(15 Foto) Penyertaan Menarik Peserta Peraduan Mewarna Tema Merdeka Boboiboy 2021

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Monsta telah menganjurkan pertandingan mewarna untuk peminat-peminat BoBoiBoy iaitu  #TemaMerdekaBoBoiBoy secara dalam talian.



Pertandingan ini sudah bermula sejak 25 Ogos dan akan berterusan sehingga 25 September dan mereka juga telah berkongsi beberapa penyertaan yang diterima untuk minggu pertama di mana Monsta mengatakan telah menerima hampir 500 penyertaan dari pelbagai negara.
 



Selain Malaysia, Monsta turut menerima penyertaan dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bangladesh dan beberapa negara lain pada minggu pertama menerusi pertandingan dalam talian itu. 

Pertandingan itu terbahagi kepada empat kategori bermula daripada usia 4 hingga 6 tahun; 7 hingga 12 tahun; 13 hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas.

Seramai 15 pemenang bertuah akan menerima set barangan eksklusif 'BoBoiBy Benyond 10' dari Monsta sempena sambutan ulang tahun ke-10 siri animasi kegemaran ramai itu.

Peluang menyertai pertandingan mewarna dalam talian masih terbuka sehingga 25 September depan.



Peserta dialu-alukan untuk menghantar hasil mewarna mereka dengan memuat naik gambar berkenaan ke akaun media sosial, Facebook, Istagram dan Twitter sendiri. Syarat penyertaan boleh dilihat menerusi laman sosial rasmi BoBoiBoy.



Anda boleh layari mana-mana laman sosial untuk BoBoiBoy jika ingin maklumat lanjut serta perkembangan terbaru untuk pertandingan ini.

Foto : jia_owe














Foto : jia_owe

Dah lama rasanya tak mewarna macam ni rindu zaman belajar pendidikan seni di sekolah.

Kredit : Monsta / Boboiboy

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post