I'm shaking and still tearing my eyes while writing this review. 
My personal rating 10/10
 

Selamat menonton

Kredit : 
AinulNunanaa

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post