10 Resipi Pes Shellout Terlajak Sedap Apabila Dihidang Makan Beramai-Ramai

Shell Out menjadi satu fenomena dan menjadi trending kini di kalangan pengemar makanan laut.  



Hidangan laut seperti udang, ketam, lala, kerang digaul bersama kuah sambal special dan dimakan dengan nasi ini serius sedap dan sangat menyelerakan.. hingga tersandar kekenyangan.. walaupun peluh merecik di dahi.

1. Resipi Shell Out Puas Hati Masak Sendiri


 
Murah . Sedap . Puas hati makan 
Modal tak sampai RM50 ( ikut tempatlah! ) tapi boleh makan banyak banyak 
Bahan bahan ada dekat pic ye .
Selamat mencuba 
Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi

Blend
  • Bawang besar 2biji
  • Cili kering ( satu genggam )
  • Bawang putih 3ulas
  • Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging ( 2sudu ) sehingga betul2 pekat . Masukkan gula , garam & perisa secukupnya
Cara Penyediaan
  1. Masukkan ketam . Gaul rata
  2. Ketam ( 4ekor RM8 )
  3. Masukkan sotong . Gaul rata
  4. Sotong ( 1/2kg RM8 )
  5. Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata
  6. Lala ( 1kg RM7.50 )
  7. Last sekali masukkan udang , bunga kobis & brokoli & gaul rata ( jangan letak air dulu )
  8. Udang ( RM10 )
  9. Sayur ( RM2.50 )

Taraaaa ! Dah siap Yummmy 

** air tak payah letak sbb nt udang dan sotong akan keluarkan air **

2. Resipi Shell Out Boleh Cuba Seisi Keluarga 



 SHELL OUT! Sebut je semua dah dapat bayangkan kesedapannya.

SWEET SOUR
Makanan Laut
Ketam,Udang,Kerang,Sotong,Lala,Pepahat,Remis dan Kupang.

Bahan Sayur-sayuran
Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar
20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Bahan B ~ di tumis
6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Cara-Cara:-
-Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
-Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
-Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
-Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
-Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
-Biarkan kuah merenih sebentar.
-Angkat dan masukkan dalam periuk lain
-Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
-Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
-Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
-Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
-Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.
-Sayur-sayuran tu masak sekali bersama sotong dan udang.
-Yang lain tak letak sayur.
-Jagung dan kentang saya tak masak dengan kuah, saya biarkan sahaja di rebus begitu.

Saya lawankan hidangan Shell Out saya ni dengan nasi Mediterranean ( Mediterranean Butter Rice ) ala-ala Nandos. Sedap nasi ni memang kena pulak di gandingkan dengan Shell Out yang di sediakan.

MEDITERRANEAN BUTTER RICE

•4 cawan beras
•1 cawan besar butter
•1 cawan mix vege ( karot, jagung, kacang pea )
•garam secukup rasa
•Air secukupnya untuk menanak nasi
•Cuci beras bersih
•Masukkan beras, air secukupnya untuk menanak nasi, butter, mix vege dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa.
•Bila dah masak, gemburkan dengan chopstik.
•Sedia di hidangkan

Selamat mencuba

3. Resipi Shell Out Terlajak Sedap



Saya nak share resepi shell out homemade terlajak sedap.. Selamat mencuba.. 

Bahan tumis
  • 6 biji bawang merah (Mayang)
  • 6 bijik bawang putih (cincang halus)
  • 1 Inci halia (potong pjg²
  • 2-5 biji cili padi ( kalu nak pedas Tambah lebih)

Bahan 1
20 tangkai cili kering.. Rebus & blend

Bahan 2
  • 2 biji bawang besar
  • 10-15 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 1 serai
  • Belacan sikit
  • Segenggam udang kering(rendam)

Bahan perasa
  • 3-4 sudu serbuk kari ikan
  • 2 SB sos tiram
  • 2 SB sos BBQ
  • 2 SB sos ikan
  • 1 Biji gula melaka
  • Cuka, garam & gula
  • 1 cube ayam knor

Cara²
  1. Tumis bahan tumis sampai naik bau...
  2. Panaskan setengah butter Dan masukkan cili kering yang dah diblend.. Bila da agak kering masukkan semua bahan 1
  3. Agak pecah minyak masukkan bahan perasa... Masa ni tumis Lama sikit sambil rasa².. Agak² pedas sgt, tambah gula
  4. Perasakan secukup rasa... Asingkan kuah untuk digoreng dgn seafood..
  5. Jagung rebus + brokoli (rebus)
  6. Pastu seafood tadi - 
  7. Ketam, udang, sotong, kerang rebus kejap... Lepas tu masuk dalam kuali goreng kejap... Saya buat satu².. Rebus ketam goreng ketam dgn bahan kuah tadi, rebus sotong, goreng sotong pulak dengan ramuan tu... Begitulahhh seterusnyaaa

