15 Lokasi Taman Di Putrajaya & Cyberjaya Cantik Mesti Singgah

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat tempatan kerana diketahui sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia. Namun begitu Putrajaya juga boleh dikatakan sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara ini.

Jadi jom kita selongkar antara 15 Taman Menarik di Putrajaya & Cyberjaya
 


Banyak aktiviti yang kita boleh buat dengan keluarga dan kawan-kawan dekat taman-taman ni. Taman mana yang korang paling suka?

1. Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya 
Taman ikonik sebagai simbol Putrajaya. Titik permulaan perubahan Prang Besar dari ladang kelapa sawit jadi pusat pentadbiran Malaysia. Kapsul Masa yang menyimpan dokumen penting & sejarah pembinaan Putrajaya ditanam di sini.


2. Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya 
Kawasan tumpuan ramai untuk berbasikal & jogging di pesisiran tasik dari Taman Seri Empangan hingga ke Grand Stand, Kompleks Sukan Air, Presint 6.




3. China-Malaysia Friendship Garden, Presint 4, Putrajaya 
Taman ini sebagai simbol hubungan baik antara Malaysia dan China. Landskap yang cantik & menarik dengan senibina tradisional Cina.



4. Cyberjaya Lakeside 
Pesisiran Tasik Putrajaya di kawasan Cyberjaya yang jadi tumpuan ramai untuk beriadah, picnic, jogging, berbasikal & bermain e-scooter. Lokasi menarik untuk menikmati sunrise & sunset di Cyberjaya.




5. Taman Botani, Presint 1, Putrajaya 
Dianugerahkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London pada 2008. Dekat sini juga ada Islamic Garden iaitu Morrocan Pavilion yang bercirikan warisan Maghribi.




6. Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya 
Kompleks Sukan Luncur yang jadi tumpuan buat peminat sukan papan luncur, skuter, kasut roda & berbasikal. Kompleks sukan mendaki mempunyai dewan mendaki yang berbumbung terbesar di rantau Asia.




7. Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5 
Terbuka kepada orang ramai untuk beriadah seperti berbasikal & jogging. Tetapi akses kepada kawasan larangan adalah terhad, seperti kandang kuda & padang polo.




8. Taman Mini Cyberjaya 
Taman yang berpotensi untuk dimajukan bagi aktiviti riadah bersama keluarga. Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Cyberjaya.



9. Taman Rimba Alam, Presint 15, Putrajaya 
Taman yang sesuai untuk aktiviti lasak seperti hiking, berbasikal & camping. Korang boleh menempuh kawasan hutan, tasik & akhirnya disajikan dengan panorama indah Putrajaya dari atas bukit.



10. Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya 
Antara taman paling cantik di Putrajaya. Taman yang bertemakan Inggeris, Oriental dan Eropah ini selalu jadi port untuk riadah, picnic dan OOTD.



11. Taman Tasik Cyberjaya 
Taman tumpuan warga Cyberjaya untuk beriadah di hujung minggu. Landskap yang cantik dan menarik. Sunset dekat taman ini memang serius lawa!




12. Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya 
Taman "agro education" untuk beri pengetahuan kepada pengunjung tentang perkebunan. Generasi muda boleh kenal tanaman & merasai suasana kebun di tengah bandar.




13. Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya 
Taman Metropolitan yang terletak di Nusa Perdana. Mempunyai pantai kerikil (pebble beach) yang jadi tarikan pengunjung.



14. Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya 
Port menarik untuk memancing, berbasikal, kayak, kenu, camping dan sebagai. Tarikan terbaru ialah GLOW untuk aktiviti glamping sambil menikmati keindahan taman ini.




15. Taman Awam Cyber 3, Cyberjaya 
Taman di kawasan Garden Residences yang bersebelahan Presint 11, Putrajaya. Port menarik untuk jogging & hiking sambil menikmati view yang menarik.




UPDATE: 
1. Aktiviti naik taraf landskap (major renovation) sedang dijalankan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. 2. Aktiviti naik taraf Taman Tasik Cyberjaya juga sedang dijalankan oleh pihak MPSepang.

Sekian, Semoga bermanfaat

Kredit : Cyberjaya Info

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post