Jadi sempena 1 Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, jom kita tonton iklan-iklan hari raya yang disediakan untuk tahun 2022
1) TNB | Raya Macam Cara
Menggambarkan bagaiman pelbagai cara sambutan Hari Raya yang boleh dilakukan. Pelbagai jenis baju raya, kuih raya, makanan dan sebagainya. Yang penting semua happy. Mood iklan raya, gembira.
2) Celcom | Syukur 1 Syawal
Kanak-kanak memang sukalah kalau Hari Raya sebab boleh kutip duit raya dari jiran-jiran kan. Tapi ianya juga menyelitkan pengajaran tentang ambil tahu tentang keadaan orang lain juga. Terbaik. Mood iklan raya, tersentuh dan gembira
3) MBSB Bank | Cik Sum kembali lagi
Inilah orang kata, dont judge the book by its cover. Jangan tuduh melulu je. Ingatlah kalau kita bantu orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Mood iklan raya, suspen dan gembira
4) Yoodo | Jangan Takut Nak Raya
Nampaknya tahun ni Sterk Production hasilkan iklan untuk Yoodo pula. Semua jadi hantu dimana dieorang tak dibenarkan keluar sebab bulan Ramadan. Mood iklan raya, gembira
5) Maxis | Last Kopek
Mengisahkan bagaimana sekumpulan kawan yang juga buskers bekerja keras untuk sara hidup dengan buat persembahan di jalanan. Makin lama, makin tak ramai orang. Jadi solusi buat persembahan live streaming. Mood iklan raya, terharu dan gembira
6) Grab | Hari Raya Jimat Epik
Sepertinya iklan Grab ni lebih kepada promosi produk sendiri. Untuk mood raya tu kurang la sikit, hanya diselitkan dengan lagu raya sahaja. Mood iklan raya, tiada.
7) Samsung Malaysia | Rezeki Memori
Bagaimana si ayah yang hanya ada memori anaknya ketika kecil sahaja. Mungkin faktor umur menyebabkan ayahnya lupa yang anaknya kini sudah besar. Itulah tanggungjawab anak untuk mengingatkan selalu. Mood iklan raya, sedih dan terharu.
8) Spritzer | Iklan Raya Paling Berseri
Ada yang komen, iklan "spritzer tapi taraf seamaster" haha Lebih kepada kegembiraan si adik balik rumah abangnya sahaja untuk melaram. Mood iklan raya, gembira dan meh.
9) Julie's Biscuits | Ini Iklan Raya baru, tau?
Julie's menampilkan kelainan sikit dari sudut iklan raya yang biasanya happy atau sedih. Iklan disebalik pembikinan iklan. Katanya iklan baru. Mood iklan raya, gembira dan ok lah.
10) Taylor's University | Sadaqah
Antara dalam senarai, bagi aku penceritaan ini adalah yang paling menarik. Menceritakan tentang cara pemberian dan penerimaan sedekah yang terbaik. Iklan raya, tapi tiada pun mood raya dalam iklan tersebut. Mood iklan raya, tiada tapi penceritaan terbaik.
11) HongLeong Bank | Lebaran Penuh Kesyukuran
Penceritaan menunjukkan kesyukuran dalam menyambut Aidilfitri itu penting. Walaupun tak sempurna tapi yang penting semua ada bersama-sama. Mood iklan raya, gembira.
12) Pos Malaysia | Kiriman Mak
Kalau ikuti perjalanan abang posman ni nak hantar barang parcel maknya disamping nak balik raya. Tapi tengok tiket habis. Jadi kena tumpang lori pos laju sampai ke kampung. Mood iklan raya, gembira.
13) SAFI | Raya Kau Hijau 2.0
Sepertinya, jalan cerita kali ini bersambung dengan Raya Kau Hiju 2021 sebelum ni. Tapi kali ni ada pencabar kepada tunangnya pula. Mood iklan raya, gembira.