Aummm penat taip huwaaaa

Kredit to azie kitchen

4. Resipi Shell Out Merah Menyala
 



Makanan Laut
  • Ketam
  • Udang
  • Kerang
  • Sotong
  • Lala
  • Pepahat
  • Remis
  • Kupang
  • Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )
* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran
  • Jagung manis ~ potong 3
  • Brocoli ~ di potong kecil
  • Kentang ~ potong wages atau belah 4
  • Carot ~ hiris bulat
  • Bunga kubis ~ potong kecil
Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah
Bahan A ~ di kisar

  • 20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
  • 2 labu bawang besar
  • 15 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang putih ( 10 ulas )
  • 1 inc halia
  • 1 inc belacan
  • 1 gengam udang kering ~ rendam lembut
Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis
  • 6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
  • 6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
  • 1 inc halia ~ di hiris halus
  • 5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
  • 10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
  • 2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar butter / margerine
Bahan C ~ perasa
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.

Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi

Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan

sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali

Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.

Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang.
Yang lain ita tak letak sayur.

Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

5. Resepi shell out - Makan 7 org

By syakilla syed alwi.



Bahan-Bahan
  • Ketam 2 ekor (belah 2) - rebus sampai masak
  • Kupang (1/2 kilo) - rebus sampai masak
  • Udang (1/2 kilo)
  • Sotong (1/2 kilo)
  • Jagung & brokoli - rebus sampai masak
  • Bwg putih, bwg merah, cili kering, halia-(blender)
  • Sos tiram (2sb)
  • sos ikan (1sb)
  • sos cili ( 5sb)
  • Asam keping (3pcs)
  • Kiub pati ikan bilis (1kiub)
  • Garam n gula (secukup rasa)

Cara2
1) Rebus bahan yg perlu direbus dan ketepikan.
2) Panakan minyak. Tumis bahan kisar dan asam keping sampai naik bau
3) Masukkan sos2 dan kiub pati ikan bilis. Kalau pekat masukkan air sikit.
4) Masukkan semua seafood. Kacau sebati. Masuk garam dan gula. *puasa ni agak2 je laa yee huhu
5) Hidangkan dgn jagung dan brokoli. Hias lemon
6) Nasi panas2

Cengginiiii

6. Resepi SHELL OUT Marvellous 

 


Bahan2:
  • Butter/minyak
  • Seafood- ketam, udang, sotong, kupang, kepah dibersihkan dan tos
  • Bahan blend:
  • Bawang merah besar 3-4biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Halia - 1 inci
  • Udang kering segenggam (direndam)
  • Belacan sikit
  • Cili kering segenggam direbus dan diblend/ cili giling
Bahan Perasa:
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Kiub ikan bilis 2 ketul
  • Gula
  • Susu cair 1 cawan
  • Sayur sayuran:
  • Jagung manis dipotong 2-3bahagian
  • Baby carrot
  • Brokoli
  • Tomato ceri

Cara2:
1. Panaskan butter & minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan2 blend dan goreng sampai wangi.
3. Masukkan cili giling dan masak sampai pecah minyak.
4. Sementara cili tengah masak boleh la rebus sayur dulu. Panaskan air, masukkan garam & tunggu air mendidih. Masukkan jagung dahulu, agak2 nak masak masukkan baby carrot. Dah masak angkat & toskan. Kemudian, masuk brokoli tutup api & tutup periuk. Biarkan brokoli masak dalam air panas tu sekejap je & toskan.
5. Bile cili dah dan pecah minyak, masukkan bahan2 perasa iaitu sos tiram, sos ikan, gula dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan rasa. Sy tak masuk garam sebab dah masin. Last skali masukkan susu cair. Sesuaikan rasa & siap.
6. Kemudian rebus seafood pulak. Panaskan air, masuk garam & tunggu mendidih. Masukkan seafood satu2 ye. Tak kisah la nak masuk ape dulu. Dah masak angkat pakai penapis dan toskan. Terus masuk dalam kuah shell out. Ulang sampai habis. Tak perlu nak pakai banyak2 bekas nak tapis seafood. Angkat terus masuk dalam kuali then kacau2 bagi rata. Then masukkan sayur2 kecuali jagung dalam kuali tu. Kalau kuali penuh boleh transfer dalam bekas lain atau terus letak atas meja yang dah dilapik alas.
Saya guna kertas pembungkus makanan je. Letak jagung & nasi. Siap.
Nak kuah banyak or cair boleh tambah air sikit ye.
Nota: ada yang letak serbuk kari, tapi sy xletak sebab tak suka rasa kari pada seafood. Ada gak yang hiris bawang2 dulu tapi sy blend smua supaya kuah tu smooth je. Anak pun xde la kutip bawang letak tepi. Hehe selamat mencuba
kredit: nurha


