Seat 10 Jenis Dewan Panggung Wayang Dengan Sensasi Berbeza Boleh Cuba

Selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid19, kini pawagam di seluruh Malaysia sudah boleh dibuka bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dan melepasi tempoh 14 hari.



Pastinya ramai yang teruja dengan berita ini dan merindui momen bersama rakan taulan dan orang tersayang di panggung wayang menyaksikan filem-filem hebat di pasaran.

Biasanya kita menonton wayang di standard hall kerna harganya yang rendah berbanding yang lain.Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak jenis dewan panggung wayang dengan sensasi dan pengalaman menonton filem yang lebih mengujakan.

Jadi jom kita selongkar 10 jenis dewan pawagam yang korang boleh cuba-cuba seperti yang dikongsikan saudara salam_zhr.

1. Standard Hall



Hall ni memang famous untuk semua wayang2 dekat Malaysia sebab harga dia yang affordable. Standard hall selalunya dilengkapi dengan banyak single seat di depan dan a few of twin seat di belakang. Ni adalah contoh hall standard hall.

2. Beanie Hall




Hall ni agak special sebab dalam hall ni kita boleh layan movie dalam keadaan yang agak santai. Dinamakan sebagai Beanie Hall sebab seat dia yang nampak selesa bagi aku. Siap boleh buat tidur . Ni adalah contoh beanie hall dekat TGV Cinema.

3. Atmos Hall & Auro Hall



Since aku pun pening dengan 2 2 hall ni aku try rasa sendiri apa beza 2 2 hall ni dengan hall yang lain. Atmos dengan Auro Hall ni adalah hall yang sound dia dah advance sikit. Aku tak pernah rasa Atmos tapi aku pernah rasa Auro. Ni contoh hall.

Aku sentuh sikit bab Auro since aku dah pernah masuk. Aku difahamkan Auro ni menggunakan sound sebanyak 3 layer. Bawah, tengah dan atas. Memang best tengok wayang dengan sound yang macam ni. Boleh check dekat youtube Auro by Barco dengar pakai headphone. Memang feel.

Ni contoh speaker layer di Auro Hall. Btw, Auro Hall cuma ada di MBO. Sapa orang sp, pi la MBO CS. Hall no 8. Atmos pula ada di GSC.



4. Premiere Hall
 


Buat yang nak exclusive Tapi affordable sikit dekat wayang, boleh try hall ni. Premiere Hall ni seat dia agak special sebab tak banyak plus ada macam meja kecil dekat tepi seat tu. Ni contoh gambar GSC Premiere Class, jangan terkejut kalau masuk sini.

GSC Premiere Class ni siap ada lounge area plus dia ada washroom dia sendiri. So, tak payah susah2 lari keluar cari toilet dekat luar dah.



Kalau GSC Premiere Class, MBO pun ada Premiere Hall dia. MBO Premiere Hall dilengkapi dengan kerusi yang reclining tu. Ala kerusi yang boleh buat baring tu la. Tapi tadak la baring sangat. Plus meja kecil tepi dia tu boleh gerak2. Ni contoh MBO Premiere Hall.

5. Gold Class



Yang ni tinggi lagi pada Premiere Class tadi. GSC Gold Class sangat2 exclusive. Hall dia tak banyak seat sangat. Seat dia pula jenis boleh reclining tu. Lepas tu, setiap 2 kerusi, akan ada satu meja kecil and ada satu service button kat situ.

So, kalau nak apa2 just tekan ja button tu. Di gold class juga depa ada sediakan selimut. Wahhhh. Macam menarik ja ni . Ni adalah contoh GSC Gold Class.

Kalau di GSC ada hall Gold Class, TGV pula ada hall yang lebih kurang GSC Gold Class. It is called TGV Cinema Indulge. Feature dia juga lebih kurang ja dengan GSC plus dia juga ada lounge area dia. Ni contoh TGV Cinema Indulge dengan lounge area dia.



TGV Indulge



TGV Cinema Indulge ni ada 2 jenis pula. Ada yang 32 seats ada yang 40 seats. So, bagi yang nak cari privacy plus exclusive. Hall Gold Class dengan Indulge ni sesuai sangat untuk anda.

6. MAXX, Big Screen and IMAX




Walaupun ketiga-tiga hall ni mempunyai nama yang berbeza, tapi sebenarnya features yang hall ni bagi boleh dikatakan sama. MAXX untuk GSC, Big Screen untuk MBO manakala IMAX untuk TGV. So, feature apa yang depa ni bagi? Simple, kalau ikut nama MBO.

SKRIN dia. Ketiga-tiga feature ni mempunyai skrin yang sangat besar. Ni aku bagi contoh gambar GSC MAXX. Untuk hall yang besar macam ni, dengan skrin yang besar macam tu sangat2 la puas.

Kalau tu contoh hall GSC MAXX, ni pulak contoh hall MBO Big Screen. Boleh bayang tak kalau skrin besar penuh satu dinding tu, hall besar mana? Menurut sumber (yang pernah pergi MBO AEON Big Falim, Ipoh), hall dia dah boleh buat majlis konvo kat dalam tu. Haha. Teka la besar mana?




8. D-BOX


Apa yang ada dekat D-Box ni? GSC D-BOX mempunyai seats yang boleh bergerak-gerak. Bukan la gerak ikut suka hati ja . Bergerak ikut apa yang dalam movie yang jadi. Boleh dikatakan wayang yang agak 6D la. Ni contoh seats dalam hall GSC D-BOX.


Tadak beza apa pun kerusi merah dengan kerusi hitam tu. Tak silap aku yang merah kerusi lama and yang hitam kerusi baru. Tu ja beza dia. Pergerakkan kerusi or Motion FX (bahasa pandai ) boleh adjust sama ada nak kuat atau slow2 ja. Dia ada button dekat tepi seat tu.

9. MX4D dan 4DX



Kalau rasa D-BOX dah cukup best, sebenarnya MX4D dan 4DX lagi best. Nama yang berbeza tapi feature lebih kurang sama ja. MX4D, MBO punya. Manakala GSC came out with 4DX. Apa yang best tentang 2 2 hall ni? Apa yang aku boleh ringkaskan, this is the real 6D.

4DX juga tak ketinggalan. Dengan memperkenalkan 6 effect utama seperti wind, liquid, scents, fog, bubble dan lightning. Pastu pecah pula dengan snow2nya dan effect2 yang lain pasti buat anda rasa teruja. Ni adalah contoh hall 4DX.

10. Kecil Hall
Buat yang ada family dan anak2 kecil, hall ni sangat sesuai dengan anda. Bukan sebab hall dia yang kecil, ni sebab hall dia child-friendly. Anak2 bebas boleh bermain dekat ruang2 hall tu. Hall jenis ni tak terlalu gelap sangat.



Plus, memang ada ruang untuk anak2 bermain. Hall macam ni boleh didapati di MBO Cinema. Ni contoh Kecil Hall. Seats dalam Kecil Hall agak unik. Selalunya seats dalam Kecil Hall ni ada seats yang standard, bean bag seats and Kecil Sofabed.

GSC kini mempunyai pawagam mesra keluarga yang dilengkapi dengan sofa, taman permainan, bilik penjagaan dan banyak lagi!
 
GSC PlayPlus

-3 Damansara
-IOI Mall, Puchong
-Tropicana Gardens Mall
-The Mall, Mid Valley Southkey, Johor

 

Sekian 

Kredit : salam_zhr

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post