12 Barisan Peserta Usahawan Wanita Berentap Dalam Pencarian Nona Superwoman 2021

Sebuah program realiti tv baharu Pencarian Nona Superwoman yang memperkasakan kaum hawa dianjurkan Majalah Nona selepas tercetusnya fenomena majlis penganugerahan ‘Nona Superwoman Award’ yang mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan golongan wanita dalam pelbagai bidang anjuran Majalah Nona pada tahun 2018 dan 2020. 



Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ ialah sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan. 

Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa.

12 FINALIS ‘PENCARIAN NONA SUPERWOMAN’ 
Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama.


12 finalis ‘Pencarian Nona Superwoman’ yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA (26, Perak), RINA (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYA (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA (30, Kelantan), EMMA (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur).

 1. ANA NAJIA
Suka tengok anak muda macam @ananajia buka baking studio sendiri di Taiping. Walaupun pandemik tapi jualan kek beliau tetap laris! 


2. SARAH ISMAIL
Muzik itu indah, mampu membuatkan siapa sahaja tersenyum. Sarah Ismail mempunyai impian besar dalam bidang perniagaan dengan menyimpan cita-cita untuk mempunyai sebuah akademi vokal di masa hadapan...


3. AYDA
Pernah buka gerai tepi jalan jual nasi lemak, tak laku. Kemudian jual sushi pun tak balik modal. Berniaga dari pagi sampai malam untung RM15 je sehari sampai tak mampu nak bayar sewa rumah.


4. AYU OMAR
Hikmah tamat kontrak di awan biru, rezeki Ayu Omar kini di dapur dan jadi usahawan bakeri. Ibu tunggal jelita yang juga pengasas @bellathebakers ini juga menjadikan Mamasab sebagai sumber inspirasi.


5. EMMA
Ketika itu saya amat kecewa dengan diri saya sendiri dan juga dengan produk yang dijual. Boleh dikatakan hampir semua bisnes yang diusahakan, terhenti separuh jalan. Banyak air mata tumpah ketika itu, jiwa niaga hampir terbunuh dalam diri saya... Emma Finalis Pencarian Nona Superwoman 2021.



6. FAZLIA AKMA
Fazliatul Akmar Zainudin memperkenalkan produk pencuci hijab yang kurang diberi perhatian empat tahun dahulu. Namun keberaniannya mencuba nasib dalam perniagaan ini membuahkan hasil dalam jangkamasa yang singkat.


7. FASZFAOZI
Berkat doa ibu sememangnya tiada hijab. Walaupun pada mulanya seakan tidak merestui keputusan anaknya untuk berhenti kerja namun akhirnya akur dan mendoakan yang terbaik. Kini sudah pasti hati seorang ibu bangga melihat kejayaan anaknya, Fazs Faozi.


8. JIEJIE
“Dulu masa sekolah rendah saya selalu tolong Mak jual kuih, pusing satu kampung. Ikut Mak menjual di pesta kaamatan atau pesta menuai di Sabah. Lepas SPM saya pernah buka kedai tudung tapi tak laku” JIEJIE


9. LINDA ROOS
Berbekalkan semangat mahu mengembalikan momen terindah melalui foto telah mencetus ilham buat @lindaroos7. Optimis menerajui syarikatnya, Linda menyediakan perkhidmatan Frame Design.



10. RIHA HASHIM
"Dalam tangan saya cuma ada modal puluh ringgit je. Dengan beraninya saya masak chicken chop dan tawakal terus pegi jual ke kawasan sekolah di area rumah saya..."



11. SYA
Pernah berjauhan dengan suami selama 6 bulan kerana suaminya, seorang Pegawai Tentera terpaksa bertugas di Sarawak. Ketika itu Nurul Syamimi terpaksa menguruskan 3 anak yang masih kecil serta bisnes seorang diri. Makan tak menentu, tidur tak terurus dan terkejar-kejar. Namun dia wanita tabah walau adakalanya berendam air mata.




12. SYU RAMLI
Benar kata orang selepas hujan mesti ada pelangi, begitu juga kehidupan selepas penderitaan pasti terselit kebahagiaan. Siapa sangka wanita kelahiran Melaka ini bergelar usahawan selepas menempuh pengalaman hidup yang tak pernah diduganya.


Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga merupakan penerima anugerah ‘Nona Best Strategic Business Thinker’ di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian ‘Pencarian Nona Superwoman’ musim pertama.

Selain daripada mereka, barisan personaliti popular juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu sebagai juri jemputan. Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Uyaina Arshad bakal mengemudikan pencarian kali ini sebagai hos program.


NONA SUPERWOMAN AWARD

Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima anugerah utama. 

Selari dengan visi dan misi Majalah Nona untuk memperkasakan golongan wanita, fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu. 

Barisan penerima anugerah juga dipilih berdasarkan kecemerlangan individu dalam bidang yang diceburi, selain semangat dan kepimpinan individu tersebut yang mampu menjadi inspirasi luar biasa kepada wanita lain.

Rangkaian program ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. 

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. 

Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.

PENCARIAN NONA SUPERWOMAN

Program utama ‘Pencarian Nona Superwoman’ pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021. 

Juara ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi. Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja utama. 

Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia. 

Kredit : Majalah Nona 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post