17 Petua Dan Tip Masakan Hebat Warisan Turun Temurun

PETUA DAN TIPS MASAKAN

Teknik masakan yang betul dapat membantu memudahkan dan memberikan kesedapan terhadap masakan yang dimasak. Apa yang membezakan tukang masak yang lama dengan baru adalah berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu masakan dengan caranya yang tersendiri.

Jadi jom kita selongkar petua dan tip masakan hebat warisan turun temurun


1. Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.
 
2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali

Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.
 
3. Warna Sambal Cantik
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.
 
4. Buat Rendang
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.
 
5. Kurangkan Masin Makanan

Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.



 
6. Tomato Kekal Segar

Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.
 
7. Daging Cepat Empuk

Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu
 
8. Timun Rangup

Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.
 
9. Elak Nasi Cepat Basi

Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.
 
10. Taugeh Kekal Segar

Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. Petua taugeh kekal rangup
Caranya taugeh tu basuh dulu, lepas tu toskan. Rendam asam keping dalam 10 minit. Kemudian, masukkan tauge tadi dalam bekas rendaman asam keping. Tambah air separas taugeh.Kalau tauge banyak letak laa 2 keping asam tu. Buat masa ni seminggu masih lagi elok. Masih crunchy lagi tauge tu, tak lembik. Selalu kalau beli hari ni, esok lusa dah lembik.


 
12. Ayam Goreng Sedap
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.
 
13. Ayam Goreng Rangup

Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.
 
14. Nasi Lemak Cepat Masak

Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15. Tahu Tahan Lama
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.


 
16. Pekatkan Kuah Sup
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.
 
17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

18. Mudah Kupas Telur Rebus
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc.


 
Selamat mencuba

Kredit: Tip Masakan dan Resepi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post