14 Kostum Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 2 (2022)

Sebuah program nyanyian The Masked Singer Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi fenomena kembali lagi untuk musim kedua. 


 
Program ini merupakan idea asal daripada program nyanyian di Korea iaitu The King Of Mask Singer kini dibawa untuk versi Malaysia.

Jika musim pertama sebelum ini, Aina Abdul yang merupakan individu disebalik topeng Bunga Raya menjadi juara sulung ketika itu selepas menewaskan 11 peserta yang lain.

Untuk musim kedua ini ada sedikit penambahan apabila jumlah peserta dinaikkan kepada 14 orang yang terdiri daripada selebriti dengan pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, influencer dan ramai lagi.

Mereka semua akan melakukan persembahan setiap minggu dengan memakai kostum lengkap dari kepala hingga ke kaki yang mana hanya suara sahaja yang dipertaruhkan.

Setiap minggu, barisan juri akan cuba meneka siapakah disebalik topeng dan kostum tersebut. Apabila ada peserta yang disingkirkan, baru kita semua tahu indentiti disebalik topeng tersebut.

Peserta The Masked Singer Malaysia 2022

Berikut merupakan senarai topeng atau kostum bintang untuk musim kedua ini:

Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung

Aiskrim Roti


Bujang Senang


Burung Hantu


Harum Manis


Mat Penyu


Nanas


Orkid


Pepatung


Periuk Kera


Rambutan


Ratu Semut


Seladang


Si Merak


Teh Tarik Kaw


Siapakah di sebalik Topeng peserta kali ini? sama sama kita nantikan.
 


Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 yang bakal berlangsung selama 10 minggu, bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna 107 bermula 28 Januari 2022.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post