10 Manfaat & Kegunaan Sisa Hampas Kopi Yang Ramai Tidak Tahu

Hampas Kopi. Kalau korang minum kopi setiap hari dekat rumah, hampas kopi ni jangan buang terus dalam tong sampah. Banyak kegunaan dia.

Cara Manfaatkan Kelebihan Sisa Hampas Kopi  

 

Jadi, jom kita selongkar antara kegunaan hampas kopi yang boleh digunapakai 

1. Baja Pokok


Hampas kopi mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium & kromium. Jadi ia sangat sesuai utk tanaman pokok. Taburkan atas tanah berdekatan pokok. Tapi ingat, sifat kopi adalah berasid, jangan tabur terlalu banyak. Guna kulit telur utk neutralkan balik.

2. Bilik/Ruang dalam Rumah Berbau


Kadang-kadang walaupun dah bersihkan rumah, mop lantai, vacum semua, ruang rumah tetap ada bau tak sedap. Caranya mudah, ambil hampas kopi yg kering, letak dalam bekas terbuka, letak ditengah-tengah ruang bilik. Bilik korang akan bau harum!

3. Singki Bau Busuk
Selalu bila lepas basuh pinggan mangkuk, ada bau kurang sedap kan? Hampas kopi ni boleh bantu. Taburkan hampas kopi ni atas semua permukaan singki & table top. Guna kain lembab gosok dgn perlahan, berus utk singki. Bilas semula dgn kain lembab yang bersih.



4. Peti Ais Berbau


Selalu lepas bebeapa minggu/bulan, peti ais kita bau busuk kan? Mungkin sebab bakteria banyak dan makanan lama terbiar. Caranya, buang semua makanan tamat tempoh, bersihkan peti ais & letak hampas kopi dalam bekas terbuka dan letakkan dlm peti ais.


5. Kereta Berkilat

Satu lagi lupa sebut. Kalau musim hujan, kereta selalu bau kepam atau masam. Lepas cuci dan vacuum kereta korang, isi hampas kopi dalam cawan, letak dekat cup holder tengah-tengah kereta.

Bau harum semerbak kereta korang! Tapi pastikan hampas tu kering.

6. Mengilatkan kuali

Kuali yang sukar dibersihkan boleh diselesaikan dengan menggosoknya dengan hampas kopi. Tempelkan serbuk kopi pada bahagian yang sukar dibersihkan, biar seketika.

Kemudian sental seperti biasa menggunakan span dan bilas dengan air.

7. Perabot Kayu Seperti Baharu 


Kelebihan hampas kopi yang lain adalah untuk kembalikan kecantikan perabot kayu yang kelihatan kusam.

Cuma gosok hampas kopi di permukaan perabot dengan lembut dan lap semula menggunakan kain lembap. Ia juga boleh hilangkan kesan calar pada kayu.

Banyak kan kelebihan hampas kopi ini. Jadi, jangan terus buang ye selepas ini. Memang jimat!

8. Bau Hamis Pada Tangan 


Selesai siang ikan, ayam dan sebarang bahan mentah, pasti akan meninggalkan bau hamis pada tangan.

Macam mana nak hilangkan bau hamis di tangan itu? Mudah jer. Cuma gosokkan hampas kopi di tangan sebelum cuci dengan sabun.

9. Bersihkan Minyak Pada Tangan 


Ketika memasak atau selesai mencuci pinggan mangkuk, tangan kita pasti melekit dengan minyak.

Cara termudah untuk memecahkan lemak minyak yang melekit di tangan adalah dengan cara menggosok-gosok hampas kopi. Ini pasti akan membersihkan tangan kita.

10. Menghalau Nyamuk


Hampas kopi ternyata juga dapat digunakan sebagai bahan alami untuk mengusir nyamuk. Manfaat hampas kopi ini memang berkesan menghalau nyamuk.

Hal ini karana sebahagian besar nyamuk tidak menyukai aroma khas kopi. Nyamuk betina biasanya tidak mau bertelur di air yang mengandung ampas kopi, kerana air tersebut tidak baik untuk perkembangan telur. 

Tidak hanya mampu mengusir nyamuk, hampas kopi juga dapat mengusir serangga lainnya seperti semut, lebah dan haiwan serangga lain. Caranya sangat mudah, iaitu taburkan hampas kopi pada daerah yang sering menjadi sarang nyamuk, semut, dan serangga lainnya. Dengan begitu mereka akan menjauh dengan sendirinya.

 



Banyak kan kelebihan hampas kopi ini. Jadi, jangan terus buang ye selepas ini. Memang jimat!

Kredit : @hanifmz
Terbaru Lebih lama