12 Gambaran Pelakon Utama Squid Game Sekiranya Hadir Dalam Versi Malaysia

Fenomena Squid Game terus berlangsung selang beberapa minggu selepas mula ditayangkan di Netflix dan berjaya mengalahkan Sweet Home sebagai rancangan bersiri Korea paling ditonton di Netflix.

Setiap scene dan elemen dalam Squid Game mencetuskan perbualan netizen dari segi Dalgona Candy, Permainan Green Light Red Light yang tular di Tik Tok serta barisan para pelakonnya yang terdiri daripada Pelakon hebat Korea.

Sekiranya Squid Game ditayangkan versi Malaysia, siapa agak-agaknya yang sesuai melakonkan watak dalam Siri Squid Game ini ya?  Antara nama yang digambarkan seperti Beto Khusyairy, A Galak, Sarah Ali dan ramai lagi, Jom kita selongkar.

LEE JUNG JAE / BETO KUSYAIRI
Lee Jung Jae yang memegang watak sebagai Seong Ki-Hoon (Peserta No. 456) dalam drama ini sebenarnya telah mula berlakon sejak tahun 1993.



PARK HAE-SOO / DATO' AARON AZIZ

Park Hae Soo merupakan antara wajah yang familiar bagi peminat K-drama. Pelakon yang memegang watak Cho Sang-woo (Peserta No. 218) dalam Squid Game juga popular menerusi drama Prison Playbook, Legend of The Blue Sea dan Time To Hunt.



JUNG HO-YEON / MIMI LANA
Kang Sae-byeok, seorang pelarian dari Korea Utara yang menyertai Squid Game demi menyatukan keluarganya dibintangi oleh Jung Ho-Yeon.



ANUPAM TRIPATHI / AZAD JASMIN
Ali (Peserta No. 199) merupakan antara watak yang cukup menyerlah dalam Squid Game.




HEO SUNG TAE / DATO AWIE
Heo Sung Tae memegang watak Jang Deok-su, seorang gangster yang terjerat dalam hutang.



OH YOUNG-SOO / A GALAK
Pelakon veteran Oh Young-soo berperanan sebagai Oh Il Nam dan dikenali sebagai peserta No. 001 di Squid Game.


GONG YOO / FAHRIN AHMAD
Penampilan khas watak cameo egen Squid Game di MRT ini popular dalam filem Train to Busan walaupun sekejap tapi memberi kesan.

 
WI HA-JOON / SHUKRI YAHYA
Wi Ha-joon memegang watak sebagai seorang polis yang mencari abangnya yang hilang setelah menyertai Squid Game.



KIM JOO-RYUNG / RAJA AZURA
Kim Joo-Ryung pula memegang watak sebagai Han Mi-nyeo (Peserta No.212), seorang peserta wanita berusia 40an yang agak menjengkelkan namun sangat competitive dalam memenangi Squid Game.



LEE YOO MI / NAD ZAINAL
Walaupun wataknya hanya dalam beberapa episod, pelakon Lee Yoo-Mi yang dikenali sebagai Ji Young yang bergandingan dengan Sae Byeok dalam pertandingan guli ini berjaya menarik perhatian ramai.


BYUNG-HUN / SHAHEIZY SAM 
Misteri lelaki bertopeng akhirnya terjawab apabila dibuka.


LEE JUNG-JUN / NAZIM OTHMAN
Hanya menunjukkan muka selama 10 saat sahaja turut popular dan tular di serata media sosial.
Hanya membuat kemunculan dalam episod ketiga “Squid Game” ketika satu babak genting, Lee Jung-jun berjaya membuatkan jantung penonton di luar sana berdegup kencang.




Setuju tak dengan pilihan netizen di atas? 

Siapa Paling Sesuai Sekiranya Squid Game Dilakonkan Pelakon Malaysia. 

Sekiranya Squid Game Hadir Dalam Versi Malaysia,  ini dia 11 Gambaran Pelakon Yang Dipercayai Dapat Menjayakan Watak Utama Dalam Squid Game (Malaysia Edition)
 
Yang pastinya drama ini berjaya menggamit memori kanak-kanak kita namun ditambah lagi dengan elemen yang suspens dan brutal.
 
Kredit :  itsashhhrap

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post