Cara Buat Sambal Belacan, Sambal Hitam, Sambal Ayam Penyet, Sambal Jantan & Air Asam Power

Resipi 5 Sambal Nasi Bertambah!

Boleh buat dan simpan dalam peti sejuk untuk stok

Resipi di setiap gambar:
1. Sambal Belacan Menyengat
2. Sambal Kicap Mabeless
3. Sambal Ayam Penyet Mengosek
4. Air Asam Ketagih
5. Sambal Jantan Power



1. RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK



1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
- 20 batang cili merah
- segenggam cili padi merah + hijau
- 1/2 biji bawang holland
- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji tomato kecil
- 2 genggam kecil ikan bilis
- 1 sudu kecil udang kering
- 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.

Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.

Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*


2. RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT



1. Sediakan bahan-bahan di bawah;

- dua genggam cili padi merah + hijau
- *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
- *1/4 bawang Holland
- *1 biji tomato saiz kecil
- *1 ulas bawang putih
- *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
- 3 sudu besar cuka
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- secubit dua ajino
- sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!

3. RESEPI SAMBAL JANTAN POWER



Sediakan bahan-bahan di bawah:


- dua genggam cili padi merah
- 2 sudu besar gula
- 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
- 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*

Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.

4. RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS



1. Bahan-bahan yang diperlukan;

- dua genggam cili padi hijau
- 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

 
5. RESEPI AIR ASAM KETAGIH



Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya,tak perlu terus tambahkan kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.

1. Sediakan bahan-bahan berikut.


- 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;


- 5 biji limau kasturi
- 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
- 5 tangkai cili padi hijau
- 5 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.


4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*


4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.






*Untuk tahan lama, ambil menggunakan sudu kering

Selamat mencuba

Kredit Resipi & Gambar: Afy AL Habibi (Facebook)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post