Anda disahkan positif #COVID19 dan perlu menjalani kuarantin di PKRC MAEPS 2.0 tetapi tidak tahu apa yang perlu dibawa?
Berikut adalah senarai keperluan yang perlu dibawa dan barangan yang dilarang dibawa ke PKRC 2.0.
Apa nak bawak jika kena kuarantin di MAEPS?
Bawa pakaian seperti Tshirt, seluar, kain pelikat, seluar dalam dan lain-lain yang perlu. Kena tahu juga yang MAEPS punya penghawa dingin beroperasi selama 24 jam sehari dan suhu di situ memang dingin dan boleh mencecah ke paras 16 darjah celsius.
Di MAEPS memang akan disediakan makanan, tapi makanan diedarkan mengikut waktunya. Waktu makan malam akan diberikan bermula jam 6.30 petang.
Selain itu, jangan lupa bawa ubat sekiranya ada sakit-sakit lain. Doktor dekat sana pun senang nak consult kita berdasarkan ubat yang kita ada tu.
Kalau anda seorang pelajar atau masih perlu bekerja dalam tempoh kuarantin, bawalah peralatan gadget yang secukupnya.
Antara barang tambahan lain yang perlu dibawa adalah seperti cawan cawan nak bancuh air, botol air, dan juga tripod untuk memudahkan kelas atau mesyuarat online.
Berikut adalah senarai keperluan yang perlu dibawa dan barangan yang dilarang dibawa ke PKRC 2.0.
Kredit : Fahrur Rozi Jalaluddin / Jabatan Penerangan Negeri Selangor
Berikut adalah senarai keperluan yang perlu dibawa dan barangan yang dilarang dibawa ke PKRC 2.0.
Jika anda mendapat arahan untuk menjalani kuarantin di Wad COVID-19 atau pusat kuarantin, bawa barangan keperluan secukupnya untuk memastikan penginapan di sana selesa. Berikut merupakan senarai barangan keperluan yang perlu dibawa.
Sebagai "alumni" MAEPS dari 22/01/2021 hingga 26/01/2021, ini saranan saya sebagai panduan dan gambaran. Mohon sebar agar perkongsian pengalaman ini dapat dimanfaatkan dalam memudahkan urusan persediaan ke Pusat Kuarantin MAEPS.
Jadi jangan lupa untuk bawa sekali selimut atau sweater dan juga stoking jika perlu. Kalau dapat request katil bawah, bolehlah pasang kain pelikat keliling katil untuk buat macam kelambu. Kuranglah sikit sejuk tu.
Jadi ada baiknya kalau bawa sekali makanan kita sendiri yang lain seperti maggi cawan segera, biskut, roti dan lain-lain yang boleh dibawa. Waktu malam tu kalau lapar adalah makanan sendiri yang boleh dimakan.
Selain itu, jangan lupa bawa ubat sekiranya ada sakit-sakit lain. Doktor dekat sana pun senang nak consult kita berdasarkan ubat yang kita ada tu.
Di MAEPS memang tidak diberikan vaksin, jadi semuanya bergantung kepada sistem imun masing-masing untuk sembuh. Kalau ada vitamin pun digalakkan untuk bawa sekali. Kalau gejala semakin teruk seperti sesak nafas, barulah akan dipantau rapi oleh pegawai kesihatan.
Kalau anda seorang pelajar atau masih perlu bekerja dalam tempoh kuarantin, bawalah peralatan gadget yang secukupnya.
Di MAEPS, power supply memang banyak disediakan. Kalau dapat sebelah katil memang tiada masalah. Tapi kalau ianya jauh, power bank amat membantu untuk mengecas gadget di katil anda. Kalau ada wayar extension pun bagus juga.
Bagi yang beragama Islam pula, boleh bawa sejadah sekali. Jadi itulah antara barang-barang persediaan yang perlu dibawa. Bukan minta untuk terkena wabak COVID-19 dan dikuarantinkan di sana, tapi sekiranya ia berlaku, kita dah tahu nak sediakan barang apa untuk dibawa sekali.