6 Jenis Kategori Doa Yang Dianjurkan Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

RAMADAN merupakan bulan yang begitu istimewa bagi para mukmin di seluruh dunia. Bagi mereka yang menjalankan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan tersebut, maka Allah akan memberikan balasan kepada hamba-hamba.

Allah SWT telah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar yang berada di 10 malam terakhir Ramadan.

Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.

 

Bahagian 1 – Pengampunan Dosa
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

 
Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita

Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah

Bahagian 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
 
Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar

1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
Bahagian 7 – Masuk Syurga
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.

aamiin.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post