Cara Lafaz Niat Puasa Harian / Sebulan Jawi & Rumi Sebagai Rujukan

Lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan anda. Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat.

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Harian) Beserta Bacaan Rumi

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala



Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Sepenuhnya

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Bacaan Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

 

Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan buat semua umat Islam di Malaysia.
 
Sekian.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post