10 Video Youtube Paling Sohor Di Malaysia Tahun 2021

Pada tahun ini, video yang paling sohor ialah video daripada saluran Astro Gempak iaitu drama Rindu Awak Separuh Nyawa episod 1. Dengan jumlah tontonan melebihi 2 juta, drama ini bukan sahaja popular di Youtube, malah ia juga pernah menjadi bualan peminat di media sosial lain seperti di Tiktok dan Instagram. Namun, hanya ada 4 episod penuh sahaja yang disediakan Astro untuk peminat tonton di Youtube. Selebihnya hanyalah promo sahaja.




Drama Spontan 31: Avengers versi Kelantan merupakan video kedua tersohor dalam senarai ini. Setakat ini, video dari saluran Syahmi Sazli ini sudah meraih sebanyak 2,398,510 jumlah tontonan. Jika kebanyakan video YouTube mengetengahkan selebriti yang sudah ada nama, namun menariknya video ini mengangkat bakat terpendam dari individu istimewa. Mungkin kerana itulah ramai yang menontonnya.

Seterusnya, video Mukbang Spicy Noodle DONA dari saluran Dona berada di kedudukan ketiga video paling sohor di Malaysia 2021. Dalam video ini, kelihatan dua rakan tersebut bersungguh-sungguh menghabiskan beberapa jenis makanan pedas, antaranya mee segera, tteokbokki dan makanan ringan. Mungkin video ini ditonton oleh penggemar makanan pedas. Pada tahun lalu juga, video dari saluran Dona ada menduduki carta ini dengan kandungan video yang hampir sama.

Berikut merupakan senarai penuh, 10 video paling sohor di Malaysia 2021:

10. Isa Isarb – Letak RM10,000 tepi kerete, Food Panda CURI atau TIDAK !?



9. Horangi99 – Kena Kejar Dengan Kepala Gergasi


8. Ammar Nazhan – Rumah Am kena masuk peromp4k !!



7. PrinceMeed LIVE! – Muka aku hancur lepas orang ustaz dirasuk dalam rumah aku



6. Kotte Animation – Pro Squid Game Players be like



5. TV3MALAYSIA Official – [LIVE] Anugerah Juara Lagu 35 | #AJL35




4. Aqil Zulkiflee – Aku beli mesin Ais Krim




3. Dona – Mukbang Spicy Noodle DONA



2. Syahmi Sazli – Drama Spontan 31: Avengers versi Kelantan




1. Astro Gempak – [EPISOD PENUH] Rindu Awak Separuh Nyawa – EP1




Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post