10 Common Sense Pergi Beraya Rumah Orang, Tolong Bawa Adab Jangan Tinggal Adab Dekat Rumah

Aidilfitri nanti, tolonglah.. Minta tolong sangat ajarkan benda² ni kat anak, anak buah, anak angkat, anak tekak & seumpamanya.



1. Jangan meminta-minta duit raya melainkan diberi.
  • Jangan dok cangak dpt pintu tunggu duit raya lpstu buat muka kesian
  • Jangan buka sampul raya dalam rumah tuan rumah.
  • Jangan buang sampul duit raya depan tuan rumah & merata-rata
  • Jangan hina berapa jumlah pun yang diberikan.
Kalau nak duit banyak, kerja & usaha sendiri.

Duit raya tu sedekah orang bukan gaji anak korang. Daripada ikhlas masa nak bagi, jadi lain pula bila buat perangai seperti di atas. *yang tak buat perangai, tahun depan ada potensi dapat lebih. (tu pun kalau ada la hehe) 


2. Makan hidangan yang disediakan dengan berpada-pada
  • Jangan habis kan kuih raya dalam 1 balang tu at least tinggalkan satu so nanti nak top up senang.
  • Jangan hbiskan kuih raya dalam balang tinggalkan satu, biar tuan rumah tahu kuih apa nak top up di balang itu.
  • Jangan sumbat kuih tart nenas celah sofa.
  • Jangan habiskan cornflakes, ingat orang lain juga.
  • Tangan tu make sure kering sebelum masuk dalam balang, nnti kang berkulat
  • Jangan masukkan balik kertas biskut raya dalam balang, satu kerja plak nk kena buang. (Contoh, kertas almond london)


3. Jamah sedikit hidangan walaupun sudah kenyang

Bila pergi beraya di rumah orang, confirm kita akan makan dan minum tanpa henti. Tapi bila dah di beberapa rumah terakhir, ramai yang akan kekenyangan. Sebagai tuan rumah, mereka semestinya akan menghidangkan juadah kepada tetamu.

Walaupun anda kenyang macam mana sekali pun, sekurang-kurangnya jamahlah sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk menjaga hati serta perasaan mereka.

Nanti sedih pula tuan rumah tengok kalau air yang dibuat langsung tidak diminum.

4. Jaga dan Pantau kelakuan anak-anak di rumah orang.
  • Jangan main anak, anak ikan, ayam anak kucing, anak itik, segala jenis haiwan belaan tuan rumah sampai mati.
Menangis yer tuan rumah di hari raya. Tiap tahun ada je kes haiwan mati kena rendam dalam besen :’)



  • Ajarkan anak Jangan suka2 bagi makan kuih raya dekat ikan2 yg tuan rumah bela /or buang smpah dalam kolam ikan.
5. Jangan ‘beraya’ di rumah sehingga lewat malam

Limit datang beraya 30min - 1jam je. bagitahu awal. pagi datang 10 keatas. petang pukul 2-4pm je valid. malam 8-9pm shj. jgn menyusahkan tuan rumah. berlama2 rumah orang bg hint pun takpaham2

6. Jaga ruang peribadi antara tetamu
  • Jangan masuk bilik tidur tuan rumah sesuka hati. jangan ambil mainan tuan rumah. jangan lompat² atas sofa.
  • Biasa tak dengar tuan rumah cakap “eh tinggal je kat sinki tu, tak perlu basuh pun”? Selalu kan? sebab dapur adalah merupakan ruang peribadi yang tidak manis dilihat tetamu.
7. Sebelum datang mohon call dahulu. sometimes tuan rumah baru je nak tarik nafas, dh dtg segerombolan lagi. Penat weh.

8. Jangan sesuka hati cium bayi kecil


Bila nampak bayi kecil mesti ramai yang teruja melihat kecomelan mereka. Tetapi itu tidak boleh menjadikan ‘tiket’ untuk anda menggomol dan mencium mereka sepuas hati. Cukuplah sekadar tengok dan ‘menikmati’ pemandangan comel di depan anda.

Dalam masa yang sama, elakkan untuk memberi apa-apa makanan kepada mereka tanpa pengawasan ibu bapa mereka. Kita tak tahu mungkin dia ada alergi dengan sebarang bahan atau produk.

9. Jangan tanya soalan sensitif kepada tuan rumah


Walaupun sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain, tetapi elakkanlah bertanya soalan yang agak sensitif kepada tuan rumah terutamanya tentang rezeki, anak, politik, bentuk badan dan sebagainya.

Sesetengah soalan yang ditanya mungkin agak biasa bagi kita tetapi boleh mengguris perasaan tuan rumah tanpa kita sedar kerana kita tak tahu apa yang dilalui oleh mereka sebelum ini.

10. Jangan merokok di kawasan rumah


Elakkan merokok walaupun di luar rumah terutamanya jika tuan rumah mempunyai bayi atau anak kecil kerana asapnya tetap boleh masuk ke dalam kediaman mereka. Asap rokok itu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak, malah sistem pernafasan orang dewasa juga boleh terganggu.

Kalau nak merokok juga, pergilah ke kawasan terbuka yang lebih jauh daripada kediaman tuan rumah bagi menghormati orang lain.Semoga raya kali ini dapat mengubati kerinduan anda untuk menziarahi saudara-mara serta kenalan yang sudah lama tidak berjumpa.

Raya-raya juga tapi jangan lupa patuhi SOP dengan memakai pelitup muka serta sentiasa membawa hand sanitizer untuk melindungi keselamatan diri dan orang lain.

Sekian.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post