15 Pengalaman Raya Mengejut Selepas Pengumuman Raya 2 Mei, Huru-Hara Dibuatnya

Malaysia huru-hara seketika apabila dikejutkan dengan pengumuman tarikh hari raya aidilfitri tahun ini yang jatuh pada 2 mei 2022, Hari isnin iaitu awal sehari daripada jangkaan selepas pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaTan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.

Oleh itu ramai lah berkongsi pengalaman mengejut dengan berita tiba-tiba esok raya. 
Bila tiba hari raya,semua insan bergembira 
Tiba tiba hari raya,semua insan berhuru hara 
 

PERISTIWA INI MESTI DIKENANG
2020 - Raya Tak Boleh
2021 - Raya Dalam SOP
2022 - Raya Tak Ready
Lepas ni tak blh guna dah ayat awal tak kalut..
SEMOGA KITA SENTIASA DALAM REDHO ALLAH SWT

 
First time beli daging, ayam awal sebelum pengistihar hari raya.......biasa kopiden jer..kali ni tarak kopiden...pagi tadi dah beli lauk utk raya

Pengalaman kejutan hari raya aidilfitri mungkin tidak dirasai oleh generasi yang lahir pada pertengahan 1980-an dan ke atas.

Namun bagi yang lahir awal 80-an dan ke bawah kebanyakan merasai debaran menunggu pengumuman tarikh hari raya aidilfitri menjelang 29 Ramadan.

Malam itu ramai yang menunggu di depan televisyen atau radio menunggu keputusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Bila umum anak bulan kelihatan maka barulah kelam kabut menyediakan ketupat, lemang dan rendang.
Rebus ketupat palas dan membakar lemang kadang-kadang hingga pagi terus sambung subuh dan solat aidilfitri.

Kemudian kepakaran ilmu astronomi kian maju sehingga mampu meramal dengan tepat sama ada anak bulan akan kelihatan atau tidak.

Sejak berdekad, pengumuman penyimpan mohor besar Raja-Raja sekadar formaliti pada tarikh yang bocor awal.

Namun kepakaran manusia tidak akan melebihi kuasa Allah.

Tahun ini, disebalik ramalan pakar tempatan bahawa anak bulan tidak kelihatan, Allah menampakkan tanda syawal untuk keesokan hari.

Alhamdulillah kita akan menyambut aidilfitri kali ini seiring dengan Indonesia, Brunei, Arab Saudi dan kebanyakan negara dunia lain.

Selamat hari raya aidilfitri.


Terima kasih atas infonya.. Cumanya saya nak cakap bila sebut pasal raya, semua ingat hari raya, tapi jangan pulak kita lupa.. Ada seribu satu kata, berkait dengan raya, selain hari raya....



2020 warning jangan balik raya.
2021 warning jangan balik raya.
2022 raya datang tak bagi warning.
Selamat hari raya semua!

 



Menu raya esok:
Pizza Hut
KFC
Mcdonald
Maggi goreng
Roti Canai


Sabar²..esok reherseal raya..hari selasa baru betul² raya


 



Dinding depan tak habis cat, lemang baru nak bakar, langsir belum pasang, ayam tak cukup, ais belum beli, yang dok jauh ingat nak balik esok, ahh jom menggelabah sama.



Dinding depan tak habis cat, lemang baru nak bakar, langsir belum pasang, ayam tak cukup, ais belum beli, yang dok jauh ingat nak balik esok, ahh jom menggelabah sama.



Kawan saya masuk hutan petang tadi nak cari buluh nak wat lemang.. Esok dia baru keluar.. Dalam hutan takde line tepom.. Nasib lah kau keluar keluar je raya..


Redho je la.. Janji raya.. Walaupon kadang cantik.. Kadang imut.. Kadang mirip² biawak.. Yg penting raya tetap onzzzzz.. Selamat hari raya gaissss




Btw, rasa sebak sikit sebab kita macam tinggalkan Ramadan tanpa 'soft closing'. Secara tiba tiba. Moga ada rezeki dapat jumpa lagi Ramadan tahun depan. Ameen..

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post