Apa Maksud Perkataan 'Pembaris' Yang Sering Digunapakai Di Ruang Komen Netizen

GELARAN PEMBARIS ATAU BAHASA OMPUTIHNYA RULER

  • Baca pun dah tahu sarcasm, yg kecam lebih2 tu kenapa #Pembaris
  • Walaupun ramai yang faham post ni bukan serious pun, ada segelintir yang masih ingat post tu betul.. #Pembaris

Itu adalah antara ayat-ayat di media sosial. Jika anda melihat ruangan komen netizen, kadang kala ada balasan yang berunsur sindiran #Pembaris

Apakah yang dimaksudkan dengan #Pembaris?


 
#Pembaris adalah istilah yang digunakan untuk membayangkan seorang yang terlalu jujur dan tidak dapat mengesan helah dan penipuan.
 
Dalam peribahasa melayu, individu yang memiliki personaliti ini dikenali sebagai “lurus bendul”.

Di media sosial (yang penuh ranjau berduri ), netizen kadang kala dengan sengaja memberikan komen yang berunsur sinis, jenaka dan sindiran.
 
Sindiran ini kadangkala tidak dapat dihidu oleh sesetengah individu. Situasi ini mungkin boleh mencetus ketegangan apabila komen dibalas dengan emosi dan menjadi tegang.
Disinilah lahirnya istilah #Pembaris.

Adakah menjadi “lurus bendul” itu suatu perkara yang buruk?
Ia bukan sentiasa suatu perkara yang buruk. Sifat yang naif ini boleh membantu seseorang individu untuk menjadi lebih optimistik dan mempunyai daya keusahawanan.
*banyak jutawan memiliki sikap ini ya, kerana ia membuat mereka lebih optimistik dan tidak terlalu memikirkan risiko.
 
Dari segi pergaulan dan hubungan sosial, ada orang yang suka dengan karektor seperti ini yang lebih jujur, telus dan ikhlas.

Kesan dan implikasi
Sikap lurus bendul boleh mengundang penipuan dan pengkhianatan. Ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan dengan diri anda dan mungkin boleh akibatkan kerugian dan kecelakaan.
Di media sosial, #pembaris juga mengundang pembulian siber dan mampu memberi kesan dari segi emosi dan mental.

Pencegahan
Memperbaiki sikap #pembaris bermula dengan mengambil langkah berhati hati, waspada dan lebih kritikal.

Berjumpa, berkawan dengan lebih ramai individu dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ini akan membantu untuk mengetahui lebih banyak sikap dan tingkahlaku manusia
Keluar dari ruang zon selesa anda.
Mengembara, timba lebih banyak pengalaman baru
Alert dan waspada dengan individu sekitar anda. Ketahuilah rambut hitam, hati lain lain.
Jangan mudah percaya. Pastikan ada secebis keraguan dalam setiap perkara yang dikongsi
Belajar mengenai membaca bahasa tubuh.
Mendengar lebih, bercakap kurang
Tingkatkan keyakinan
Beri diri anda masa untuk perbaiki dan belajar
Jangan tergesa gesa untuk membuat ulasan dan memberikan pendapat

* Individu yang memiliki kelainan upaya seperti Autisme, Aspergers, ADHD ,mungkin tampil dengan tingkahlaku seperti ini. Hentikan pembulian dalam apa juga cara

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Lurus mcm pembaris?
    Pembaris pun ada yg bengkok, melengkung..

    Tak kena langsung...
    Peribahasa kita dah cukup
    Cantik, lurus bendul.
    Bendul belum ada yg
    Bengkok atau melengkung.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post