Senarai Pemenang Juara Idola Kecil Dari Musim 1 - 8 Sekarang

Idola Kecil adalah sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun. Nama pertandingan diambil sempena nama pertandingan realiti di Indonesia iaitu Idola Cilik. 

Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam bidang tarik suara. Petandingan ini merupakan pertandingan nyanyian kanak-kanak yang terhangat di Malaysia.


Sejak dipertontonkan tahun 2008, Idola Kecil telah melahirkan ramai bakat besar dalam industri hiburan Malaysia seperti Haqiem Rusli, Wada, Danial Chuer dan ramai lagi. Jadi jom kita selongkar pemenang dari musim pertama sehingga keenam

1. Idola Kecil Musim Pertama (2008)
Pada musim ini, pihak Idola Kecil telah mengadakan uji bakat di tiga kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 30 orang calon telah dipilih untuk ditapis, setelah penapisan calon dilakukan hanya 10 sahaja finalis yang terpilih.

Untuk musim ini program ini diacarakan oleh Zizan, Cikgu Delly sebagai guru vokal, Alfa Booty sebagai pengarah muzik, Affizal Abas sebagai guru tari dan Nora sebagai juri tetap. Setelah sembilan konsert berlalu akhirnya idola kecil yang pertama telah ditemui iaitu, Wan Syuhada atau Wada dari Perak yang Telah berjaya menewaskan 5 orang rakan finalisnya yang mendapat tempat ke final.


Juara : Wan Syuhada Md. Amin (Wada)
Naib Juara : Ridzuan Haqiem (Haqiem)
Ketiga : Syaza Farzana Shahrul Ridhwan (Syaza)

2. Idola Kecil Musim Kedua (2009)

Untuk musim Kedua, Buat kali pertamanya idola kecil ditaja oleh dutchlady. Pihak idola kecil telah mengadakan uji bakat di dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Untuk musim ini program ini dihoskan oleh Alif Satar (OIAM) dan Atilia sebagai juri tetap.


30 orang calon telah dipilih untuk menyertai Boot Camp / Semifinal dan hanya 10 orang sahaja yang akan bertanding untuk merebut gelaran idola kecil yang seterusnya.


Juara : Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah (Dayana)
Naib Juara : Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham (Azzam)
Ketiga : Zur'ain Abd Rahim (Ain)

3. Idola Kecil Musim Ketiga (2010)



Juara : Nor Harris Alif bin Nor Rashidi (Harris)
Naib Juara : Puteri Aszfaryna Khareeza Arif (Puteri)
Ketiga : Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis)


4. Idola Kecil Musim Keempat (2011)


Juara : Sharifah Norhafifa Wan Aziz (Fifa)
Naib Juara : Farisha Asmadi (Irish)
Ketiga : Nabihah Idrus (Abby)

5. Idola Kecil Musim Kelima (2012)


Farranisha Shazwany Mohd Faizul (Farra)
Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah (Darling)
Muhammad Zulfeka Nasrun (Zul)

6. Idola Kecil Musim Keenam (2013)



Daniel Cheur B Hamasiah (Danial)
Aby Norlila Kamaruddin (Aby)
Ammierul Daneal Eddy Noor (Dani)

7. Idola Kecil Ultra (2014)
Idola kecil sekali lagi mencipta sejarah baru,apabila menampilkan kelainan pada musim ini dengan bekas juara dari musim pertama sehingga musim keenam akan kembali berentap Untuk menentukan siapa Terbaik di antara yang terbaik.



Juara : Danial Chuer RM30,000 + Trofi + Kontrak Bernilai RM50,000
Tempat Kedua : Muhammad Azzamuddin Lop Hashim (Azzam)
Tempat Ketiga : Harris Alif Rashidi (Harris)
Tempat Keempat : Nor Balqis Ahmad Tajuddin (Balqis)


8. Idola Kecil Di Rumah (2021)
Selepas 8 minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah yang menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif telah sampai ke penghujungnya. Program yang dihoskan oleh Sissy Imann dan dirakamkan secara ‘virtual’ tanpa kehadiran peserta cilik di studio



Juara : Adaputra Iskandar Danial Bin Asdahrizam (Ada) RM20,000
Naib Juara : Razfazreyza Fenfe Bin Mat Rafengi (Reyza) RM10,000
Tempat Ketiga : Nur Qaireen Izyan Damia Binti Jukiri (Qyen) RM5,000

Sekian.
Tahniah kepada semua pemenang, semoga rancangan Idola Kecil diteruskan lagi di masa akan datang bagi menggilap bakat yang mewarnai industri hiburan di Malaysia.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post