7. Resipi Shell Out Mudah Yakmat! 

 

Kak dayah steam bahan-bahan guna noxxa. Rencah dia tumis dalam kuali.

Bahan:
  • 5 ekor ketam steam 2 minit
  • 10 ekor sotong steam 2 minit.
  • 1/2 kilo kerang steam 7 minit.
  • 10 batang sosej (boh sebab anak2 mtk)steam 2 minit.
  • Air steam boleh guna untuk masak rencah sambal atau buang.
Bahan sayur:
  • 1 batang jagung.
  • 1 biji lada benggala.
  • 1 batang carrot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji brocolli.
  • Sayur semua potong-potong. Pastu steam 2 minit. Tomato tak steam.

Bahan rencah:
  • 3 biji bwg besar kisar.
  • 5 ulas bawang putih kisar.
  • 1 inci halia mayang.
  • 2 batang serai ketuk.
  • 10 sudu besar cili boh.
  • 2 sudu besar pes tomyam.
  • 5 sudu besar sos black pepper.
  • 2 tangkai daun kari.
  • 2 keping asam keping@ air asam jawa.
  • Air steam @ air biasa.
Panaskan minyak plus margerin@butter. Tumis semua bahan di atas. Masukkan air, reneh bagi agak-agak pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

Kecilkan api. Masuk bebahan yang dah siap steam tadi.

Kacau bagi rata. Walla. Siap dah boleh makan dengan family.

8. Resipi Shell Out Da Best!
Nak makan sepuasnya? Buat sendiri! Nahh resepi! Share cepat!


 
Bahan-bahan
  • 1kg lala
  • 3 ekor ketam (potong 2)
  • 10 ekor udang saiz besar
  • 5 ekor sotong (potong sederhana)
  • 1kg siput sedut
  • 1kg kerang
  • 2ekor lobster (kalau ada)
  • Bahan-Bahan rempah Shell Out (klu kurang salah satu bahan pun tak pe)
  • Daun limau purut
  • 10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
  • bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
  • 10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1sk udang kering (kisar)
  • 1 inci belacan (kisar)
  • 1sb rempah kari
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 batang daun kari
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1sb sos tiram
  • 1sk sos ikan
  • 2sb mentega
  • 2sb minyak masak
  • lemon (saya tak letak)
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun kari
Cara-cara memasak
  1. Siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Lepas itu, panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.
  2. Tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tu tutup api.
  4. Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak.
  5. siap!

9. Resipi SHELL OUT Memukau Selera


 
Bahan untuk pes:

Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)

Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.
Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.
Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.
Cara penyediaan sayur dan dressing:
Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

10. Resipi Shell Out Homemade 



Bahan-bahan:

Ketam, Sotong, Udang, Lala etc. disiang, dicuci dan tos.
Sayur broccoli, jagung (optional, potong dan direbus dahulu), bunga kobis etc. dipotong dan ketepikan.
2 biji Bawang besar *
1 gengam Cili kering *
3 ulas Bawang putih *
2 sudu serbuk Kari daging
Minyak secukupnya
Garam, gula, perasa secukupnya

Cara-caranya:

Blend bahan *
Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi.
Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga kuahnya pekat.
Seterusnya, masukkan gula, garam & perisa secukupnya.
Masukkan ketam. Gaul rata Ketam. (akan keluarkan air)
Masukkan sotong. Gaul rata Sotong. (akan keluarkan air)
Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata Lala.
Akhirnya sekali masukkan udang, bunga kobis & brokoli & gaul rata.
(**Optional) Kalau ada jagung rebus boleh dipotong dan masukkan sekali.
** air tak payah letak sbb nt udang dan sotong akan keluarkan air **

Kredit Resepi : nur syafiqin


Sekian, Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba!

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete
Previous Post Next Post