Pelbagai gelagat menarik yang mencuri tumpuan dapat kita saksikan sewaktu pengambilan vaksin di pusat pemberian vaksin seluruh negara. Ada yang bergaya sakan dan kelihatan unik lain daripada yang lain.
Mohammad Faeez Harith, 31, turut memakai tanjak selain membawa bersama keris dan tongkat, sekali gus menjadi pelengkap persalinannya mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan memakai busana tradisional.
Wanita mencuri tumpuan ramai apabila hadir berbusana Melayu tradisional untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Hanan Hashim, 30, dari Kampung Batu Rakit, di sini, tampil anggun dengam berbaju dan berkain batik untuk menerima suntikan vaksin dos pertama seawal jam 9 pagi dengan ditemani adiknya, Nur Athirah, 24.
Katanya, dia sudah memasang niat untuk mengenakan pakaian tradisional ketika hadir ke PPV bagi mendapatkan vaksinasi. "Bukan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai, tetapi sekadar mencipta 'sejarah' untuk diri sendiri.
Gelagat dua maskot di mana maskot bear menerima vaksin di PPV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di SK (Felda) Lui Selatan
Pasangan Superhero
BUKIT MERTAJAM: Pekarangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda di sini ‘gempar’ seketika apabila kelibat seorang individu lengkap berpakaian seperti adiwira muncul dengan menaiki kenderaan golf atau ‘buggy’.
Dia yang memakai kostum salah satu daripada karakter Ultraman iaitu Ultraseven kelihatan bersahaja dan sempat melayani mereka yang ingin bergambar dengannya sebelum menuju ke tempat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Seorang lelaki memakai kostum Naruto di Pusat Vaksinasi COVID-19 (PPV) Stadium Bukit Jalil
Tindakan seorang pemuda memakai kostum ala hantu pontianak ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Menerusi klip video berdurasi 24 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama gorongit, lelaki berkenaan kedengaran ketawa mengilai-ilai ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.
Hantu Cina Meloncat Datang Ambil Vaksin
Gelagat seorang lelaki yang mengenakan kostum karakter ‘hantu cina’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang, di sini, semalam menarik perhatian ramai. Sin Chong Yie, 35, bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan nyawa untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.
LANGKAWI: Seorang lelaki warga asing yang mengenakan alat pernafasan buatan sendiri yang kelihatan pelik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.
Gambar lelaki bersama peralatan 'pelik' itu yang dipercayai dirakamkan seorang pengunjung yang turut berada di PPV berkenaan dua hari lalu tular di media sosial sejak petang tadi.
Berbaju Tradisional
Mohammad Faeez Harith, 31, turut memakai tanjak selain membawa bersama keris dan tongkat, sekali gus menjadi pelengkap persalinannya mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan memakai busana tradisional.
Wanita Berbusana Melayu Tradisional
Hanan Hashim, 30, dari Kampung Batu Rakit, di sini, tampil anggun dengam berbaju dan berkain batik untuk menerima suntikan vaksin dos pertama seawal jam 9 pagi dengan ditemani adiknya, Nur Athirah, 24.
Katanya, dia sudah memasang niat untuk mengenakan pakaian tradisional ketika hadir ke PPV bagi mendapatkan vaksinasi. "Bukan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai, tetapi sekadar mencipta 'sejarah' untuk diri sendiri.
Persalinan Dinosaur
Bukan Hanya Manusia, Dinosaur Pun Nak Vaksin Juga. Baru-baru ini viral di facebook yang mana dinasour telah di kesan di pusat vaksin. Perkongsian ini dikongsikan oleh twitter BCCK Sarawak. Rata-rata warganet terhibur dengan telatah dan aksi dinosaur di pusat vaksin.Pasangan Superhero
Pasangan Superhero terima vaksin di Sabah hari ini. Superhero pun perlu pertahanan juga bah sebelum mau selamatkan orang lain. "Salah seorang penerima vaksin, Hasryman Osman dan isteri mengenakan pakaian adiwira untuk hadir ke PPV IPT UMS hari ini."
Kredit: UMS
Kredit: UMS
Kostum Power Ranger Pink & Putih
Anna dan suaminya Rahemy menjadi perhatian ramai di PPV Hotel Vangohh Eminent, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Menurut anak sulung daripada dua beradik yang berasal dari Pulau Pinang itu, Suaminya Rahemy merupakan peminat Power Rangers sejak kecil. Kini berjaya mengumpul pelbagai barang berkaitan kartun kegemarannya dan menjual sebahagian daripada koleksinya kerana ia mempunyai nilai tinggi.
Ultramen Ultraseven In The House
BUKIT MERTAJAM: Pekarangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda di sini ‘gempar’ seketika apabila kelibat seorang individu lengkap berpakaian seperti adiwira muncul dengan menaiki kenderaan golf atau ‘buggy’.
Dia yang memakai kostum salah satu daripada karakter Ultraman iaitu Ultraseven kelihatan bersahaja dan sempat melayani mereka yang ingin bergambar dengannya sebelum menuju ke tempat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Hantu datang suntik vaksin di PPV
Tindakan seorang pemuda memakai kostum ala hantu pontianak ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Menerusi klip video berdurasi 24 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama gorongit, lelaki berkenaan kedengaran ketawa mengilai-ilai ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.
Gelagat seorang lelaki yang mengenakan kostum karakter ‘hantu cina’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang, di sini, semalam menarik perhatian ramai. Sin Chong Yie, 35, bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan nyawa untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.
Lelaki & Alat Pernafasan Buatan sendiri
LANGKAWI: Seorang lelaki warga asing yang mengenakan alat pernafasan buatan sendiri yang kelihatan pelik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, menarik perhatian ramai.
Gambar lelaki bersama peralatan 'pelik' itu yang dipercayai dirakamkan seorang pengunjung yang turut berada di PPV berkenaan dua hari lalu tular di media sosial sejak petang tadi.
Memang mencuit hati melihat penerima-penerima vaksin ini sanggup extra dress up untuk menceriakan hari semua orang. Jadi lepas ini kamu pula boleh plan untuk pakai kostum apa ketika menerima dos pertama vaksin.