Senarai Laluan Tol PERCUMA & Diskaun Aidilfitri 30%, 50% Tahun 2022

Tol Percuma & Diskaun Tol Sehingga 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri – PLUS

Selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022 dan sepena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei 2022, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.


Langkah ini dilakukan selepas rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebih raya.

Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta,

Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
Pemberian tol percuma melibatkan lebuhraya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT juga akan diberikan untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30% dan 50% akan diberikan kepada lebuhraya-lebuhraya lain ada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.


Sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan tol percuma dan diskaun tol sempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Diskaun itu melibatkan jumlah sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai tol percuma dan diskaun yang diberikan sempena Hari Raya 2022 ini.

Tarikh & Waktu Tawaran Tol Percuma / Diskaun Aidilfitri
Mulai 30 April 2022 (12.00 tengah malam) hingga 1 Mei 2022 (11.59 malam)
Mulai 7 Mei (Sabtu) mulai 12.00 tengah malam – 8 Mei (Ahad) 11.59 malam


Infografik : PLUS


Senarai Tol & Diskaun Yang Ditawarkan
Maklumat lanjut mengenai lebuh raya yang terlibat serta kadar diskaun tol yang ditawarkan adalah seperti dalam LAMPIRAN 1 di bawah:

PERCUMA:
PLUS (Lebuhraya Utara Selatan)
ELITE (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah)
SPDH (Lebuhraya Seremban - Port Dickson)
BKE (Lebuhraya Butterworth - Kulim)
LINKEDUA (Lebuhraya Malaysia - Singapura)
JPP (Jambatan  Pulau Pinang)
LPT1 (Lebuhraya Pantai Timur 1)
LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2)
KLK (Lebuhraya KL - Karak) 

50%:
KESAS (Lebuhraya Shah Alam)
LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong)
GRANDSAGA (Lebuhraya Cheras-Kajang)
BESRAYA (Lebuhraya Sungai Besi)
NPE (Lebuhraya Baru Pantai)
AKLEH (Lebuhraya Bertingkat Ampang- KL)
MEX (Lebuhraya KL - Putrajaya)
DUKE (Lebuhraya Duta - Ulu Kelang)

30%:
SMART (Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong)
GUTHRIE Lebuhraya Koridor Guthrie
LATAR (Lebuhraya Kl - Kuala Selangor)
LLB (Lebuhraya Lingkuran Luar Butterworth)
LKSA (Lebuhraya Kemuning - Shah Alam)
SILK (Lebuhraya Lingkaran Kajang)
JPP2 (Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah)
SKVE (Lebuhraya Lembah Klang Selatan)
SPRINT (Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL - Barat)
LEKAS (Lebuhraya Kajang - Seremban)
GRAND (SEPADU Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru)
SDE (Lebuhraya Senai - Desaru)
WCE (Lebuhraya Persiaran Pantai Barat)
 

TOL PERCUMA: TETAP PERLU SENTUH KAD T 'N GO, LALU LORONG RFID

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.

"Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch 'n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet mereka," katanya.

Syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.

p/s : Jangan seronok sangat sampai langgar palang tol 


Sekian, Selamat memandu 

berhati-hati di jalan raya. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post