Cara Semak Dan Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM Maybank

Masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.


Nak beratur di IPD tu punyalah panjang barisannya… Tak sanggup nak bersesak kan?

Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini.
Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja.
Yang ni mesin ATM Maybank ya.
Nak tahu caranya?


Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021

YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui :
Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank
  • Di sini kami kongsikan cara buat bayaran saman PDRM melalui ATM Maybank.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1
Tekan Paybills



LANGKAH 2
Tekan Pembayaran Saman PDRM.




LANGKAH 3
Tekan Teruskan.



LANGKAH 4
Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.



LANGKAH 5
Teruskan pembayaran anda.



Simpan resit untuk rujukan.




Settle!

Semoga bermanfaat… Mudah kan… Dah tak perlu lagi nak beratur panjang di balai polis.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post