8 Jenis Pelaburan Sah Di Malaysia Untuk Mulakan Simpanan Sehingga Ke Peringkat Lebih Tinggi

App Pelaburan Sah di Malaysia untuk korang yang nak mulakan simpanan. App ini boleh mendisplinkan diri dengan simpanan. Tak menyimpan paksa diri menyimpan juga.  



Jadi jom kita selongkar perkongsian di Twitter Rusydi Hassim tentang kegunaan app ini.

Tabung Haji 
Simpanan paling selamat dan dijamkn 100% oleh kerajaan. Nak plan pergi haji, simpan & kumpul RM10k. Berjaya pergi haji kerajaan tambah lagi RM10k sbg subsidi (T&C setakat ini). Siap sekali penolakan zakat. Serampang 3 mata - Simpanan, Melabur dan Ibadah.

Amanah Saham Bumiputera 
Sini dulu keistimewaan utk bumiputera. Tetapi sekarang non-bumi pun boleh melabur. Simpan dlm ini mmg sedap tiap tahun dpt dividen. Sesuai jadikan tempat simpanan kecemasan 6 bulan. Bumi: ASB1, ASB2, ASB3 Non-Bumi: ASM1, ASM2, ASM3

Raiz 
Syarikat pelaburan Australia bekerjasama dgn PNB (kerajaan). Uniknya app ini, dia akan laburkan duit baki perbelanjaan korang dgn cara mengenapkan jumlahnya. Katakan belanja pakai kad debit RM10.60, Raiz akan genapkan RM11 dan 40 sen akan dilaburkan.

FSM One 
Sudah penuh atau capai objektif simpanan di atas, mulakan melabur di dana swasta. Risiko sedikit tinggi tetapi pulangan pun tinggi. Yang celik kewangan dan pandai menganalisa dana sesuai menggunakan app ini untuk melabur.

Wahed Invest 
ASB Sudah ada, kita masuk pula dlm pelaburan Exchange Trade Fund (ETF). Ini adalah aset gabungan antara Unit Amanah dan Saham. Berjinak dalam ETF dahulu sebelum melabur di pasaran saham.
 
MIDF & M+ 
Dah siap pelaburan risiko rendah dan medium, barulah beralih ke arah pelaburan berisiko tinggi. MIDF adalah platform pelaburan antarabangsa sesuai yg ingin melabur ke luar negara. M+ merupakan salah satu platform pelaburan tempatan saya gunakan.

Rakuten Trade

Ini pelantar pelaburan saham tempatan. Pasaran saham tempatan ini risikonya lebih tinggi berbanding antarabangsa. Ini kerana pasaran saham kita kecil dan jumlah pelabur yang sedikit berbanding antarabangsa. Hati kental boleh masuk ke pasaran tempatan.
 
LUNO 
Sudah mahir semua pelaburan di atas, baru masuk di tempat pelaburan yang jauh lebih tinggi iaitu Kripto. Kalau anda masih belum ada akaun Kripto, gunalah LUNO, platform pelaburan yg dibenarkan oleh SC.   


Pilih mana yang paling sesuai dengan risk tolerance korang. Dan semua di atas adalah pelaburan sah di Malaysia. All the best for your investment journey.
 
Kredit : Twitter Rusydi Hassim 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post