Apa Itu Kemurungan Dan 10 Punca, Gejala Serta Tanda-Tandanya Perlu Tahu

KEMURUNGAN: APA YANG ANDA PERLU TAHU



1. APA ITU KEMURUNGAN

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutansekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. 

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.


2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN
• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangankimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluargasosial
• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi bolehmencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akanberansur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguanfungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan
• Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yangboleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsikita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episodkemurungan sekiranya tidak dikawal.
• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklahpenyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakitserius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
• Kehilangan orang yang disayangi, dan
• Baru melahirkan anak


3. TANDA-TANDA DAN GEJALA KEMURUNGAN


• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktivitilain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaanbunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dangangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia

4. SIAPA YANG BERISIKO

• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi,Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung ataukesakitan berpanjangan)
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
• Perceraian
• Masalah rumahtangga
• Masalah keluarga
• Penyalahgunaan dadah dan arak
• Pengambilan ubat-ubatan tertentu
• Mangsa penderaan
• Tekanan di tempat kerja
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang
• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
• Krisis ekonomi

5. KESAN SAMPINGAN

• Mulut kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula,bersihkan gigi setiap hari
• Sembelit : makan bijirin, buah prune,buah-buahan dan sayur-sayuran
• Masalah pundi kencing
• Masalah seksual
• Penglihatan yang kabur
• Pening

6. PENCEGAHAN

• Ketahui penyakit anda
• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
• Bertenang dan sentiasa bersikap positif
• Rancang kewangan anda
• Amalkan gaya hidup sihat
• Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira.Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti sosial
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

7. RAWATAN

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapatdisembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
• Terapi elektrokonvulsif (ECT)
• Psikoterapi
• Kaunseling

8. APA YANG PERLU DIBUAT JIKA ANDA MENGALAMI KEMURUNGAN

• Berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat
• Berjumpa dengan kaunselor
• Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa
• Rehatkan diri dari perkara rutin
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecildan beri keutamaan

9. SALAH FAHAM TENTANG KEMURUNGAN

• Ianya tidak boleh dirawat
• Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
• Ianya sesuatu yang memalukan
• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah


Sumber: PORTAL RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post