14) McDonalds | Kak Long Balik Muar
Tiada sangat jalan cerita. Sekadar buat persiapan sebelum kak long mereka pulang. Katanya dah lama tak balik raya. Mood iklan raya, gembira.
15) Watsons Malaysia | Gaya Raya Luar Biasa
Ini dah another level ni, apabila Ayda buat pertama kali pulang kampung suami yang terletak di bulan. Kira orang bumi pertama kali beraya di bumi. Jadi suasana semua seperti berada di angkasa lepas. Terbaik Watsons. Mood iklan raya, gembira dan terbaik
16) RHB Group | Sama, Bersama
Nak menunjukkan walaupun kita berbeza bahasa dan budaya tetapi kita semua adalah sama. Jalan cerita yang diketengahkan adalah berdasarkan kisah benar. Terbaik lah. Mood iklan raya, terharu dan gembira
17) Lazada | Bertambah-Tambah Ke Hati
Ini menunjukkan shopping bagai jangan lupa orang yang tersayang yang masih ada disini. Harga mereka. Sekali sekala boleh belanja di Lazada. Mood iklan raya, terharu, sedih dan gembira
18) Jati | Rasa Kasih Aidilfitri
Ini juga antara iklan raya terbaik bagi aku tahun 2022. Siap ada plot twist lagi. On point teruk. Ingatlah jasa ibu keh. Mood iklan raya, sedih dan terharu.
19) Vits | Atok Dah Tak Ada
Hargailah seorang insan bernama Ayah. Jangan sampai dia telah tiada baru nak menangisi pemergiannya. Mood iklan raya, tiada tapi sedih.
20) Kasut You - Selipar
Penceritaan lebih kepada raut wajah sahaja. Bagaimana rezeki yang diperoleh dan disalurkan kepada orang lebih memerlukan serta buat baik kepada semua makhluk. Ada ayat dengan makna yang mendalam, "Jika rezeki belum sampai maknanya dosa belum terampun". Mood iklan raya, tersentuh dan sedikit suspen.
21) Etiqa | Wasiat
Mereka sepatutnya mencari ‘sesuatu’ di rumah pusaka mereka. Tetapi, mereka terjumpa ‘sesuatu’ yang lain yang sangat mengejutkan! Mood iklan raya, terharu dan gembira
22) Monsta | Kembali Aidilfitri
Tok Aba buat keputusan untuk balik kampung Hilir disebabkan lama dah tak balik sebelum ini. Katanya banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan bersama isteri dan juga anaknya Amato. Memang terbaiklah kalau team Monsta ni buat Boboiboy. Internasional dah. Lawa gila. Mood iklan raya, tersentuh dan gembira.
23) Affin | Kembali
Raya ni Arif dan Irfan dapat balik kampung. Destinasi mereka sama tapi tak serupa. Ada sesuatu yang Irfan belum tahu tentang Arif. Apakah dia?. Mood iklan raya, sedih.
24) Agro Bank | Pesan Atuk
Atuk Farhan pesan untuk berbudi pada tanah, sebab tanah tak tipu. Buat lah apa-apa kerja, asalkan halan. Mood iklan raya, dapat pengajaran
25) Mr DIY | Ke Pangkuan
Seorang anak yang kecewa. Seorang ibu yang diduga. Mampukah mereka kembali bahagia bersama. Mood iklan raya, sedih.
Jadi macam mana seleksi iklan-ikan raya tahun 2022 kali ni? Mana yang anda rasa paling menarik sekali? Cuba share.
Skrg ni mmg banyak iklan raya yg best2. Even pendek jerr tapi aku suka tgk. 1 drpd tu yg dari jobstreet punya. Bes gilaa, X expect jobstreet akan keluarkan iklan cmtu
ReplyDeleteHahahah betul weh. wlpun iklan dia nmpk je mcm simple tpi cntikk, soalan dlm tu pun relatable sngtt
Deleteyepp. mmg boleh relate sngt kikiki tapi bestt. x bosan pun iklan dia. paling penting sbb apps tu berguna untuk cri kerja hehe
Delete